Siri kaya #4 : Bezakan antara Pelanduk dengan Jerat

By | 24/07/2013

“Pelanduk mungkin lupakan jerat, tapi jerat tak pernah lupakan pelanduk”

Semua daripada kita tentu dah pernah dengar ayat di atas.

Apa maknanya?… berbagai-bagai mengikut kefahaman kita.

Saya cuba menggunakan ayat yang sama untuk kita sama-sama menghayati pengalaman kehidupan daripada diri sendiri dan juga orang lain dalam proses kita mencari jalan menempah kejayaan.

Untuk hidup selamat, kita perlu faham terdapat perbezaan yang ketara antara jerat dan juga pelanduk. Atau kita boleh gunakan contoh lain yang sama seperti ikan dengan bubu.

Pelanduk adalah hasil, manakala jerat adalah alat yang digunakan untuk mendapatkan hasil. Begitu juga ikan adalah hasil tangkapan dengan menggunakan bubu.

Mungkin anda masih tak faham, mari dengar cerita ini:

Lahir dalam dulang emas
Saya punyai seorang kawan yang sejak dilahirkan senang lenang. Dia tak pernah tak dapat apa yang dia mahukan kerana ayahnya kaya raya.

Waktu sekolah menengah di mana semua orang paling hebat naik basikal, dia dah naik motosikal sport berkuasa besar. Bila masuk ITM pulak (sekarang UiTM), dia dah pakai kereta sport!.

Pendek cerita saya sering akan meleleh air liur bila melihat kelibat kawan saya itu. Menjadi kawan kepadanya saja sudah melahirkan semacam satu rasa kebanggaan. Maklumlah dapat tumpang glamour!.

Bila dia tamat belajar, dia hidup berfoya-foya. Naik bar turun bar, main perempuan sana sini dan joli katak sungguh gayanya yang ala-ala playboy. Tambahan pulak dia hensem dan bergaya.

Nampaknya dia tergolong dalam kumpulan mereka yang tak perlu bekerja bila tidak lama kemudian ayahnya meninggal dunia.

Dia ditinggalkan dengan harta yang banyak. perladangan dan ada yang beritahu saya grant tanah yang ayahnya tinggalkan sahaja sama tinggi dengan paras lutut jika disusun!.

Anda semua boleh bayangkan betapa beruntung dan tak perlu kerja kawan saya itu!

Bila kawan ada gula, tentu ramai semut yang mula hurung. Tetapi masalahnya semut-semut yang ada cuba berlagak mewah macam kawan itu juga sedangkan mereka tidak punya harta sebanyak yang dipunyai kawan-kawan saya.

Akhirnya setelah sedar kesilapan masing-masing, kawan-kawan yang lain mula menjauhkan diri dan mula mengukur baju pada badan sendiri.

Kawan saya yang kaya itu, seperti biasa kehidupannya. Berbelanja dan berbelanja dan satu demi satu grant tanah dijual untuk menyara kehidupan yang cukup mewah.

Diringkaskan cerita, sedikit demi sedikit dia mula menghampiri kesusahan. Sekarang saya dapat tahu dia sudah tidak semewah dulu lagi.

Terpaksa bekerja menyara kehidupan. Tambahan pulak dia berkahwin dengan isteri kaki cantas yang jauh lebih laju kecekapan berbelanjanya.

Moral cerita di atas yang saya nak cerita adalah, kawan saya itu sebaik sahaja dilahirkan hanya melihat pelanduk yang banyak.

Dia tidak pernah melihat bagaimana ayahnya menyediakan perangkap mencari kawasan atau tempat yang sesuai untuk meletakkan perangkap dan menunggu perangkap mengena.

Nasib baik ayahnya memerangkap pelanduk yang cukup banyak untuk dia jadikan lauk dalam tempoh jangka masa yang cukup lama.

Walau bagaimanapun, besar manapun gunung emas, jika dicangkul sedikit demi sedikit lama-lama akan habis juga. Begitulah yang terjadi pada kawan saya itu.

Bila jadi begitu dia baru sedar bahawa kemahiran menyediakan perangkap tidak ada padanya. Dia sepatutnya tidak menghabiskan hasil tangkapan yang bukan dilakukan oleh dirinya sendiri.

Berbalik pada kawan-kawan lain yang mengelilinginya dan mengikut budaya kawan saya itu, mereka juga tak faham antara perangkap dan hasil tangkapan.

Tangkapan yang mereka dapat tidak semewah tangkapan yang kawan saya yang kaya itu miliki, bila ditiru-tiru, maka ia seumpama sang kancil cuba berak sebesar taik gajah!.

Lihat pengaruh iklan yang melekat dalam diri kita
Dalan kehidupan sekarang, kita melihat para peniaga mempromosikan barangan mewah mereka dengan mengambil para arti, jaguh sukan dan lain-lain individu terkenal sebagai duta barangan mereka.

Hasilnya ramai yang terikut-ikut dan enjalani kehidupan iklan sebagaimana yang dipromosikan. Kita pakai barang mewah, makan di hotel, baju berjenama dan sebagainya.

Segala barangan tersebut hanyalah hasil tangkapan daripada jerat yang digunakan oleh para artis, ahli sukan atau individu terkenal.

Jika mereka berbelanja mewah, ianya berdasarkan keupayaan mereka menjana pendapatan yang tinggi setarah dengan keupayaan mereka.

Malangnya kita terikut-ikut dan berbelanja untuk pamerkan hasil tangkapa yang banyak sedangkan tangkapa kita sangat sedikit.

Oleh itu berhati-hatilah! makan ikan hasil dari tangkapa anda sahaja dan jangan ikut cara orang lain makan hasil tangkapannya.

Begitu juga budaya berlumba siapa dapat pamerkan hasil tangkapan paling besar dan banyak. Kadangkala budaya ini membuatkan ramai yang cuba menipu dengan mempamerkan hasil tangkapan yang jauh lebih besar dari keupyaannya.

Dunai moden ini membuatkan kita mampu mempamerkan hasil tangkapa banyak sebegitu kerana kita dibiarkan berbelanjan hasil yang masih belum kita miliki. Kita diberikan kad kredit, bayaran ansuran Courts Mammoth dan lain-lain sepertinya.

Sudahlah! hentikan budaya sebegitu dan jangan berlumba dengan kawan atau jiran atau sesiap saja. Berbelanjalha ikut keperluan dan keupayaan kita.

Jika anda hanya mampu pakai kereta Camry, tak perlu susahkan diri atau pecahkan tabung untuk beli BMW. Biarlah apa kawan-kawan anda nak kata.

“Jika kawan-kawan yang ada mengukur anda dari jenis kereta yang dipakai, anda tidak sepatutnya pergi tukar kereta, sebaliknya anda hanya perlu tukar kawan”

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

18 thoughts on “Siri kaya #4 : Bezakan antara Pelanduk dengan Jerat

  1. Nur Latifah

    Motivasi Penulisan Perkongsian yang sangat baik.
    Izinkan saya ambil dari mana-mana petikan kata dari mana-mana post yang boleh dikongsikan?
    Mohon maklum balas…
    Terima kasih.

    Reply
      1. Nur Latifah

        Maaf lambat membalas.
        Terima kasih atas maklum balas tuan dan kebenarannya. Saya kongsikan sedikit petikan kata motivasi dr blog tuan ke fb Page sy, tp maafkn sy krn tak meletakkn nama blog hidup ringkas krn belum tau samada dibolehkn/digalakkn/perlu diletak? diharap boleh beri pandangan andai tindakan sy tersilap…
        Terima kasih skli lg..

  2. blackrosehunter

    betul apa yang bro cerita ni..inilah hakikatnya. Masyarakat sekarang lebih kepada sikap begini..kehidupan mewah dan mahu menunjuk-nunjuk..

    Reply
  3. Hafizul

    Hehe..terima kasih bro.seronok baca artikel ni..ada nasihat,santai dan sangat2 berguna..emm hidup kaya pun susah kalau tak pandai nak uruskan kekayaan tu..

    Reply
  4. sepol

    ayat paling best…
    “Jika kawan-kawan yang ada mengukur anda dari jenis kereta yang dipakai, anda tidak sepatutnya pergi tukar kereta, sebaliknya anda hanya perlu tukar kawan”

    Reply
    1. Anonymous

      hehe…suka juga ayat yang last ni. terima en shubhi. tapi kalau yg kata tu adik-beradik atau ahli keluarga sendiri macam mana. rasa macam malas nak jumpa je. balik pun takat jumpa mak ayah. kalau ramai yg ada malas nak balik.

      Reply
    2. Anonymous

      ayat ni memang betul dan tersangat betul…..dulu saya ada juga kawan jenis ni….tp sekarang, saya dah say goodbye…..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge