Peluang ringkaskan hidup anda sempena menjelangnya syawal

By | 19/06/2017

ringkaskan hidup andaRaya dah nak datang ! ini peluang untuk ringkaskan hidup dan seterusnya mulakan satu kehidupan baru selepas habis raya nanti.

Sepanjang bulan ramadan ini, tentu ramai yang dah berjaya ringkaskan hidup dalaman dari segi kerohanian.

Saya yakin anda juga merupakan salah seorang dari kumpulan mereka yang bernasib baik itu. Anda ialah insan terpilih yang berjaya ringkaskan kehidupan jiwa daripada ‘kusut’ kepada ‘tenang’.

Apa yang perlu dilakukan sepanjang bulan ramadan dah saya kongsikan dalam artikel sebelum ini. Kalau masih tak baca dan nak tahu apa yang diceritakan kat artikel itu, sila klik kat sini.

Seandainya anda semua berjaya tapis segala apa yang masuk ke dalam jiwa melalui semua deria seperti telinga, mata dan rasa, anda akan rasa satu perbezaan yang amat hebat.

Tempoh menapis semua yang masuk selama sebulan itu bukan satu tempoh yang sedikit. Kesan sebulan menahan diri dari membiarkan perkara negatif masuk ke dalam jiwa mampu berikan ketenangan yang mendalam.

Kalau nak tahu kesannya dah berlaku pada diri anda, lihat saja apa pulak yang keluar dari semua alat komunikasi yang Allah berikan pada diri anda.

Semak bagaimana percakapan anda sekarang, semak bagaimana perlakuan dan tindakan anda sekarang. Ada beza tak berbanding dahulu.

Ada banyak racun negatif yang anda lepaskan atau tidak ?

Nak pastikan lagi, pergi lawat semula status kat akaun FB anda. Lihat sepanjang  bulan ramadan ini, apa yang anda kongsikan kat situ.

Sudah pasti perkara positif jauh lebih banyak dari yang negatif. Kemungkinan besar, yang negatif dah tak ada langsung.

Ringkaskan hidup kebendaan pulak

Bab dalaman dan berjaya, insyaallah !

Sekarang dah nak masuk syawal, kita fokus pulak bab kebendaan.

Maksudnya segala barangan yang anda miliki selama ini perlu disusun semula supaya jiwa yang tenang berterusan walaupun ramadan dah habis.

Sebab apa masa ini amat sesuai adalah kerana setiap kali masuknya syawal, kita semua mula fokus pada kebendaan pulak.

Kita mula tengok keadaan rumah atau tempat tinggal. Kita juga mula tengok pakaian dan segala aksesori yang ada. Kita juga akan tengok semua kemudahan dan peralatan hidup yang kita miliki.

Itu perkara biasa yang semua orang buat, terutamanya orang perempuan, mereka akan lihat jauh lebih banyak perkara berbanding orang lelaki. Biasanya lelaki ini akan jadi tukang perlaksana terhadap kehendak dan kemahuan orang perempuan sahaja.

Jika selama ini, kita hanya lihat apa yang perlu ditambah, ditukar dan ditambah baik, raya kali ini kita perlu buat perubahan.

Saya cadangkan anda semua buat persediaan raya dengan cara baru.

Cuba lihat apa yang perlu dibuang atau dikurangkan terlebih dahulu. Kemudian lihat apa yang perlu dikekalkan.

Perkara yang paling akhir yang perlu anda buat, itupun hanya jika terpaksa, adalah tambah benda baru.

Lebih tepat lagi, jadikan agenda tambah benda baru sebagai perkara yang anda cuba elakkan daripada berlaku dalam persediaan menyambut syawal.

Itu baru win !

Itu baru tepat menuruti konsep merayakan hari kemenangan ketika menjelangnya syawal !.

Raya kememangan apa jika masuk raya anda tambah seribu satu macam benda yang tak perlu. Kemenangan apa yang anda raya kan, jika selepas raya hutang kad kredit bertambah !

Jadi kita perlu ubah pendekatan merayakan kemenangan di bulan syawal.

Asas meringkaskan hidup

Saya akan terangkan konsep asas untuk meringkaskan hidup yang boleh anda amalkan sepanjang persediaan menyambut syawal kali ini.

Untuk ringkaskan hidup, anda perlu pegang pada falsafah asas hidup ringkas,

Simpan hanya barang yang anda benar-benar perlukan sahaja dalam menjalani kehidupan dan mencapai sasaran yang anda tetapkan dalam hidup

Itulah asas yang perlu diamalkan jika anda nak mula ringkaskan hidup bermula dari sekarang.

Mulakan aktiviti ringkaskan hidup

Bila dah jelas dengan konsep di atas, anda dah boleh mulakan aktiviti meringkaskan hidup dalam bab kebendaan sekarang.

Saya tak mahu terangkan dan tulis panjang lebar dalam bab ini sebab yakin anda dah dapat tangkap apa yang saya cuba sampaikan dalam artikel ini.

Anda yang baca blog ini saya yakin 100% terdiri daripada mereka yang sedar terhadap diri sendiri dan apa yang berlaku di sekeliling anda.

Biasanya orang yang sedar diri sedemikian adalah mereka yang ada prinsip hidup dan tahu apa yang perlu dilakukan dan apa yang perlu dielakkan.

Hanya mereka yang tak sedarkan diri sahaja akan hanyut masuk dalam sistem dunia yang merupakan perangkap kepada manusia selama ini. Nak tahu apa yang saya maksudkan dalam bab perangkap dunia ini, boleh baca artikel khas berkenaan isu tersebut, klik kat sini.

Saya berikan sedikit tipas untuk proses buang barang yang tak perlu yang anda miliki sekarang kat bawah ini:

  1. Yakin boleh ! – Ini perkara paling utama dan amat penting yang anda perlu pegang. Perlu yakin yang anda boleh dengan mudah, untuk nekad membuang segala barang yang selama ini menyemakkan hidup, menyemakkan almari, stor, ruang tamu, bilik dan apa saja ruang yang ada dalam premis kehidupan anda. Jadi seorang yang kejam yang kena pada tempatnya, buang terus atau sedekahkan pada orang lain.
  2. Berpijak di bumi nyata – Walaupun saya suruh anda yakin boleh, tapi perlulah berpijak di bumi nyata. Hakikatnya, nak buang semua barang dan hanya kekalkan yang diperlukan sahaja perlukan kemahiran yang tinggi. Ia hanya akan datang setelah dimalkan bertubi-tubi dan semua itu makan masa. Jadi kalau masih banyak barang yang anda simpan, jangan nak bersedih sangat. Ini hanya satu permulaan.
  3. Yakin yang anda dapat lebih banyak dengan buang barang – Mungkin agak pelik jika saya katakan anda akan dapat lebih banyak dengan aktiviti membuang barang. Tapi itulah sebenarnya yang anda akan dapat. Paling pasti, anda akan dapat lebih banyak masa, ruang, kebebasan dan tenaga dalaman dengan membuang barang (atau bagi kat orang yang perlukan). Lagi banyak yang dibuang, lagi bertambah apa yang anda akan dapat. Percayalah !
  4. Tanya kenapa nak simpan bila rasa keliru – Bila anda dah mula pegang benda itu dan ini nak buang, akan timbul rasa sayang dan serba salah. Bila berlaku begitu, relaks. Anda hanya perlu tanya diri sendiri kenapa tak boleh nak berpisah dari barang itu. Cari alasan yang kukuh kenapa anda perlu simpan.
  5. Mulakan sekarang – Hentikan baca artikel ini sekarang dan bangun tengok apa yang anda boleh buang atau berikan pada orang lain sekarang. Mula sekarang juga dengan buang benda yang kecil yang dah lama ada dalam rumah atau bilik atau almari anda. Malah anda dah tak ingatpun yang barang itu ada. Pergi ambil dan buang. Itu permulaan satu kejayaan yang kecil.
  6. Mulakan dengan buang benda yang memang mengarut – Saya percaya ramai yang masih simpan banyak benda mengarut kat dalam rumahnya. Malah ada yang masih simpan barang yang langsung dah tak boleh pakai. Kenapa masih disimpan, anda saja yang tahu. Jaket berlubang yang lama dah tak pakai tetapi masih disimpan adalah sesuatau yang pelik yang susah nak diterangkan. Pergi ambil semua barang tak guna tu dan buang saja.
  7. Buang barang yang ada lebih dari satu – Gunting rambut ada 5 kat dalam almari ?  nak buat apa sampai 5 !, pen ada lebih dari 15 atas meja !, dan banyak lagi barang lain yang sebenarnya anda hanya perlukan satu sahaja dah mencukupi. Pergi lihat barang sebegitu dan buang.
  8. Tak pakai lebih dari setahun – Ada anyak barang yang anda dah tak pakai melebihi setahun. Malah mungkin ada yang sampai 3 ke 5 tahun tak gunapun. Nak simpan buat apa lagi bila dah nyala anda memang tak perlukan barang itu dalam rumah anda. Buang saja atau bagi kat orang.
  9. Belajar dari tahun sebelum ini – Banyak yang kita terpaksa beli bila masuk raya. Antara yang wajib adalah kuih atau biskut saya. Cuba ingat kembali tahun lepas, berapa balang yang tak habis dan anda simpan sampai masuk raya haji. Tak payah nak beli anyak sangat, satu dua balnag saja dah mencukupi. Bila nak habis dan raya masih muda, pergi saja kat Giant dan beli satu bekas.
  10. Sewa kalau boleh – Ada orang yang sanggup habiskan duit beli MPV seperti Alphard semata-mata nak bawa balik keluarga dan anak-anak raya. Kereta dah tak cukup katanya. Beli ratusan ribu hanya untuk selesaikan masalah sekali dua setahun. Lebih elok sewa saja jika ada kes macam tu. Sama juga kalau buat kuih raya sendiri dan lain-lain. Jika boleh sewa, tak payah nak perabih duit untuk beli.

Ada banyak lagi idea atau panduan yang boleh difikirkan. Kalau nak senaraikan dalam artikel ini tentu jadi panjang sangat.

Oleh itu saya hentikan kat sini sahaja terlebih dahulu.

Ingat tema raya kali ini dan seterusnya untuk tahun-tahun yang akan datang…

Buang, kurangkan atau kekal apa yang ada !

Saya rasa ini mungkin artikel yang akhir untuk bulan puasa sehingga masuk raya nanti.

Oleh itu, saya ucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin untuk semua pembaca setia blog hidupringkas ini.

10 thoughts on “Peluang ringkaskan hidup anda sempena menjelangnya syawal

    1. Shubhi Post author

      Benar sekali dan amat bersetuju dengan nasihat dari Dr Mawi tu. Terima kasih sudi berikan komen kat sini !

      Reply
    1. Shubhi Post author

      Memang banyak manfaatnya. Terima kasih sudi berikan komen kat sini Ibu Zaid !

      Reply
  1. jct

    Sangat setuju saranan Tuan Shubhi. Hati lebih tenang bila kurang material yang perlu diuruskan.

    Saya guna teknik KonMari untuk sisihkan barang yang tidak perlu.

    Terbukti sebenarnya tak banyak pun material yang benar-benar kita perlukan untuk hidup dengan selesa. Dah tiba masa untuk back to basic..

    Reply
    1. Shubhi Post author

      Menarik komen JCT kat atas tu. Teknik KonMari yang diajar oleh Marie Kondo tu memang amat baik untuk diikuti. Kalau JCT ada kesempatan, apa kata tulis satu artikel khas bagaimana teknik KonMari digunakan dan bagaimana ianya mengubah hidup JCT !

      Saya akan siarkan kat blog ini nanti. Tentu menarik ! harap JCT sudi menulisnya dan emalkan pada saya di mohdshubhi@gmail.com

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge