duChemin-July-2013Pernahkah anda rasa lega apabila sesuatu yang tak diingini berlaku, lalu anda salahkan orang lain?

Biasanya orang yang tak mahu perbaiki diri sendiri, akan ambil sikap suka salahkan orang lain. Kalau perniagaan tak jadi, dia salahkan rakan kongsi…

Kalau tak dapat naik pangkat, dia salahkan rakan kerja kaki bodek…

Kalau tak berani berniaga dan teruskan makan gaji, dia salahkan keluarga atau ibu bapa yang tak sokong hasratnya untuk berniaga…

Kalau dia tak aktif dengan masayarakat, dia salahkan majikan yang terlalu menekan kerja lebih masa…

Kalau dia kalah bertanding dalam pilihan raya, dia salahkan pengundi tak tahu menilai pemimpin yang betul… atau dia salahkan pesaing yang menipu…

Bila modal tak cukup untuk berniaga dia salahkan kerajaan kerana tak bantu bumiputra berikan modal mudah pada perniagaannya…

Kalau dia ta untung banyak, dia salahkan pembekal kerana jual dengan harga yang mahal…

Kalau pelanggan tak masuk ke kedainya, dia salahkan pesaing gunakan bomoh tutup pemandangan kedainya dari dilihat oleh orang ramai…

Anda boleh senaraikan banyak lagi cara untuk salahkan orang lain… tekniknya mudah saja. Semua orang bersalah menyebabkan anda jadi begitu kecuali diri anda sendiri… anda sempurna.

Oleh kerana anda sempurna, anda hanya perlu tunggu saja biarkan semua orang tak buat salah untuk membolehkan anda maju dan berjaya dalam hidup.

Cuba cari salah sendiri dan hentikan salah orang lain

Kalau anda nak rasa lega dalam hidup, apa kata mulai hari ini hentikan salah orang lain. Cari salah diri sendiri apabila berlaku perkara yang anda tak ingin.

Tanya soalan apa yang sepatutnya aku buat selepas ini supaya kejadian sebegini tak akan berulang lagi. Bila dah jumpa pendekatannya, usahakan sekali lagi dan liat hasilnya.

Kalau tak berjaya lagi, cari lagi salah diri sendiri. Fikirkan lagi apa yang anda boleh buat agar selepas ini, apa yang diusahakan berhasil.

Berterusan begitu untuk cari salah diri sendiri sampai mati. Insyaallah anda mati dengan menjadi orang yang jauh lebih baik dari semalam.

Saya tulis ini untuk diri saya sendiri, juga untuk anda yang mahukan kelegaan dalam hidup. Ambil tanggung jawab terhadap segala apa yang berlaku dan terima segalanya samada baik atau buruk. Moga bermanfaat !

Total
38
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge