Untuk mendapatkan hasil yang lebih daripada apa yang kita dapat sekarang, tak semestinya kerja kuat dan lebih kuat.

Cara paling hebat dan menakjubkan yang anda semua mesti cuba adalah dengan mencari pendekatan lain bagi melaksanakan tugasan atau kerja anda.

Kita mesti cuba tanya apakah cara lain yang lebih baik yang mampu hasilkan keputusan yang jauh lebih hebat.

Kita mesti berusaha buka mata dan mencuba pendekatan baru tersebut dan seterusnya melihat apakah keputusan yang dihasilkan oleh cara baru yang berlainan daripada cara atau pendekatan sekarang.

Saya pernah tuliskan idea yang amat menarik dalam salah satu artikel yang lalu berkenaan gaya hidup dan komen kawan-kawan sekeliling.

Jika kawan-kawan yang ada menilai anda dari segi kereta apa yang anda pakai, anda ada dua cara untuk selesaikan masalah tersebut:

  1. Kerja lebih kuat – Ini cara biasa yang kebanyakan orang buat. Mereka pulun lebih kuat, tambah lebih banyak masa dan seumpamanya bagi membolehkan kereta yang dijangkan oleh kawan-kawan sekeliling yang sepatutunya kita pakai.
  2. Tukar kawan – Ini satu cara yang lebih kreatif dan lebih mudah tanpa memerlukan anda bekerja lebih kuat dan menghabiskan lebih banyak masa untuk tambah pendapatan. Lebih baik anda tukar saja lingkungan kawan-kawan yang ada yang menerima anda bukan berdasarkan jenis kereta yang anda pakai. Hasil terhadap emosi dan tenaga adalah jauh lebih memberansangkan daripada pilihan di atas.

Apa yang saya utarakan di atas hanyalah satu daripada contoh mengubah bagaimana kita berfikir secara kreatif untuk menyelesaikan masalah dan mendapatkan hasil yang lebih baik.

Memilih pendekatan baru dan tidak kerja kuat

Apa saja kerja yang anda lakukan terutamanya untuk para usahawan di luar sana, anda mestilah sentiasa membuat pilihan kepada mencuba pendekatan baru berbanding kerja lebih kuat.

Cara tersebut terbukti diamalkan oleh semua orang yang berjaya lebih jauh berbanding kebanyakan orang lain.

Dengan berdegil untuk kerja sekadar yang diperlukan sahaja dan memerah otak untuk mencari idea pendekatan baru, anda akan jauh meninggalkan orang yang sentiasa menggandakan jumlah kerja mereka.

Memang pada permulaannya, orang yang bekerja lebih kuat akan mendahului anda dari segi hasil yang diperolehi. Tapi, percayalah kekuatan tenaga dan masa yang kita ada adalah amat terhad.

Akan datang satu tahap di mana semua sumber masa dan tenaga anda akan sampai ke tahap maksimum dan sudah tidak ada lagi cara lain untuk gandakan kerja. Kejayaan akan terbantut setakat itu sahaja dan anda akan keletihan.

Lama kelamaan hasil akan berkurangan sedikit demi sedikit dan anda akan hilanh segala-galanya.

Sebaliknya, orang yang berusaha mencuba pendekatan baru dan melaksanakannya untuk melihat hasil daripada pendekatan baru tersebut, akan menemui kunci kepada kerja kurang, hasil banyak.

Kesemua hasil inovasi di muka bumi ini berkisar daripada sikap sebilangan manusia yang sering mencari idea untuk mencuba pendekatan baru bagi mencapai hasil yang mereka mahukan.

Ingat! khazanah Allah dimuka bumi ini sudah tersedia kesemuanya, tak perlu cipta apa-apa benda baru.

Kita hanya perlu berfikir untuk sambungkan titik-titik yang terputus bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat. Itulah sebabnya idea merupakan salah satu benda yang amat penting untuk mengubah kehidupan.

Contoh elak kerja kuat dan cuba pendekatan baru

Mungkin anda masih tak faham lagi. Mari saya cuba berikan contoh lebih mudah untuk difahami.

Katakan anda menjual produk kesihatan. Sehari anda bertemu dengan 5 orang prospek. Dalam 5 orang yang anda jumla itu, seorang akan menjadi pelanggan.

Pendekatan kerja kuat untuk menambahkan hasil adalah dengan menggandakan jumlah orang yang anda jumpa.

Lalu anda gandakan dari 5 orang kepada 10 orang, maka mungkin anda akan dapat seramai 2 orang pelanggan sehari. Hasil bertambah dan anda suka.

Tapi masa anda mula menjadi lebih sempit, tenaga anda dan emosi mula menjadi lebih tertekan. Lama mana anda boleh lakukan cara begitu.

Sebaliknya anda boleh cuba pendekatan baru.

Mungkin anda mula buat pemasaran online dan menggunakan teknik-teknik yang berkesan untuk mencari pelanggan, barangkali dengan cara sebegitu, anda mampu mendapatkan seramai 20 orang pelanggan dalam masa satu hari.

Sudah semestinya cara sedemikian membuatkan anda tak perlu kerja lebih kuat, anda hanya mencuba cara atau pendekatan baru… anda cuba fikirkan contoh yang sesuai untuk perniagaan anda sekarang… selamat mencuba dan selamat menjadi kreatif!. jangan lupa mengukur hasil untuk dibandingkan pendepatan mana yang lebih baik.

Total
5
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

18 comments

  1. Terima kasih di atas artikel Tn Shubhi yang amat membantu. Saya banyak menggunakan kaedah pemasaran online di samping offline seperti flyer. Memang betul cara offline agak memakan masa, kos dan tenaga. Perlu digabungkan dengan pemasaran online dan terbukti lebih hasil jualan. Terima kasih.
    Akmal recently posted…Testimoni- Bengkak TiroidMy Profile

    1. Tak berapa bijak sebab otak paling kreatif ketika keadaan santai dan bukan ketika kerja keras… lebih banyak waktu santai, lebih jauh tinggi impaknya…!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge