Satu-satunya benda yang anda perlu untuk berjaya

By | 05/11/2012

Siapa yang tak teringin memiliki apa yang dia idamkan? semua orang sering mengidamkan apa yang dia tak ada, itu perkara biasa. Kalau ramai yang sering idamkan sesuatu yang dia dah ada tentu aman damai dunia ini dibuatnya.

Tapi ramai yang tak perasan bahawa apa yang dia miliki sekarang ini merupakan segala benda yang suatu masa dulu hanya ada di dalam bayangan imaginasinya sahaja. Cuba ambil masa sejenak lihat semua yang anda miliki di dalam rumah atau di luar rumah.

Lihat segala harta benda yang anda ada dan fikirkan semula saat anda dambakan kesemua itu suatu masa dulu. Anda tentu ingat ketika kecil dulu banyak perkara yang terlekat dalam kepala lalu anda berazam untuk dapatkannya suatu hari nanti.

Semakin besar keinginan yang melekat dalam kepala, semakin besar kemungkinan untuk anda milikinya. Ini adalah suatu perkara yang saya perhatikan pada kebanyakan orang yang berjaya.

Biasanya kita cuma akan sedari perkara ini apabila apa yang kita idamkan adalah sesuatu yang jauh lebih besar daripada apa yang kita dan keluarga kita milikinya dulu. Contohnya anak seorang miskin yang serba kekurangan mengidamkan harta kekayaan berupa wang ringgit dan gaya hidup mewah.

Jika apa yang kita idamkan sama saja macam yang kita lalui sejak kecil, maka tidak banyak yang kita lihat perbezaannya. Kita secara tidak sedar berasa cukup dan selesa dengan apa yang ibubapa serta keluarga kita miliki lalu apa yang diidamkan sekadar sama saja macam mereka. Dan akhirnya memang itulah yang kita dapat.

Pengalaman saya
Saya sering idamkan menjadi seorang usahawan. Memiliki pendapatan yang berterusan tanpa perlu berada di tempat kerja. Saya sering idamkan mempunyai cukup wang untuk menjalani kehidupan yang saya mahu tanpa perlu terikat pada kerja.

Saya juga sering idamkan punya harta sekadar sebuah lot banglow. Punya harta yang berupa rumah sndiri. Punya beberapa perniagaan yang boleh menjana pendapatan dan membesar sebagai harta yang boleh saya wariskan pada anak cucu.

Semua itu saya sasarkan untuk saya miliki sebelum berumur 45 tahun. Itulah yang sata sering katakan pada diri dan pada beberapa rakan yang rapat, ‘saya akan pencen ketika umur 45 tahun.

Maha suci Allah, saya benar-benar mendapatnya dalam masa yang saya tetapkan. Tidak lebih dan tidak kurang yang mana akhirnya membuatkan saya terfikir soalan ini, “Kenapa aku tak impikan benda lain yang jauh lebih besar?.”

Biasalah manusia kerdil macam saya tentu ada sikap tak puas hati. Semuanya berpunca apabila saya dapati sejak akhir-akhir ini saya menjadi amat malas untuk bergerak lebih jauh dan laju. Saya seperti sudah selesa dengan apa yang ada.

Setelah puas menganalisa akhirnya barulah saya sedari betapa hebatnya kuasa tanam impian dalam kepala kita. Impian tersebut akan melekat dan minda sentiasa mengarahkan semua kehidupan yang kita jalani agar seiring dengan apa yang kita impikan. Sehingga akhirnya kita mencapainya.

Sebab itulah saya nasihatkan sebelum ini agar fikirkan apa yang anda impikan. Tanam betul-betul impian tersebut dan gandakan sekurang-kurangnya dua kali daripada apa yang anda impikan. Teruskan mengidam sepanjang masa dan tak perlu risau jika anda langsung tak ada idea untuk merealisasikannya.

Oleh itu jika anda bertanya apa satu-satunya perkara yang kita perlu ada untuk menempa kejayaan, saya dengan yakin menjawab, ‘impian!. Jangan malu taruh impian dan bersangka baik terhadap Tuhan, insyallah Dia akan kurniakan apa saja yang anda impikan.

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

One thought on “Satu-satunya benda yang anda perlu untuk berjaya

  1. mrhanafi

    memang betul tu..saya dulu ada impian ada rumah dan keluarga..alhamdulillah Allah makhbul kan..kini saya berimpian untuk menjadi jutawan pulak..tak bekerja makan gaji tetapi menjadi blogger sepenuh masa
    mrhanafi recently posted…7 Sebab Bestmobile Pilihan RamaiMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge