Retro City Bike Leaning Against Old City WallDalam Bahasa Inggeris, maklum balas dipanggil sebagai Feedback. Mungkin lebih ramai yang selesa menggunakan perkataan feedback berbanding perkataan maklum balas.

Dalam percakapan biasa terutamanya dalam kerja, saya sering menggunakan perkataan feedback. Contohnya, ‘tolong dapatkan feedback dari pelanggan kita…’, itu ayat biasa yang sering digunakan ketika berbincangan sesama rakan sekerja.

Samada anda selalu guna perkataan feedback atau maklum balas, tak kisah. Yang pentingnya kita faham apa yang dimaksudkan dengan perkataan tersebut.

Buat perubahan dengan maklum balas

Dalam apa saja perkara yang kita lakukan, jika ada hasrat untuk memperbaiki apa yang dilakukan ke tahap yang lebih baik, kita amat memerlukan maklum balas.

Kalau kita jual barang untuk pelanggan, maklum balas tentang barangan tersebut daripada para pelanggan dapat membantu kita menentukan samada barang kita ok atau tidak ok.

Kalau kita kerja di bawah seorang boss, maklum balas daripada boss tentang prestasi kita terhadap tugasan yang diamanahkannya merupakan satu maklumat yang penting untuk membuat pembaikan terhadap kerja kita.

Untuk diri kita sendiri, maklum balas daripada keadaan tubuh badan kita seperti sakit tangan seumpamanya amat penting kerana ia memberikan maklumat bahawa ada sesuatu yang tak kena. Dengan itu kita perlu bertindak untuk membaiki keadaan tersebut.

Itulah kegunaan maklum balas. Untuk kita dengan, atau lihat atau rasa, supaya kita dapat belajar sesuatu daripadanya.

Kita perlu menerima maklum balas dengan tenang, menganalisanya dan membuat kajian yang lebih jauh dan seterusnya membuat keputusan untuk tindakan selanjutnya.

Ringkasnya maklum balas perlu jika kita mahu buat perubahan.

Sikap salah dalam menerima maklum balas

Walaupun kita sering mohon maklum balas daripada orang lain terutamanya dalam banyak perkara, kadang kala kita lupa tujuan sebenar terhadap maklum balas tersebut.

Apabila terlupa, maklum balas yang negatif terutamanya, atau yang kita tak sangka untuk mendengarnya membuatkan kita lupa dan naik minyak.

Banyak kali berlaku maklum balas yang diberikan disambut dengan tindakan mempertahankan diri. Bukan setakat mempertahankan diri, malah dipanjangkan lagi dengan tindakan membuat serangan.

Sebagai contoh, saya sering mendapat komen dalam penulisan saya selama berkecimpung dalam dunia blogging ini.

Apa saja komen yang diberikan pembaca merupakan maklum balas terhadap penulisan dan idea saya. Sudah tentu ada komen yang baik dan ada komen yang saya tak suka mendengar atau membacanya.

Setiap kali mendapat komen negatif yang tak sedap di baca, secara spontan tangan laju nak menaip ayat-ayat mempertahankan diri.

Sebab itu, saya akan biarkan terlebih dahulu sebarang komen yang tak sedap di dengar dalam tempoh waktu yang cukup sebelum menjawabnya. Itu memberikan ruang untuk sedar diri bahawa ianya hanyalah maklum balas dari pembaca.

Mungkin betul, mungkin tidak betul. Tak perlu pertahankan diri kerana anda tidak perlu membuktikan apa-apa padanya. Terimalah ia sebagai maklum balas yang boleh disimpan sebagai salah satu pertimbangan untuk tindakan seterusnya.

Sikap cuba pertahankan diri setiap kali menerima maklum balas adalah sikap yang salah dan membuang tenaga.

Reaksi terbaik menerima maklum balas

Apakah reaksi yang paling baik yang perlu kita lakukan setiap kali menerima maklum balas?

Kita perli ingat bahawa untuk maju, kita perlu buat perubahan.

Perubahan yang paling mudah dilakukan adalah perubahan terhadap diri kita sendiri.

Untuk ubah diri sendiri, kita perlukan maklum balas. Kita sebenarnya perlu banyak maklum balas supaya perubahan lebih mudah dan lebih cekap dan bijak.

Jadi, anggaplah apa saja yang berlaku hasil daripada segala tindakan kita merupakan maklum balas. Berjaya atau gagal adalah maklum balas, negatif atau positif adalah maklum balas.

Jangan pertahankan diri jika tidak perlu dalam menerima apa saja maklum balas.

Reaksi paling baik dalam menerima maklum balas adalah dengan mengucapkan TERIMA KASIH.

Ucapkan terima kasih pada semua orang yang memberikan maklum balas pada anda. Tak payah pertahankan diri.

Cuba selepas ini, anda bawa hasil kerja anda dan tunjukkannya pada seorang kawan. Biarkan dia komen atau kritik secara ikhlas.

Kalau sebelum ini anda mula pertahankan diri menjawab kenapa anda buat begitu dan begini, selepas ini, anda hanya perlu ucapkan terima kasih dengan ikhlas.

Sebeum berlalu, jangan lupa tanya samada ada apa-apa lagi tambahan…? amacam ? boleh kita sama-sama amalkannya?

Total
18
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge