_SRU6918Ini artikel pertama untuk tahun baru 2015. Saya ambil masa ke pejabat sebentar hari ini untuk menulis sedikit ucapan selamat tahun baru 2015 pada semua pembaca blog ini samada yang setia mahupun yang sekali lalu.

Sambutan daripada anda yang sering masuk membaca segala artikel yang dikongsikan di sini memberikan semangat untuk saya terus menulis.

Ada yang ambil inisiatif menghubungi saya melalui email menggunakan ruang Contact Me di atas bertanya dan berkongsikan berbagai pengalaman dan masalah kehidpuan dan perniagaan. Itu tandanya anda percaya pada saya, terima kasih saya ucapkan. Kepercayaan anda semua amat saya hargai.

Semangat baru tahun 2015

Mungkin aktiviti menulis sekurangnya 5 artikel seminggu terpaksa dikurangkan pada tahun 2015 ini memandangkan banyak perkara yang telah saya selitkan bagi memenuhi semangat baru tahun 2015 ini.

Paling penting, tahun 2015 ini saya akan memberikan tumpuan sepenuhnya semula pada salah satu syarikat yang saya ada yang sebelum ini dipimpin oleh orang lain.

Kali ini, syarikat itu akan saya ketuai sendiri dan akan dipacu berdasarkan apa yang saya bayangkan dalam kepala selama ini. Insyaallah saya dah ada perancangan yang perlu dilaksanakan sepanjang satu tahun 2015 ini.

Perkara asas yang mahu saya realisasikan untuk syarikat tersebut bertumpu pada para pekerja yang mahu saya bina.

Saya berazam untuk menjadikan syarikat tersebut sebagai sebuah syarikat di mana,

  1. Para pekerja merasa bangga bekerja di situ.
  2. Para pekerja suka datang kerja dan tidak tertekan dengan boss atau pada majikan, sebaliknya tekanan hanya pada hasrat untuk memberikan nilai terbaik pada para pelanggan.

Itu yang saya dah sampaikan pada semua orang kanan di bawah saya yang diharapkan dapat membantu misi tersebut diterjemahkan sampai berjaya.

Ditambah lagi dengan projek melatih dan membimbing para usahawan yang insyaallah akan bertambah 2 kali ganda berbanding tahun lepas, saya dapat rasakan pengisian masa dengan perkara paling utama antara yang utama amat penting sepanjang tahun 2015 ini.

Apapun doakan saya berjaya, insyaallah.

Kenangan tahun 2014

Memang amat pantas rasanya setahun berlalu. Baru saja buat ucapan dan artikel berkenaan azam tahun baru 2014, tetiba dah masuk tahun baru 2015.

Sebab itu saya tak buat apa-apa artikel berkenaan azam tahun baru kali ini. Jika anda mahu sedikit panduan untuk buat azam yang ringkas, sila baca azam tahun baru hijrah yang telah saya buat sebelum ini sempena masuknya tahun baru hijrah. Anda boleh baca kat sini.

Antara kenangan paling best pada tahun ini adalah pelancaran produk santan king di pasaran Giant di seluruh Malaysia. Bisnes santan King itu masih dalam peringkat bertatih-tatih, tapi ianya merupakan satu pengalaman yang baru dan amat baik.

Bermulanya projek business coaching secara serius pada tahun ini juga satu pengalaman yang amat memberansangkan.

Saya berjaya adakan beberapa orang coach lagi di bawah saya yang nampaknya berjaya melaksanakan program business coaching yang saya asaskan dengan lebih baik berbanding saya sendiri. Alhamdulillah. Bagi anda yang berminat nak jadi Coach, boleh saja hubungi saya melalui email, jika sesuai akan dipertimbangkan.

Artikel paling viral tahun 2014

Satu lagi perkara menarik berlaku pada tahun 2014 adalah kenangan salah satu dari artikel yang saya tulis menjadi viral sampai habis band width dalam masa hanya 2 hari saja.

Jika anda masih belum baca artikel yang jadi viral itu, boleh baca sekarang. Tajuknya adalah Nasihat lelaki terkaya Asia pada usahawan muda berpendapatan RM2000

Selain dari itu saya kongsikan empat lagi artikel paling banyak dibaca sepanjang tahun 2014 dan masih lagi sentiasa di buka dan dibaca terutamanya dari kalangan mereka yang membuat pencarian melalui google. 4 artikel tersebut adalah:

  1. 100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar.
  2. Amalan ayat seribu dinar untuk anda berjaya.
  3. Jenis perniagaan yang bagus sekarang.
  4. Rahsia kenapa orang boleh kaya jual insuran

Selamat tahun baru 2015

Setakat itu saja kali ini sempena tahun baru 2015. Saya ambil kesempatan untuk ucapkan selamat tahun baru 2015 semoga tahun ini mendatangkan kejayaan yang lebih baik berbanding tahun lepas untuk anda semua.

Total
16
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

9 comments

  1. insyaAllah..
    semoga Tuan Bihi terus istiqomah dan di panjangkan umur untuk membangunkan para usahawan semua..
    semoga berjaya dunia akhirat.

  2. selamat tahun baharu tuan..saya sentiasa mendoakan tuan menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat serta menjadi impian saya untuk berjumpa tuan di alam nyata suatu hari nanti kerana saya kagumi tuan sebagai insan hebat yang banyak memberi manfaat kepada insan yang memerlukan …wah! ayat panjang pulak..
    Hanafi Abdullah recently posted…Cara Untuk Dapatkan Domain MurahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge