balanceSiapa yang tak mahu kaya?, kalau tanya orang yang dah kayapun, dia masih lagi mahu kaya. Walaupun ada orang yang mengaku tak suka kaya, dia tetap perlu berusaha untuk melepaskan sara hidupnya.

Tapi jangan silap faham tentang makna kaya. Kaya tak semestinya punyai wang jutaan ringgit, atau punyai harta yang bertimbun makan tak habis 7 keturunan.

Anda masuk dalam golongan kaya jika pendapatan yang anda bawa balik lebih sedikit saja daripada perbelanjaan yang anda keluarkan untuk sara hidup.

Dalam zaman moden kita ini, ramai yang idamkan kedudukan di mana pendapatan melebihi keperluan. Perkara paling utama yang majoriti daripada kita mahu kecapi adalah ‘membebaskan diri dari sebarang hutang yang membelenggu diri’.

Kekayaan sebenar yang jadi idaman

Alangkah bahagia manusia yang…

  • Ada pendapatan yang sederhana
  • Sebahagian daripada pendapatan itu dibelanjakan untuk keperluan sara hidup buat diri dan semua tanggungannya.
  • Masih ada sedikit lagi lebihan setelah dibelanjakan untuk perkara di atas tadi.
  • Tiada hutang yang terpaksa dilunaskan samada hutang kad kredit, hutang kereta, hutang pendidikan dan lain-lain seumpamanya.

Apakah anda salah seorang daripada manusia yang beruntung yang saya sebutkan di atas?

Jika anda merupakan salah seorang daripadanya, percayalah bahawa anda insan istimewa. Unik dan boleh dilabelkan sebagai ‘rare species’.

Orang yang jenis rare species ini sepatutnya perlu ada blog. Kongsikan bagaimana perjalanan kehidupan anda yang sederhana itu dijalani agar ramai lagi yang boleh tiru.

Jika anda bukan salah seorang daripada golongan rare species tersebut, ertinya anda masih lagi sebahagian daripada mereka yang sedang mengejar kekayaan. Samada suka atau tidak suka, anda perlu cuba jadikan diri anda seorang yang kaya.

Perkara yang tak patut dikorbankan demi kekayaan

Namun begitu, jangan lupa bahawa dalam usaha mengejar kekayaan tersebut, ada beberapa perkara yang tak patut dikorbankan. Walau apapun yang bakal terjadi perkara berikut memang tak patut dikorbankan:

  1. Prinsip pegangan hidup. Buat orang Islam, perkara ini adalah amat jelas. Pegangan hidup muslim adalah Agama Islam. Perkara paling tinggi dalam agama Islam adalah memperhambakan diri pada Tuhan Yang Esa. Jika dalam mengejar kekayaan membuatkan anda jadi hamba pada yang selain daripadaNya, semuanya adalah sia-sia belaka.
  2. Keadilan. Jangan cari kekayaan dengan menzalimi orang lain. Tak adil itu berlaku jika anda ambil hak orang. Tak adil itu juga berlaku bila anda langgar undang-undang yang ditetapkan oleh mereka yang ada kuasa tentukan mana yang boleh, mana yang tak boleh. Keadilan itu cahaya, zalim itu kegelapan. Tak guna kaya tapi hidup dalam kegelapan.
  3. Kewarasan. Orang yang waras adalah mereka yang tahu membezakan mana yang adil dan mana yang zalim. Jika dalam mengejar kekayaan itu membuatkan anda dah tak tahu bezakan mana cahaya, mana kegelapan, harta banyak manapun tak ada gunanya. Apalah maknanya kekayaan yang dikuasai oleh manusia yang tak waras?.
  4. Keluarga. Ramai orang yang mengejar kekayaan tapi korbankan hubungan mereka dengan keluarga. Masa dihabiskan sepanjang hidup mencari duit. Bila sedar sudah nazak di atas katil. Tiada ertinya kehidupan jika orang paling rapat dengan kita diabaikan begitu saja.
  5. Masyarakat. Jangan kita kejar kemewahan untuk jadi kaya dengan abaikan masyarakat sekeliling terutamanya kawan-kawan. Kaya atau miskin ditentukan oleh masyarakat sekeliling kita. Tak ada erti lagi kaya andai kata hidup bagai kera sumbang.
  6. Kesihatan. Ini masalah paling berat melanda orang ramai di zaman serba materialistik kini. Pulun kerja cari duit tapi kesihatan diabaikan. Tak ada masa untuk berehat, tak ada masa untuk bersenam. Menjaga kesihatan bukanlah satu pilihan, sebaliknya adalah satu kewajiban. Makan, minum, tidur, rehat, bersenam adalah termasuk dalam bab menjaga kesihatan. Tubuh badan yang sihat tidak ada nilainya kalau nak dibandingkan dengan harta kekayaan.
  7. Keselamatan. Jika dipilih antara keselamatan dengan wang, pilihlah keselamatan. Oleh itu jangan buat perkara tak senonoh, jangan memandu tergopoh gapah hanya kerana nak kejar sesuap nasi. Jangan ikut nafsu amarah hanya kerana duit hilang. Jangan abaikan keselamatan diri sendiri mahupun orang lain demi nak kejar kekayaan. Duit hilang nilai dalam keadaan yang huru-hara. Oleh itu sentiasalah menjaga keselamatan agar kaya punya makna.

Saya terfikirkan perkara yang tak patut dikorbankan demi mengejar kekayaan ini apabila diuji dengan keadaan ibu yang tua dan terpaksa di jaga.

Untuk melepaskan diri dari tanggung jawab memastikan kebajikan ibu tertunai memang boleh dicipta. Untuk menyalahkan orang lain untuk mengambil tanggung jawab itu juga memang boleh direka-reka.

Tapi hidup ini adalah satu pilihan. Orang yang berjaya adalah mereka yang pandai memilih yang paling utama antara yang utama. Moga diberikan kekuatan pada kita semua untuk mengenal pasti keutamaan dan melaksanakannya.

Mungkin ada yang tertinggal yang tak sempat saya fikirkan. Jika anda rasa ada lagi perkara lain, mohon kongsikan di ruang komen di bawah. Apakah perkara yang tak patut dikorbankan demi mengejar kekayaan?

Total
32
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

7 comments

  1. Orang kata duit bukanlah segalanya. Tapi kebanyakan perkara memang memerlukan duit
    untuk diselesaikan cuma ia bukanlah penentu kebahagiaan. Bagi saya orang yang
    paling beruntung adalah orang yang kaya dunia dan akhirat. Menggunakan kekayaan
    atas dasar amanah dan bukan untuk menunjuk-nunjuk.

  2. Daripada penulisan Tuan boleh agak dah yang Tuan dah banyak berkorban untuk ibu Tuan. InsyaAllah saya pun nak menurut langkah Tuan. Susah sikit pun takpe janji pengorbanan bermakna.

  3. Dalam ekonomi yang semakin meningkat, secara tak langsung kita dah korbankan banyak perkara yang tuan sebutkan. Contohnya kesihatan. Kita buat kerja sambilan macam bisnes online sampai jam 2 3 pagi. Update itu ini.

    Dan ia merebak kepada keluarga & masyarakat. Tapi Alhamdulillah, no 1 tak terabai.
    Zaini recently posted…Cetak Baju Lebih Jimat, Mudah & Cepat. Untungkan?My Profile

  4. salah satu prinsip aku adalah..kebahagian bukanlah melalui kekayaan harta..jadi jika terpaksa pilih antara peluang dan keluarga dalam keadaan mendesak..aku lepaskan peluang ..sebab rezeki mungkin akan datang lagi
    blogger lelaki recently posted…Jom Aktifkan MykadMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge