Smart-Phone-Notebook-Pen-and-Open-Laptop-On-DeskSaya memilih tajuk Rahsia amalan saya dalam menulis blog bukan bermaksud bahawa blog ini terkenal dan hebat, jauh dari itu.

Tajuk itu terkeluar hasil daripada pertanyaan penulis jemputan yang sudi menghantar artikel tulisannya baru-baru ini untuk dimuatkan dalam blog hidupringkas.com

Jika anda belum baca lagi artikel yang dihasilkan oleh saudara Ilham berkenaan cara langsaikan hutang, anda boleh pergi klik dan baca artikel itu yang bertajuk 7 Langkah keluar dari hutang RM61,000 dalam masa 25 bulan.

Setelah artikelnya disiarkan dalam blog ini, ada perubahan dari segi jumlah mengunjung pada blognya yang menaik.

Dalam email yang dihantar untuk mengucapkan terima kasihnya, dia ada bertanya beberapa soalan.

Mulanya saya nak jawab juga melalui email. Tetapi bila terfikir apa salahnya jika saya kongsikan juga jawapan tersebut untuk semua orang tentu ada juga manfaatnya.

Saya rasa, jika Ilham ingin tahu, tentu ada juga orang lain yang bertanyakan soalan yang sama. Maka saya kongsikan di sini rahsianya.

Amalan saya dalam menulis blog

#1. Kekerapan membuat posting

Salah satu daripada soalan yang diutarakan pada saya adalah berapa kerapkah saya menulis artikel dan membuat posting dalam blog hidupringkas.com

Jika anda hanya melihat pada tarikh turutan saya buat posting pada satu-satu artikel dalam seminggu, anda akan dapati jarak antara dua artikel adalah dalam lingkungan dua hari sahaja.

Tetapi sebenarnya, itu bukan bermakna saya buat posting setiap dua hari sekali.

Cara saya adalah berusaha sedaya upaya untuk pastikan posting keluar dalam 3 hari pertama setiap minggu. Samada hari isnin, selasa atau rabu.

Oleh kerana saya sasarkan sekarang untuk buat sekurang-kurangnya sebanyak 3 artikel dalam seminggu, maka ketiga-tiga hari tersebut menjadi pilihan utama saya.

Bagi mereka yang dah lama ikut blog hidupringkas.com, tentu tahu bahawa sebelum ini saya akan keluarkan satu artikel setiap hari dari isnin sampai jumaat.

Tapi kekerapan sebegitu sudah tidak dapat saya buat lagi disebabkan agak sibuk berbanding sebelum ini.

Lagipun, dah terlalu banyak yang dah saya tulis. Rasa macam dah tulis kesemuanya. dan tak ada apa lagi nak tuliskan.

#2. Bagaimana menulis artikel yang baik dengan pantas

Berdasarkan kekerapan sebelum ini, memang saya agak kerap menulis. Dan daripada bancian ringkas yang saya buat, ramai yang beranggapan bahawa artikel saya agak baik penulisan dan juga isinya.

Dari situ timbul juga pertanyaan bagaimana saya mampu menghasilkan tulisan yang baik dalam masa yang singkat.

Untuk makluman, saya biasanya akan mendapatkan idea untuk menulis ketika bersantai atau ketika mengembara dalam perjalanan di atas kenderaan. Kadang-kadang idea muncul ketika berada di rumah sebelum nak tidur.

Bila ada saja idea saya akan mula membuat kerangkanya dalam kepala dan memikirkan isi serta matlamat yang nak dicapai dalam tulisan nanti.

Adakalanya saya akan catitkan dalam buku nota jika takut hilang atau terlupa seandainya idea tersebut penting dan merupakan satu perkara baru.

Sebaik saja ada masa dan duduk depan komputer untuk menulis blog, saya dapat habiskan keseluruhan artikel tersebut dalam tempoh antara 30 ke 45 minit.

Berikut adalah panduan yang sering saya gunakan dalam penulisan di blog:

  1. Pastikan ayat pendek – Kalau boleh biar ayat yang digunakan pendek sahaja dan tidak banyak penyambung kata. Ini memudahkan pembaca faham seperti mana kita sedang bercerita padanya.
  2. Pastikan perenggan juga pendek – Saya sering jadikan satu perenggan sependek mungkin. Paling banyak dua ayat. Ini dapat mengelakkan pembaca merasa letih terlebih dulu secara psikologi sebelum membaca.
  3. Jangan terlalu banyak isi atau pendapat – Blogging bukan sebuah novel. Ianya mestilah ringkas dan mudah serta tidak merangkumi semua perkara dalam satu artikel. Lebih mudah ketengahkan satu atau dua sudut pandang saja dalam tulisan.
  4. Anggap anda sedang bercerita pada kawan – inilah yang sering saya bayangkan setiap kali membuat ayat dalam penulisan. Saya bayangkan sedang konsgikan pendapat saya pada kawan di kedai kopi.
  5. Sentiasa berikan cerita pengalaman peribadi sebagai contoh – Saya cuba sedaya mungkin untuk kongsikan pengalaman diri sendiri atau kawan-kawan berdasarkan topik yang ditulis. Ini lebih unik dan mudah dihayati terutamanya oleh penulis itu sendiri.
  6. Sentiasa buat sub_tajuk – Hampir semua artikel saya akan ada sub tajuk supaya pembaca dapat jangkakan apa yang nak disampaikan. Lagipun, jika pembaca tak ada masa, dia boleh baca sub tajuk sahaja dan jika menarik baru baca isinya.

Begitulah antara panduan biasa yang saya gunakan dalam usaha menghasilkan artikel yang baik khas untuk pembacaan para pengunjung blog ini.

#3 Sumber pendapatan dari blogging

Pada awalnya saya menulis blog hanya bertujuan untuk suka-suka sahaja.

Blog hidup ringkas ini pula lebih bermatlamatkan untuk mencari pahala dengan kongsikan pengalaman yang saya anggap mungkin berguna untuk orang lain.

Dari penulisan maka lahirlah bengkel perniagaan. Saya kenakan bayaran sebab dari pengalaman, kursus atau ilmu yang diberikan percuma tidak dihargai oleh orang.

Ini masih berlaku sehingga kini pada semua kursus yang saya berikan secara percuma kepada peserta. Peserta akan biarkan saya menunggu sehingga bertukar menjadi tunggul.

Semua itu banyak membuang masa saya dan melemahkan semangat untuk membantu. Walaupun pahit, itulah kenyataan sikap orang kita. Dana mahu, tapi belajar bagaimana menggunakan dana secara betul tidak mahu pula.

Selain daripada pendapatan serba sedikit daripada penganjuran bengkel perniagaan, saya juga dapat sedikit pendapatan daripada iklan Google Adsense.

Ada juga tambahan pendapatan daripada program affiliate yang saya sertai sedikit sebanyak yang cukup untuk menyara blog ini dan belanja anak makan Pizza Hut.

Pendapatan utama adalah daripada perniagaan yang saya jalankan. Hampir kesemua keperluan hidup saya ditaja oleh syarikat-syarikat yang saya ada.

Apa yang saya dapat adalah mencukupi. Lagipun saya hidup sederhana dan tidak memerlukan wang yang banyak untuk menjadikan saya seronok dan bahagia.

Langkah seterusnya dalam menulis blog

Saya berhasrat untuk memberikan lebih banyak tumpuan bagi membina perniagaan business coaching secara lebih serius selepas ini.

Telah saya mulakan sedikit demi sedikit untuk para peserta diluar sana yang berminat untuk melonjakkan perniagaan mereka dengan cara yang ringkas tapi berkesan.

Itulah langkah seterusnya yang akan saya ambil dalam meneruskan usaha menulis blog ini.

Harap perkongsian di atas ada manfaatnay untuk pembaca terutamanya mereka yang ada blog khasnya untuk Ilham yang bertanya.

Total
13
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

10 comments

  1. Saya missed this post! Anyway, Selamat Hari Raya Aidiladha. Hehe. terima kasih sbb bagi jawapan yang menyeluruh! Mengetahui dari awal lagi berkenaan fungsi duit (bukan perkara utama yg mnentukan kebahagiaan & tak perlukan banyak) adalah sesuatu yang saya cuba follow dari blog tuan. Teruskan menulis!
    Ilhan recently posted…Those Absurd Things We Do in Hari RayaMy Profile

  2. Tabik spring Tn.Shubhi. Hidup ini memang ringkas sebenarnya.Hanya kita saja yang buat ia susah. Tahniah kerana menulis bukan karna nama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge