_DSC3507Ada dua perkara yang semua orang ulang sebut kalau seseorang itu mahu kejar kejayaan samada kejayaan dunia maupun kejayaan akhirat.

Dua perkara yang saya maksudkan itu adalah:

  • Ilmu
  • Kerja kuat

Kejar kejayaan dengan ilmu

Ilmu diperlukan dalam apa saja perkara yang mahu kita lakukan. Perkara mudah dalam memahami ilmu itu adalah apa yang kita sebut ‘tahu’.

Maksudnya nak buat apapun, kalau nak berjaya mesti cari maklumat terlebih dulu supaya kita tahu apa, siapa, bila, bagaimana dan seumpamanya.

Untuk tahu ada berbagai cara. Kita boleh dapat ilmu dengan belajar dari orang lain. Kita juga boleh cari ilmu dengan melihat dan mengkaji alam sekitar.

Zaman kita sekarang, urusan mencari ilmu adalah jauh lebih mudah berbanding zaman-zaman sebelum ini. Ilmu ada di hujung jari. Tekan saja, keluar pada skrin. Ramai yang bergantung pada google untuk belajar apa-apa saja perkara baru.

Kejar kejayaan dengan kerja kuat

Kalau nak kaya kena kerja kuat. Kalau nak jadi usahawan berjaya juga kena kerja kuat. Kalau nak jadi ulama tersohor juga kena kerja kuat. Kalau nak ramai anak juga kena kerja kuat.

Pendek kata, semua bersetuju untuk ulang sebut bahawa kalau nak apa saja kenalah kerja kuat. Apa lagi kalau nak kejar kejayaan dalam urusan perniagaan, mestilah kena kerja kuat.

Sekali pikir, nampak macam tak kena dengan apa yang saya sering tulis sebelum ini. Saya selalu sebut bahawa kerja kuat tak bawa kemana-mana.

Kalau kerja kuat itu bakal membawa orang jadi jutawan atau hartawan, sudah ramai buruh kasar yang akan jadi jutawan atau usahawan terlebih dahulu daripada orang lain. Sebab mereka kerja kuat lebih daripada semua orang.

Oleh itu, untuk berada di landasan yang betul, kita kena faham apa maksudnya kerja kuat. Kita kena tahu bagaimana nak kerja kuat dan kita perlu kuasai seni kerja kuat.

Kejar kejayaan melalui seni kerja kuat

Seni kerja kuat ini ada kaitan yang rapat dengan ilmu. Ia datang kepit mengepit dan tak boleh dipisahkan. Kalau kerja kuat disertai dengan ilmu, disertai dengan penggunaan akal yang betul, maka akan terhasillah seni kerja kuat tersebut.

Sebab itu kalau kerja kuat sebagai buruh kasar tak membawa anda ke mana-mana kalau akal tak digunakan. Masa lapang digunakan untuk perabis duit, main judi dan bukannya untuk tambah ilmu buat pencernaan akal, sebab itu kekal kerja kuat sampai tak larat.

Untuk mengamalkan seni kerja kuat ini anda hanya perlu buat beberapa perkara berikut:

  1. Berhenti kerja kuat. Ya! anda perlu pastikan agar anda berhenti kerja kuat terlebih dulu untuk menguasai seni kerja kuat. Biasanya orang yang kaki kerja kuat dia tak cukup tanah memijak. Ke sana sini macam lipas kudung dan waktu tak bergerak hanya alah pada masa tidur saja.
  2. Luang masa bersendirian setiap hari. Bila anda dah berhenti kerja kuat, anda akan kurang letih. Bila kurang letih, anda ada masa untuk berada dalam keadaan jaga dan sedar untuk membuat muhasabah diri. Seeloknya masa bersendirian ini diadakan pada waktu pagi. Samada di pejabat, dibilik rumah, di taman bunga atau di mana-mana saja tak kisah. Asalkan anda bersendirian tanpa gangguan untuk berfikir dan merancang. Seeloknya sejam satu hari.
  3. Jawab satu soalan penting. Setiap kali bersendirian, anda perlu bertanya pada diri sendiri, apakah satu-satunya perkara yang penting yang perlu aku buat sekarang untuk mencapai impian atau matlamat yang aku sasarkan. Anda akan dapat keluarkan banyak perkara penting jika bertanya begitu. Tapi dalam kesemua perkara penting itu apakah perkara yang kalau anda buat, yang lain jadi kurang penting atau tak pentingpun. Apakah perkara yang satu itu.
  4. Mula kerja kuat. Bila dah jumpa perkara yang satu itu, maka barulah anda mula buat kerja. Buatlah kerja sekuat mungkin. Lebih kuat dari orang lain, lebih masa dari orang lain, lebih banyak dari orang lain dan lebih elok dari orang lain. Asalakan anda buat perkara yang satu yang dah difikirkan di atas tadi, insyaallah anda sedang mengamalkan seni kerja kuat.

Kejar kejayaan pendek, sederhana dan jangkamasa panjang

Dalam usaha anda untuk kejar kejayaan, anda tentu tahu bahawa kejaayn itu perlu dilihat dalam konteks kejayaan jangkamasa pendek, kejayaan jangkamasa sederhana panjang dan kejayaan jangkamasa panjang.

Kita perlu sedar ada kejayaan yang perlu dilaksanakan sekarang, untuk encapai kejayaan jangkamasa sederhana panjang dan seterusnya untuk kejayaan jangkamasa panjang.

Oleh itu, mula fikirkan dengan menggunakan langkah yang disebut di atas tadi untuk menyatakan apakah kejayaan jangka masa panjang yang anda mahu. Mungkin dalam tempih 15 ke 20 tahun lagi, apa agaknya yang anda nak capai?

Bila dah tahu perkara tersebut, bergerak turun ke bawah dan cartakan perjalanannya daripada atas sehinggalah ke keadaan anda sekarang ini. Selangkah demi selangkah gariskan perkara penting yang perlu anda lakukan pada setiap peringkat.

Jika anda mahu jadi usahawan berjaya dengan jumlah perniagaan berbillion ringgit dalam tepoh 20 ahun dari sekarang, maka sudah tentu tak ada cara lain selain daripada mula berniaga sekarang. Anda juga perlu fikirkan apakah perniagaan yang perlu dibuat dan apakah perkara penting yang perlu diadakan terlebih dulu sekarang agar semua itu dapat dimulakan.

Total
15
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

3 comments

  1. kerja kuat boleh disamakan dengan kerja sungguh-sungguh..pernah pihak atasan mengatakan kepada saya bahawa kerja rajin belum tentu naik gaji tetapi kerja yang banyak menghasilkan untung syarikat maka kenaikan gaji boleh dipertimbangkan..macam mana tu tuan!
    Kakiblog recently posted…Jom Uji Kepantasan Loading BlogMy Profile

  2. En Subhi,
    Adakah networking mktg,MLM etc satu cabang kerja kuat tanpa perlu bekerja kuat?Harap dpt share your opinion and experience in the next article and why u do or dont do MLM anymore…tqvm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge