Ringkaskan hidup anda dengan berpuasa

By | 14/11/2012
Tree-With-No-Leaves-In-Desert-With-Blue-Sky-And-Red-RocksBerpuasa bukan lagi perkara asing bagi manusia. Amalan ini telah bermula sejak dahulu kala lagi.

Banyak kajian yang dijalankan oleh para penyelidik mendapati puasa mendatangkan terlalu banyak manfaat pada mereka yang mengamalkannya.

Amalan puasa sebenarnya banyak membantu untuk meringkaskan kehidupan kita jika dilakukan secara tetap.

Puasa isnin dan khamis merupakan satu amalan sunat yang amat digalakkan oleh Islam. Bukan sahaja mereka yang mengamalkannya mendapat pahala malah kehidupan secara automatik menjadi cukup ringkas dan mudah.

Hidup ringkas dengan puasa Isnin Khamis

Kesihatan.

Kajian demi kajian menunjukkan mereka yang mengamalkan puasa secara berselang seli membantu menyihatkan tubuh badan dengan berbagai cara. Dengan amalan puasa Isnin Khamis secara konsisten anda:

  • Tak perlu habiskan duit menelan ubat-ubatan yang berupa dadah sintetik
  • Tak perlu habis duit belanja beli suplemen yang kononnya menambah bekalan keperluan badan anda
  • Membantu tubuh badan membuang segala racun atau toksik yang berada di dalam badan secara teratur.
  • Masa dan wang yang terpaksa dikeluarkan berjumpa doktor dijimatkan kerana mereka yang mengamalkan puasa tersebut jarang jatuh sakit. kalau sakitpun akan cepat sembuh

Kekalkan bentuk tubuh badan.

Dengan berpuasa tetap badan anda sentiasa kekal slim. Dengan bentuk badan yang konsisten:

  • Anda jimatkan wang daripada menyertai ‘fitness centre’ untuk kekalkan bentuk badan.
  • Anda jimatkan wang beli pakaian berbeza saiz. Satu untuk kegunaan selepas bulan puasa dan satu saiz lagi untuk beberapa bulan menjelang bulan puasa.

Tinggikan produktiviti.

Waktu yang terpaksa digunakan untuk minum dan makan boleh digunakan untuk urusan kerja atau beribadah.

  • Waktu sarapan awal, 30 minit
  • Waktu minum pukul 10 pagi, 45 minit
  • Waktu makan tengahari, 1.30 jam
  • Waktu minum petang, 45 minit
  • Anda tingkatkan produktiviti sebanyak 3 jam 30 minit !!! setiap hari isnin dan khamis
  • Kawan-kawan juga tidak akan ganggu ajak minum pada hari tersebut kerana tahu anda berpuasa. Anda hilangkan gangguan secara automatik!

 

Menabung dengan mudah.

Setiap hari Isnin dan Khamis, wang anda dapat dijimatkan untuk belanja makan pada perkara di atas sebanyak lebih muran RM 30. Dalam tempoh seminggu anda mampu berjimat sebanyak RM60. Dalam masa sebulan anda mampu menabung sebanyak RM240 !!!. Ini belum ambil kira penjimatan belanja kawan-kawan minum.

Jadual tetap balik awal bersama keluarga.

Mereka yang berpuasa biasanya lebih gemar pulang awal dan berbuka dirumah. Ini menjadikan keluarga tersenyum riang setiap hari Isnin dan Khamis kerana tahu anda akan pulang awal.

  • Jika anda masih bujang dan tinggal dengan ibu, anda membahagiakan ibu.
  • Jika sudah kahwin, anda membahagiakan isteri dan juga anak-anak.

Saya yakin semua orang terpaksa akui kebenaran apa yang saya nyatakan di atas. Cuma masalahnya adalah untuk mengamalkan amalan puasa tersebut. Ia seolah-olah sesuatu yang hampir mustahil bagi mereka yang lemah semangat dan tidak tinggi keazaman.

Petua untuk amal puasa isnin khamis

Berikut beberapa petua yang boleh anda guna untuk mengamalkannya:

  • Tanam azam hari ini dan sekarang juga untuk mula berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis.
  • Set telefon bimbit agar mengingatkan anda pada malam Isnin dan malam Khamis.
  • Pasang niat sebaik saja telefon berdering mengingatkan anda untuk berpuasa keesokan harinya.
  • Katakan pada diri anda, jika aku gagal buat amalan yang cukup baik dan terlalu banyak faedahnya seperti di atas, maka apa jaminan untuk aku menjadi orang yang berjaya?
  • Bagun sahur sekurang-kurangnya untuk minum.
  • Berhenti makan dan buat perkara lain yang membatalkan puasa keesokan harinya.
  • Apa yang perlu dilakukan jika anda rasa macam tak larat pagi esok?, katakan pada diri anda ‘aku tak akan mati hanya kerana berhenti makan sehingga masuknya waktu magrib. Jangan layan kemanjaan tubuh dan minda yang terlalu lemah sebegitu.

Saya syorkan pada semua pembaca agar tanam azam dan segera lakukan amalan puasa Isnin Khamis. Terutamnya pada mereka yang mahu jadi usahawan dan sedang jadi usahawan. Ini adalah satu suntikan semngat untuk mengubah diri anda menjadi pahlawan ekonomi yang berjaya. Insyallah anda boleh lakukannya demi kejayaan, harungi apa saja cabaran untuk menjadi lebih baik!

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

2 thoughts on “Ringkaskan hidup anda dengan berpuasa

  1. nazrimi

    Alhamdulillah..
    satu ibadat yang baik untuk saya dan kita semua istiqomah..
    juga bila dah biasa puasa isnin dan khamis..boleh juga tingkatkan lagi jika ada yang mampu..
    Puasa Nabi Daud a.s..selang sehari..ini lah yang di amalkan oleh Prof muhd Kamil UMKI ( http://www.muhdkamil.org/ )..dah bertahun dia lakukan..
    semoga kita istiqomah..ameen Ya Rabb..

    Reply
  2. mrkleemann

    saya antara yang berusaha menjadikan Isnin dan khamis hari saya berpuasa dan Alhamdullilah sudah setahun lebih berjaya mengekalkannya tanpa meninggalkan puasa saya. Dan niat saya akan terus berpuasa hingga ke akhir hayat saya. InsyaAllah.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge