pengucapan awam

Sebut sahaja pengucapan awam atau public speaking, ramai yang kecut perut. Bukan orang kita sahaja, malah ketakutan terhadap pengucapan awam adalah fenomena global yang dialami oleh semua bangsa di dunia ini.

Ada kajan yang menunjukkan bahawa pengucapan awam adalah satu katakutan yang hampir sama dengan ketakutan pada mati!!!.

Kenapa teruk sampai macam itu?

Dalam satu pembacaan yang saya buat, ditulis oleh seorang pengkaji berbangsa Yahudi, dia mengatakan ketukutan pada pengucapan awam adalah perkara biasa yang dialami oleh manusia biasa.

Ini ada kaitan dengan program otak kita sejak zaman primitif yang berfungsi untuk menyelamatkan diri daripada kematian mengejut seperti di baham binatang ganas di dalam hutan.

Sebarang aktiviti yang tidak dikenali dan tidak menjadi kebiasaan akan dipantau oleh otak agar kita berhati-hati daripada melaluinya. Ini penting kerana otak masih belum ada maklumat samada perkara tersebut adalah selamat atau tidak.

Jadi untuk menyelamatkan tuan punya badan, segala mekanisma akan digerakkan oleh otak untuk memberikan mesej bahaya agar kita menjauhi diri dengan segera. Maka berlakulah kejadian mengigil, ketakutan, pucat, berdebar-debar dan sebagainya.

Matlamat berlakunya segala fenomena itu hanya dua sahaja:

  • Untuk menjauhkaj diri kita daripada keadaan tersebut dengan memecul lari keluar meninggalkan tempat sejauh munkin agar keadaan kembali normal dan hilang segala ketakutan.
  • Kalau kita tidak ambil tindakan untuk cabut lari, mekanisma terakhir digerakkan yang membuatkan kita jatuh pengsan dan tidak bergerak. Matlamat menjadikan diri kita tidak bergerak adalah supaya musuh tidak dapat mengesan kehadiran kita….?

Maka professor yang menjalankan kajain itu menyarankan kita agar berusaha memberikan mesej pada otak bahawa dengan bangun berucap, kita tidak akan mengalami kematian mengejut. Otak perlu faham bahawa berucap bukanlah satu situasi yang boleh mendatangkan bahaya pada kita.

Tidak ada cara lain yang paling baik untuk memberikan mesej pada otak bahawa pengucapan awam bukan perkara bahaya selain daripada melakukannya sekerap mungkin sehingga kita menjadi biasa dan dapat mengawal keadaan diri.

Kenapa saya masuk Kelab Pidato Perdana

Untuk bangun berucap di mana-mana saja yang kita lihat ada orang ramai sudah tentu sesuatu yang janggal. Biasanya hanya orang tak berapa siuman sahaja yang akan berkelakuan begitu. Sebab itulah saya tidak ambil pendekatan begitu untuk berlatih melakukan pengucapan awam.

Untung saya mendapat maklumat berkenaan Kelab Pidato Perdana ini melalui FB. Dengan tidak membuang masa saya menghubungi mereka dan jadilah saya salah seorang peserta yang berpeluang bangun ke depan dan berucap pada kawan-kawan yang sentiasa sudi mendengar pidato saya.

Adakah gemuruh hilang setelah menyertai Kelab Pidato Perdana

Pada asalnya memang saya mahu menghilangkan rasa gemuruh untuk bangun berucap. Bagi saya jika tiada gemuruh, maka layaklah saya menjadi pemidato hebat.

Ternyata sangkaan saya meleset sama sekali. Pertamanya gemuruh sentiasa ada. Cuma bezanya adalah sebelum ini, gemuruh membuatkan saya pecut lari supaya tidak perlu berucap, dengan menyertai Kelab Pidato Perdana, gemuruh membuatkan saya ligat berfikir bagaimana saya perlu buat penyampaian yang menarik agar orang suka.

Dari situlah saya menyedari bahawa untuk menjadi seorang yang mampu membuat pengucapan awam dengan baik, sekadar tidak ada rasa gemuruh tidak dapat membantu langsung.

Seorang yang berani bangun berucap dan ketika berucap tutur katanya lintang pukang, atau sambil berucap tersengeh-sengeh dan mengulang-ulang perkataan yang sama tak habis-habis dan matanya asyik memandang tiang di sebelah kirinya sahaja dari mula sampai habis…bakal membuatkan orang bosan dan tak ingin dia sambung berucap lagi!.

8 perkara penting yang perlu dikuasai untuk berucap

Pendedahan yang diberikan oleh Kelab Pidato Perdana pada ahli-ahlinya terhadap 8 perkara penting ternyata amat berkesan dalam melatih diri membuat satu pengucapan awam yang baik.

8 perkara itulah yang para peserta di latih dan ditegur supaya diperbaiki sepanjang mengikuti kelas yang diadakan sebanyak dua kali sebulan. Jika anda rasa dua kali sebulan tak cukup, anda boleh pergi lebih kerap dari itu tanpa halangan.

Saya kongsikan 8 perkara asas peringkat pertama yang anda akan belajar dan praktikkan sepanjang belajar membuat pengucapan awam:

  1. Buang nota
  2. Berdiri tegak
  3. Angkat tangan di paras pinggang dan buka
  4. Kuatkan suara
  5. Buang penongkah kata
  6. Pandang hadirin
  7. Jangan tersenyum tersengeh tak tentu pasal
  8. Jaga perbendaharaan kata dan sebutan

Lihat kelapan-lapan perkara di atas nampak mudah sahaja bukan? tapi ia memerlukan latihan demi latihan…yang bagi saya kini merupakan satu keseronokkan…jika anda mahu jadi pemimpin di dalam bidang yang anda ceburi yang mampu berkomunikasi dengan baik, jom sertai Kelab Pidato Perdana.

Total
1
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

13 comments

  1. Wow.. saya suka 8 perkara asas tersebut.
    Dulu saya pun tak biasa dan sangat gementar. Mujurlah nature business saya memerlukan saya terpaksa bercakap dikhalayak ramai.
    Untungnya saya kerana khalayak tersebut adalah murid-murid sekolah, kurang rasa gemuruh. Lama kelamaan gemuruh dah bertukar jadi keseronokan. Walau siapapun audience dah boleh handle. Sekarang ni pantang cukup microphone.

  2. Lama dah tak berpidato. kali terakhir sewaktu di tingkatan 6 dan saya baru tahu tentang penubuhan kelab pidato perdana ni, menarik. Terima kasih atas infonya.

  3. pernah berucap di depan orang ramai masa kena calon jadi ahli MPP kat kolej…memang getar suara…yg tahu undilah saya sekiranya…pastu calanglah ayat macam-macam nk tarik undi..tapi tak layak pun…huhuuhuhu
    ema recently posted…Dokong JDTMy Profile

  4. kalau pertama kali buat pengucapan awam ni, memang akan rasa takut, berdebar ..yelah kat depan tu bukan seorang dua je yang pandang, tetapi bila dah biasa, rasa berdebar tu pasti makin berkurangan. Rasa macam sembang dengan member je…hehehe
    puteri kasih recently posted…Promosi RM10 Tidak DilepaskanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge