Street-performer-With-PuppetPernah dengar nama Yagyuu Munenori ?

Kalau tak pernah dengar tak apa, bukannya penting sangat untuk kenal atau tidak. Tapi kalau dah dengar ni bagus jugak pergi ke Google untuk semak siapa gerangan Mat Jepun itu.

Yagyuu Munenori merupakan seorang pakar dalam ilmu peperangan pedang Jepun yang hidup pada abad ke 16 dulu. Dia hidup antara tahun 1571 hingga tahun 1646.

Sekadar maklumat tambahan, abad ke 16 merupakan titik permulaan kebangkitan orang barat. Bangsa Sepanyol dan Bangsa Portugis mula menjelajah dunia melalui jalan laut dan  banyak penemuan baru dalam ilmu astronomi diketengahkan sehingga membawa kepada banyak lagi ilmu baru.

Keadaan di Jepun pula ketika abad ke 16 berada dalam kacau bilau dengan berlakunya banyak peperangan saudara.

Dan pada abad ke 16 juga atau lebih tepat lagi pada tahun 1543, Jepun menerima pedagang pertama dari Eropah iaitu dari Portugis. Dari situ bermulalah pertukaran maklumat budaya antara Jepun dengan Eropah.

Jepun pakar dalam seni pedang dan pembuatannya

Salah satu perkara yang orang Eropah kagum pada orang Jepun pada abad ke 16 itu adalah kepakaran mereka dalam menguasai seni pembuatan pedang.

Orang Eropah kagum kehebatan orang Jepun menguasai seni pembuatan metal sedangkan sumber bumi negara itu dalam bahan metal adalah terbatas.

Disebabkan sumber yang terbatas itulah maka orang Jepun amat halus dan berhati-hati dalam penggunaan bahan mentah dalam segala kerja mereka untuk mengelakkan pembaziran.

Bukan setakat pandai buat pedang, malah orang Jepun juga amat hebat dalam perang menggunakan pedang. Tentera eropah tak berani lawan dengan tentera jepun khuatir kalah.

Oleh kerana Samurai Jepun amat hebat, orang Belanda pernah menggunakan khidmat Samurai Jepun untuk menentang dan menewaskan tentera British di Pulau Maluku satu ketika dahulu.

Dengan semua maklumat ringkas kat atas tu, maka bagus juga jika kita dengar apa kata pakar peperangan pedang Jepun terhadap falsafah kejayaan seseorang pakar pedang.

Prinsip asas kejayaan pemain pedang

Untuk menjadi seorang pemain pedang yang hebat, prinsip asasnya dinamakan sebagai,

“Seni Tanpa Pedang”

Ya ! pelik sikit sebab prinsip asas untuk berjaya sebagai pakar pedang adalah menyesuaikan diri dalam keadaan tidak ada pedang.

Untuk berjaya, seorang pakar pedang mesti buang semua perasaan bergantungnya pada jenis atau pedang atau senjata tertentu.

Dia mesti sentiasa peka dan sedar keadaan sekelilingnya dan hanya bergantung pada dirinya sendiri sahaja untuk maju ke depan.

Apa saja yang ada perlu digunakan untuk menjaminkan kejayaan dan tidak mengharapkan adanya senjata tertentu saja untuk memang.

Tanpa adanya sikap sebegitu, seseorang pemain pedang tidak akan dapat menjadi pemain pedang yang hebat.

Hayati prinsip asas kejayaan

Saya sering dengar usahawan mengeluh tak ada itu dan ini untuk memajukan perniagaan mereka.

Ramai yang mengharapkan ada kelengkapan yang mencukupi, mengharapkan ada banyak duit, mengharapkan ada bantuan kerajaan, mengharapkan dia pandai dan berbagai harap lagi.

Memang seronok kalau apa saja yang kita harapkan, Ting! terus muncul depan mata.

Tapi realitinya tidak macam itu.

Oleh itu terimalah realiti dan amalkan prinsip asa kejayaan amalan pakar pedang dari Jepun di atas.

Selain diri sendiri, semuanya hanyalah alat

Anda mesti berlatih untuk berupaya menggunakan apa saja yang ada disekeliling anda untuk maju ke depan. Jangan buang masa mengeluh apa yang tak ada.

Untuk membolehkan anda guna apa yang ada, terlebih dahulu mesti peka dan sedar anda berada di mana.

Kemudian mesti peka lihat secara sedar apa yang anda ada. Itu semua tak mungkin akan berlaku jika anda leka mengeluh mengharapkan apa yang tak ada.

Ingat ! apa yang anda ada hanyalah sekadar alat untuk mencapai matlamat atau sasaran yang ditetapkan.

Lagipun, akhirnya sasaran kita semua adalah untuk berjaya dalam hidup. Untuk dapat menjalani gaya hidup yang kita mahu.

Ada orang dapatkannya melalui makan gaji, ada yang dapatkannya dengan berniaga, malah ada orang yang dapatkannya dengan berkahwin ..  itu semua hanyalah pendekatan yang diguna pakai untuk menghampiri matlamat.

Yang pentingnya, sebelum tentukan pendekatan, anda perlu terlebih dulu sedar apa yang anda ada.

Pengalaman menggunakan prinsip asas kejayaan

Pengalaman saya masa mula dahulu benar-benar menterjemahkan prinsip asas kejayaan yang saya cerita di atas.

Saya tak ada pengalaman, saya tak ada duit, saya tak kemahiran teknikal, banyak yang saya tak ada. Nasib baik masa itu saya tak lihat apa yang tak ada, sebaliknya hanya fokus pada apa yang ada saja.

Tapi saya tahu yang saya tak mau makan gaji dan nak berniaga. Itu adalah jalan atau pendekatan yang saya boleh gunakan untuk menjalani gaya hidup yang saya mahu.

Setelah sedar apa yang ada di sekeliling, semua itu digunakan untuk mencapai apa yang saya mahu. Bayangkan bagaimana saya boleh ada perniagaan, ada syarikat, tanpa ada duit dalam poket atau dalam akaun bank !

Malah simpanan kecemasanpun tak ada !

Moga anda yang membaca mendapat semangat baru untuk berusaha maju ke depan mencapai apa yang diidamkan.

Gunakan prinsip asas kejayaan. Anda saja yang tahu dan sedar apa yang anda ada, gunakanlah dia dan jangan leka.

Belajar untuk maju ke depan dengan apa yang ada, jadikan semua itu sebagai alat atau senjata untuk bertapak selangkah demi selangkah. Selamat mencuba !

Total
12
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

1 comment

  1. terbaik..motivasi dari coach dengan pengalaman lalu yang berguna..
    dengan tidak ada apa2 tapi creative mencari peluang yang ada..
    alhamdulillah..syukur pada Mu Ya Rabb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge