Sekolah bagus bukan faktor utama anak cemerlang

By | 18/10/2012

Ramai yang berebut untuk masukkan anak mereka ke sekolah yang cemerlang.

Ibubapa yang peka pada pendidikan anak-anaknya akan menilai pencapaian sekolah terlebih dulu sebelum mendaftar kemasukan anaknya ke situ.

Semua tersebut dilakukan atas dasar, anggapan bahawa sekolah cemerlang, anaknya juga akan turut cemerlang.

Setelah semua urusan pendaftaran selesai, ibubapa akan melepaskan semua soal mencemerlangkan anaknya pada sekolah.

Jika itu adalah anggapan anda, itu sebenarnya salah sama sekali.

Kajian terbaru yang dilakukan di Amerika mendapati, faktor keterlibatan ibubapa memainkan peranan yang lebih besar dan kuat dalam menentukan kecemerlangan pelajaran anak-anak mereka.

Itu tetap benar, walaupun sekolah yang mereka pilih bukan yang hebat dan terbaik.

Tugas ibubapa untuk anak

Apakah yang ibubapa perlu lakukan untuk membantu kecemerlangan anak-anaknya?

  1. Luangkan masa bersama anak-anak
  2. Semak kerja rumah mereka
  3. Sertai aktiviti sekolah dengan aktif
  4. Berikan mesej pada mereka bahawa sekolah amat penting

Berdasarkan kajian tersebut, jika anak anda teruk pelajarannya, jangan cuba perbetulkan sekolah.

Sebaliknya perbetulkan diri anda dan ambil tahu dengan dekat hal ehwal pelajaran anak anda, insyallah dia akan cemerlang semula.

Baca kajiannya di sini

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge