Anda nak jadi usahawan? pastikan anda tahu bagaimanakah personaliti usahawan berjaya.

Untuk jadi usahawan berjaya tak ada kelayakan tertentu samada dari segi akedemik atau kelulusan. Tak ada juga kelayakan dari segi ekonomi atau keturunan. Perkara ini dah banyak kali saya sebutkan dalam artikel-artikel yang lalu.

Saya juga yakin ramai yang dapat perhatikan sendiri bukti kenyataan di atas. Ada orang yang bertaraf professor falsafah masuk dalam kalangan usahawan berjaya dan ada juga yang gagal.

Ada orang yang keturunan berharta kaya raya, yang berjaya dalam dunia keusahawanan dan ada juga yang gagal.

Ada juga yang langsung tak ada pelajaran berjaya dalam dunia keusahawanan dan ada juga yang gagal.

Semua itu membuktikan bahawa kelayakan seperti tahap kelulusan akademik dan kedudukan ekonomi serta keturunan bukan menjamin anda untuk jadi usahawan berjaya.

Perhatikan personaliti usahawan yang berjaya

Jika anda ada sifat memerhati, dan jika anda ada sikap mengkaji, lihatlah personaliti usahawan yang berjaya disekeliling anda.

Tentu anda akan dapat lihat ada beberapa personaliti usahawan yang jelas dikongsikan oleh mereka yang berjaya.

Bandingkan pula dengan personaliti yang anda ada. Apakah personaliti usahawan berjaya tersebut ada pada diri anda.

Kalau tak ada, jangan risau. Binalah personaliti tersebut dan jadikannya sebagai akhlak diri yang sebati dalam diri. Insyaallah, ia akan banyak membantu untuk anda berjaya sebagai usahawan.

Bukan saja untuk mereka yang nak jadi usahawan berjaya, malah boleh diguna pakai oleh mereka yang mahu berjaya dalam kerjaya makan gaji sekalipun.

Senarai personaliti usahawan berjaya

Berdasarkan pemerhatian dan logik akal, saya dapat senaraikan beberapa personaliti usahawan yang perlu ada untuk menjadikannya usahawan berjaya. Berikut adalah beberapa sikap atau personaliti usahawan berjaya:

  1. Keazaman yang tinggi
  2. Keyakinan yang tinggi
  3. Percaya pada diri sendiri
  4. Kreatif
  5. Pemikiran diluar kotak
  6. Keupayaan melihat corak berulang

Perhatikan personaliti usahawan berjaya no 6

Saya tak mahu huraikan personaliti dari no 1 sampai no 5. Kelima-lima perkara tersebut dah ramai yang memerangkannya. Anda yang sedang membaca inipun tahu dan dah lama tahu perkara tersebut.

Apa yang saya nak tonjolkan di sini adalah perkara no 6. Ia satu perkara yang menarik untuk anda lihat dan fikirkan. Keupayaan untuk mengenal pasti dan melihat corak berulang yang berlaku di sekeliling kita adalah sesuatu yang boleh dipelajari dan dilatih.

Keupayaan untuk melihat corak berulang membezakan diri anda dengan orang kebiasaan yang lain. Orang biasa hanya melihat semua perkara berlaku secara tidak sengaja dan rawak.

Sedangkan untuk mereka yang mahu menggunakan akal fikiran dan sentiasa membaca apa yang telah dan sedang berlaku, mereka akan dapat mengesan adanya kecenderungan corak berulang sedangkan orang lain tidak dapat melihatnya.

Bila ada keupayaan itu, maka anda akan berupaya bersedia terhadap sesuatu yang boleh dijangka. Itulah perkara yang paling dikehendaki dalam apa saja perniagaan, sesuatu yang boleh dijangka.

Perniagaan akan jadi amat sukar jika kita langsung tak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku. Ia akan jadi seumpama ikut kaki melangkah, untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Saya bukan nak kata apa yang dijangkakan pasti akan berlaku 100%, sudah tentu semuanya adalah atas ketentuan Tuhan.

Tapi dalam ayat 1000 dinar, kita boleh faham bahawa Tuhan telah menetapkan sifat segala sesuatu. Dari sifat itulah segala kejadian akan patuh kepada ketentuannya.

Itulah kita namakan sebagai sunnatullah. (Sila rujuk pada ustaz dan jangan telan cakap saya macam itu saja.)

Sebagai contoh, mereka yang berusaha melakukan jualan dan mengumpulkan data terhadap senarai orang yang membeli dan senarai orang yang tidak membeli, satu corak berulang tentu dapat dikaji ada dalam kumpulan mereka yang sudi membeli.

Satu corak berulang tertentu juga tentu ada pada kumpulan orang yang tak sudi membeli.

Dari pemerhatian tersebut, anda akan dapat mengenal pasti siapakah orang yang anda perlu sasarkan dan siapakah orang yang anda perlu lupakan.

Hasil daripada maklumat itu, jika anda usahawan yang bijak, kerja jualan anda akan lebih fokus dan tidak ada masa terbuang dengan sia-sia mengejar sasaran yang salah.

Pembaziran sumber tidak akan berlaku dan anda akan meninggalkan pesaing jauh di hadapan.

Apakah anda ada personaliti usahawan no 6

Apakah selama ini anda ada sikap memerhati sedemikian. Adakah anda seorang yang memerhati segala kejadian dan cuba merungkai atau membaca adanya kecenderungan atau corak yang berulang.

Jika tidak ada, pastikan anda mula peka agar personaliti usahawan berjaya tersebut berkembang biak dalam diri anda. Cuba lihat ayat Al-Quran pertama yang diturunkan, bacalah!.

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Kita perlu pandai membezakan antara membaca dengan menyebut. Sekadar menyebut tanpa adanya pemerhatian dan berfikir, ia bukanlah satu aktiviti membaca yang sebenar.

Mari kita cuba amalkan personaliti usahawan berjaya no. 6 dengan sering peka memerhatikan segala kejadian terutamanya terhadap apa yang sedang kita usahakan. Bacalah corak berulang yang ada dan jadikan ianya satu pedoman untuk berjaya. Wallahu’alam.

Total
9
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge