Tak ada idea niaga lagi? buat macam ni

By | 07/01/2013

cari idea niagaBanyak juga posting berkenaan nak cari idea niaga telah ditulis di blog ini.

Kebanyakannya berkisar tentang usaha fizikal atau usaha secara kasar yang biasa kita lakukan. Sebenarnya, itu semuanya masih belum lengkap.

Kali ini mari kita lihat pula usaha cari idea secara halus atau lebih tepat lagi usaha secara spiritual.

Bagi anda yang anggap diri sebagai seorang yang saintifik dan tidak ambil kisah terhadap aktiviti spiritual tak payah teruskan pembacaan ini.

Tapi, jika anda percaya bahawa perkara spiritual merupakan salah satu komponen penting dalam kehidupan, malah lebih penting daripada fizikal berikut saya kongsikan amalan yang saya lakukan dalam apa saja perkara yang saya mahu.

Jelas dengan hala tuju

Kalau anda biasa baca tulisan penulis barat tentang kejayaan, pasti akan berjumpa kenyataan bahawa, perkara pertama yang paling asas untuk kejayaan itu adalah:

“Jelas dengan apa yang anda mahu dan mempunyai keinginan serta nekad untuk mendapatkannya”

Walau bagaimanapun, kadangkala kita sendiri tak tahu apa yang kita mahu.

Jadi macam mana nak ada keinginan bila anda sendiri tak tahu, dan seterusnya bagaimana nak mulakan usaha bila tak tahu nak berusaha untuk apa ?.

Tulis keinginan atas kertas

Satu lagi petua, penulis barat syorkan apabila kita mahu mencapai sesuatu, adalah dengan menulis atas sekeping kertas perkara tersebut dan ulang bacanya setiap kali sebelum tidur.

Sebenarnya semua idea itu hanyalah untuk melahirkan satu amalan rutin.

Mari kita tambah idea orang barat yang dinyatakan di atas yang lebih bersesuaian dengan amalan seorang muslim.

Idea ini lebih menarik kerana ia boleh diguna pakai oleh anda yang ‘black-out’ terus tak ada idea apa yang anda mahu.

Anda boleh gna idea ini untuk selesaikan masalah tak tahu langsung nak berniaga apa.

Dengan menggunakan amalan sebagai seorang muslim, anda mampu selesaikan semua masalah tersebut.

Minta idea niaga

Berikut saya berikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mencari idea niaga yang boleh anda lakukan bersama amalan sebagai seorang muslim:

  1. Selitkan dalam doa.
    • Pastikan anda masukkan permintaan anda untuk mendapatkan satu idea niaga setiap kali selepas selesai solat fardu.
    • Semua daripada kita akan berdoa setiap kali selesai solat fardu. Bagi mereka yang hafal doa dalam bahasa arab, akan baca sekali lalu dengan pantas sebagai amalan rutin tanpa memahami apa yang dibaca. Kalau faham sedikitpun, biasanya permohonan adalah tidak fokus. Itu adalah amat merugikan.
    • Sebelum tamatkan doa dengan selawat, mohon kepada Allah begini: “Ya Allah berikanlah pada ku satu keinginan yang jitu untuk aku usahakan” atau “Ya Allah, berikanlah daku satu idea perniagaan yang sesuai untuk aku usahakan”. 
  2. Amalkan setiap kali selesai solat fardu 5 waktu. 
    • Pada permulaan, anda akan buat sekali dan lupa seminggu. Kemudian teringat dan buat semula. Kalau jadi macam itu, tak perlu risau, anda hanya perlu buat apabila teringat. Pastikan anda cuba sedaya upaya untuk melakukan doa ini sekurangnya setiap hari jumaat selesai selesai solat jumaat.
    • Usaha untuk mengamalkan selitan doa yang saya katakan di atas dengan apa saja cara sehingga anda mula mengamalkannya setiap kali selesai solat fardu. Lama kelamaan, amalan ini akan mula melekat dalam tabiat dan menjadi rutin sebanyak 5 kali sehari.
    • Teruskan berdoa tanpa ada tekanan dan dalam masa yang sama teruskan kehidupan dengan apa yang anda lakukan. Biar masa berlalu seminggu, sebulan, dua bulan dan seterusnya…
    • Bagi mereka yang berkat doanya mungkin akan tercetus idea hanya selepas beberapa bulan saja mengamalkannya.
    • Bagi yang doanya berkarat pula tidak akan mendapat apa-apa idea walaupun setelah dilakukan berbulan-bulan. Tak apa sambung dengan perkara di bawah.
  3. Teruskan usaha berdoa sehingga datangnya bulan ramadan.
    • Anda sepatutnya bergembira dengan kedatangan bulan penuh berkat ini kerana ia berkemungkinan bakal menyelesaikan masalah anda.
    • Di bulan Ramadan, selain daripada meneruskan doa setiap kali selesai solat 5 waktu, anda perlu selitkan pula doa yang sama seperti di atas tadi, setiap kali selesai solat tarawih. Jangan tinggal tarawih dan kalau boleh pilihlah masjid yang buat lebih 20 rakaat.
    • Teruskan sehingga masuk syawal dan seperti biasa jalani kehidupan anda seperti biasa dan lakukan apa yang anda sedang lakukan.
  4. Teruskan berdoa, jangan tinggalkan. 
    • Jika habis setahun, selesai ramadanpun masih tak datang juga apa yang di cari. Teruskan berdoa. Sebenarnya ia sedang datang dan akan muncul bila-bila masa saja.
    • Kebiasannya idea akan muncul ketika anda bersantai tanpa tekanan. Mungkin ketika memandu, ketika mandi atau lain-lain seumpamanya.

Begitulah yang saya sering amalkan dalam apa saja perkara yang saya mahu.

Biasanya ia menjadi amalan terputus-putus. lama kelamaan ia menjadi amalan tetap sehinggalah saya menemui apa yang saya cari.

Semuanya berlaku tanpa tekanan dan hidup anda menjadi lebih tenang.

Beruntunglah anda yang tidak meninggalkan sembahyang. Mereka yang sudah biasa solat 5 waktu akan merasa tidak tenang selagi solat tidak dilaksanakan.

Tabiat tersebut memudahkan kita menyelitkan apa saja amalan lain bersama dengan amalan solat 5 waktu.

Tidak ada cara mudah menukar tabiat selain dari menumpang satu tabiat yang sudah ada sebati dengan diri kita.

Kelebihan ini, berdoa 5 kali sehari merupakan satu kelebihan yang tidak ada pada mereka yang tidak menunaikan solat!

Selamat menunaikan solat dan selamat berdoa mencari idea niaga dan selamat mencuba.

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

6 thoughts on “Tak ada idea niaga lagi? buat macam ni

  1. aza

    anda semua sangat hebat. selalu berkongsi pengalaman. semoga saya juga boleh mencontohi keikhlasan kalian dalam menyampaikan ilmu yang bermanfaat untuk semua sesama insan dan semoga semuanya beroleh kebahagiaan yang hakiki kelak.amin.

    Reply
  2. miesya78

    Terima kasih atas perkongsian tuan. Saya dengan ilmu yang tidak banyak juga ingin berkongsi. Selain kita mengamalkan solat dhuha, kita amalkan zikir Ya Wahhab 1000x setiap hari. Yakin kan diri bahawa Allah akan buka kan pintu rezeki kita.

    Barakallah..

    Reply
  3. GoodGood Ice-Cream

    Memang syok la baca. InsyaAllah cuba praktikkan.
    Kalo saya idea meniaga banyak. Tapi nak jalankan bisness tu kena buat pelan2 lah. Yang penting usaha. Doa dan tawakkal.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge