SELAMAT HARI RAYA

By | 26/07/2014

_DSC4925

Blog ini akan berhenti beroperasi untuk tempoh tertentu sehingga selesainya sambutan selamat hari raya.

Kesempatan ini saya ucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri pada semua pembaca setia blog ini.

Saya mohon maaf segala kekasaran dan kebodohan berbicara selama ini samada sengaja atau tidak disengajakan. Sokongan para pembaca amat saya hargai dan jangan lupa datang balik selepas raya nanti.

Berhati-hati dalam perjalanan pergi dan balik menyambut raya di kampung.

Jangan lupa juga teruskan semangat ramadan dengan panjangkan amalan berpuasa. Mulakan dengan amalan puasa enam selepas ini di bulan syawal.

Selepas tamat puasa enam, sambung pula dengan pusa sunat isnin dan khamis.

Ini peluang untuk kita ubah amalan diri.

Jika amalan diri dapat diubah, insyaalah cara berfikir juga akan turut berubah dan amalan yang baik akan menghasilkan gaya pemikiran yang baik.

Kalau ada yang bercita-cita nak jadi usahawan sepenuh masa, ini satu peluang untuk mantapkan jiwa dan minda.

Berpuasa merupakan salah satu cara menyediakan jiwa yang kuat untuk menghadapi cabaran naik dan turun sebagai seorang usahawan.

Jiwa lembik tak sesuai dengan usahawan.

Jiwa lembik akan mudah putus asa. Jiwa lembik nampak masalah kecil semuanya besar, manakala jiwa besar akan nampak masalah besar semuanya kecik.

Oleh itu, kuatkan diri dengan amalan puasa.

Bukan nak tunjuk bagus, tapi amalan puasa banyak membantu saya mengubah cara berfikir.

Perubahan cara berfikir membuat saya mengubah cara bertindak.

Dah bertahun-tahun saya amalkan puasa ini dan alhamdulillah masih tak pernah tinggal sampai sekarang.

Saya syorkan anda semua yang nak jadi usahawan turut sama amalkan ibadah mulia ini.

Banyak ganjarannya dan banyak faedahnya.

Sekali lagi…SELAMAT HARI RAYA

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

10 thoughts on “SELAMAT HARI RAYA

  1. Sukri

    Terima kasih banyak Subhi atas segala nasihat,idea dan pendapat yang diberikan selama ini.

    Reply
    1. Bihi Post author

      Tinggi sangat pujian tu. tak layak rasanya…selamat hari raya tuan!

      Reply
  2. khairul anuar

    Terima kasih tuan subhii yang banyak menulis tentang kehidupan dan perniagaan. Tuan tidak jemu jemu mengajar, mendidik, membantu membuka minda usahawan dan bakal usahawan. Semoga tuan terus diberikan kekuatan untuk terus berkongsi idea dan kepakaran tuan kepada semua pembaca. Sejak mengenali tuan sehingga kini saya menjadikan blog tuan sebagai bahan rujukan dan bacaan harian saya. Kesempatan ini saya mengucapkan selamat hari raya aidil fitri buat tuan sekeluarga. Maaf zahir batin

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge