Petua temujanji pertama

By | 10/04/2013

Berapa orang yang anda baru berkenalan atau baru berjumpa dalam tahun ini?

Dah berapa kali anda bertemu dengan setiap dari mereka sepanjang perkenalan tersebut?

Adakah sudah melebihi 20 kali?.

Soalan-soalan di atas berkait rapat dengan pertemuan kali pertama dengan kenalan atau orang yang baru anda kenali.

Tak kisah walau apapun tujuan anda bertemu dengan mereka, pertemuan pertama teramat penting untuk setiap daripada kita memberikan perhatian.

“Tahukah anda bahawa persepsi atau tanggapan seseorang pada anda bermula daripada pertemuan kali pertama.”

Dan yang paling menarik untuk anda tahu adalah, 

“Persepsi tersebut akan berkekalan sekurang-kurang sehingga 20 pertemuan selanjutnya.”

Apa yang disebutkan di atas membawa kepada dua perkara berikut:

  • Jika pada pertemuan pertama, anda mempamerkan sesuatu yang baik yang berjaya menawan hati orang yang anda jumpa, anggapan itu akan berkekalan sekurang-kurangnya sepanjang 20 pertemuan selanjutnya. Anda sebenarnya beruntung!
  • Jika pada pertemuan pertama anda tersilap pamer sesuatu yang membuatkan orang meluat, anda terpaksa menunggu sehingga pertemuan yang ke 20 sebelum mereka mengubah persepsi buruk terhadap anda. Mungkin anda dah temui jawapan kenapa, sekali tersilap langkah, akan mengambil masa membetulkannya semula.
Jika anda dah tahu betapa pentingnya pertemuan pertama, maka fikirkan masak-masak setiap kali anda akan berjumpa dengan seseorang buat kali pertama. Pertimbangkan perkara di bawah:
  1. Fikirkan tujuan sebenar anda bertemu dengan orang tersebut. Adakah untuk menjual barang, minta derma, minta pertolongan, mengorat, minta kerja atau lain-lain lagi.
  2. Bila dah tetapkan satu matlamat, fikirkan pula imej yang patut anda tonjolkan pada orang yang anda mahu jumpa itu.
  • Contohnya jika anda mahu berdakwah pada seseorang janganlah pakai pakaian yang selekeh, badan berbau dan muka tak terurus untuk dipamerkan pada kenalan baru tersebut.
  • Jika anda menjual produk kesihatan, janganlah pula pamerkan diri anda yang lemah, tidak cergas dan tak sihat.
  • Sebaik saja bertemu, cari suatu kesamaan. Manusia adalah makhluk yang cepat curiga, tetapi cepat pula percaya pada orang yang berkongsi satu kesukaan yang sama.
  • Perhatikan keretanya, kasut, pen, jam, kacamata, baju, seluar dan lain-lain. Mungkin ada sesuatu yang sama dengan anda.
  • Jika bertemu dipejabatnya, lihat sekeliling untuk dapatkan tips kesamaan. Lihat gambar yang ditampalkan, lihat majalah atau buku yang dibaca dan lain-lain lagi.
  • Semua maklumat yang anda jumpa dan secara kebetulan sama dengan minat atau sikap anda membuatkan mudah untuk dijadikan sebagai tajuk perbincangan.
Demikianlah sedikit pedoman untuk difikirkan dan diamalkan. Suluh diri kita selalu dan perhatikan samada imej-imej seorang muslim ada pada diri kita. Kebersihan, ketampanan dan keanggunan mestilah menjadi tabiat semula jadi diri kita. jangan jadikan sikap ‘serabai’ sebagai satu identiti….
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

2 thoughts on “Petua temujanji pertama

  1. sepol

    bab pertemuan pertama… selalunya berlaku di tempat kerja yang pertama kali melapor diri…

    apa yang saya nampak perokok sama perokok akan lebih cepat mesra…

    mungkinkah kerana mereka mempunyai aktiviti yang sama…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge