Hiking Girl Looking at Dramatic Sea LandscapeSiapa yang tak nak maju ke depan?

Tapi bukan semua orang yang berjaya mencipta kemajuan demi kemajuan dalam apa saja kerjaya yang diceburinya.

Itulah yang sepatutnya menjadi tanda tanya pada diri kita, seandainya mahu terus maju ke depan.

” Kenapa orang lain sentiasa membuat perubahan maju ke depan tahun demi tahun sedang kita masih lagi di takuk lama ? “

Saya melihat ramai dari kalangan kenalan yang masih di takuk lama walaupun masa berlalu tahun demi tahun.

Kalau nak dikatakan malas, tak juga. Ramai yang kuat kerja dan sentiasa rajin mencari peluang. Tapi kerajinan berserta kuat kerja tidak dapat melonjakkan mereka untuk membuat satu pencapaian yang memberangsangkan.

Sikap memainkan peranan untuk maju ke depan

Sebab paling utama kita gagal maju ke depan adalah kerana sikap buruk yang ada pada diri.

Tetapi sikap adalah sesuatu yang tak boleh dilihat.

Apa yang terbuku tertanam dalam diri yang membentuk sikap atau perangai kita adalah sesuatu yang ghaib dari pandangan mata.

Malah tuan punya badan sendiri biasanya tak boleh kesan adanya sikap yang buruk tertanam dalam diri. Itu membuatkan kerja membaki sikap adalah sesuatau yang sukar.

Namun begitu, individu yang ada sikap buruk boleh dikesan oleh orang lain yang duduk bersama dengannya.

Sikap buruk yang ada pada kita paling mudah dikesan oleh orang lain yang berurusan dengan kita. Sebab itu orang yang ada sikap buruk jarang berjaya maju ke depan dengan mudah, sebab dia akan dijauhi.

Kerjasama kumpulan penting untuk maju ke depan

Tak ada manusia yang boleh maju ke depan seorang diri. Lagipun tak ada gunanya membina kemajuan jika kita hidup seorang diri tidak bermasyarakat.

Sebab itu untuk maju ke depan sikap memainkan peranan penting. Ia berkait rapat dengan kebolehan seseorang untuk menjalin kerjasama dengan orang lain.

Ringkasnya, oleh kerana orang lain sentiasa boleh kesan sikap buruk yang ada pada diri kita, dan kita pula perlukan kerjasama dari orang lain untuk maju ke depan, maka perlulah sentiasa menjauhi sikap buruk daripada melekat dalam diri.

Sikap yang perlu dibuang untuk maju ke depan

Berikut saya senaraikan beberapa sikap buruk yang kita perlu kesan dan buang. Senarai ini diambil dari tulisan pakar ilmu kepimpinan John C Maxwell.

  1. Tidak berupaya untuk mengaku salah diri – Duduk dengan orang yang tak pernah ada kesanggupan mengaku salah memang membosankan. Orang yang gagal dalam kehidupannya, memang sentiasa lihat semua orang lain silap melainkan dirinya sendiri.
  2. Gagal untuk memaafkan salah orang – Bila tak ada keupayaan memaafkan salah orang lain, dendam akan mengelapkan hati dari kebenaran. Orang yang didendam tak ada apa-apa kesan, sebaliknya pendendam akan mengalami masalah besar dalam hidupnya sendiri.
  3. Iri hati – Orang yang iri hati tak dapat membezakan kebolehan dan kelebihan orang lain. Dia harap agar semua orang dilayan sama. Dia juga harap orang semua tak boleh lebih dari dia. Memag susah nak berkawan dengan orang yang macam ini.
  4. Penting diri – Sikap penting diri membuatkan seseorang tidak berhati perut. Berurusan dengan orang sebegini memang menyakitkan hati. Dia hanya melihat apa yang dia dapat tanpa pedulikan orang lain.
  5. Kaki kritik – Orang yang jenis kaki kritik ini tak pernah lihat adanya kebaikan dalam apa saja perkara. Tak ada orang yang mampu menggembirakan orang yang kaki kritik ini.
  6. Suka ambil kredit – Ini sikap yang sama macam pentingkan diri sendiri di atas. Tapi lebih buruk sebab orang sebegini akan belasah semua sumbangan orang lain mengaku dia punya.

Cuba tanya diri sendiri sekarang samada semua sikap tersebut di atas ada pada diri. Pastikan jangan satupun ada dalam diri, kalau nak maju ke depan.

Lihat juga pada rakan sekeliling anda. Terutamanya rakan niaga atau rakan perkongsian. Jika rakan kongsi anda sikap sedemikian, jangan ambil mereka jadi rakan kongsi.

Lihat juga pada pekerja di bawah. Siapa yang ada sikap yang disenaraikan. Kalau ada buang saja pekerja jenis begitu. Pekerja sebegitu tidak mampu menjadi ahli kumpulan kerja yang baik.

Lihat juga pada boss anda. Adakah dia ada sikap sedemikian di atas. Kalau ada elok cari boss lain.

Atau lebih baik lagi jadi boss sendiri dengan berniaga dan bina empayar perniagaan anda sendiri. Yang pentingnya kita perlu pantau agar sikap buruk yang disenaraikan di atas tiada.

Total
37
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

9 comments

  1. Bagi saya, cara berfikir akan menentukan sikap & tindakan kita.
    Jika kita boleh mengubah cara berfikir menjadi positif, pasti sikap, minda & emosi akan turut sama menjadi positif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge