Ramai para pakar motivasi dari kalangan orang Melayu bersetuju bahawa antara halangan orang Melayu menjadi kaya adalah masalah takut kaya.

Orang kita takut kaya kerana kalau-kalau dengan menjadi kaya itu bakal membuatkan mereka menjadi orang yang sombong, jahat, kedekut atau tidak berhati perut.

Orang kita juga takut jadi kaya kalau-kalau dengan menjadi kaya itu mereka akan menjauhkan diri dari syurga. Orang kaya dikaitkan dengan masalah lambat masuk ke syurga kerana segala harta mereka perlu dihisab sehingga membuatkan mereka mangambil masa yang lama untuk dilepaskan.

Apakah anda juga termasuk dalam kategori mereka yang berpandangan begitu? anda takut jadi kaya dan lebih selesa untuk hidup sederhana saja supaya mudah masuk ke syurga dan tidak menjadi orang kaya jahat dan sombong.

Buang masalah takut jadi kaya

Jika anda berpandangan begitu, cuba fikir sejenak adakah masalah takut kaya itu benar-benar disebabkan anda risau kalau-kalau anda menjadi sombong dan jadi orang jahat.

Atau anda sebenarnya hanya menjadikan itu sebagai satu alasan daripada bekerja kuat dan bijak bagi mejana kekayaan demi membangunkan agama dan bangsa.

Oleh kerana ada sikap malas dan tak mahu perah otak untuk menjana kekayaan, oleh kerana tak mahu berusaha gigih dan istiqamah bagi menunaikan tugasan fardu kifayah, maka anda mencari alasan yang paling mudah untuk meleaskan diri.

Sebenarnya bukan semua orang kaya itu sombong dan jahat dan bukan juga semua orang miskin itu baik dan bersopan santun. Jiwa yang tenang tidak perlu terikat dengan harta untuk menjadi baik atau sombong.

Jiwa yang tenang tidak perlu terikat dengan harta kekayaan dunia untuk menjadikan diri mereka baik atau jahat. Kaya atau miskin itu hanyalah satu ujian. Apa yang paling penting adalah bagaimana kita berhadapan dengan keadaan samada miskin atau kaya.

Masalah takut jadi kaya adalah masalah jiwa

Yang membuatkan orang masuk syurga atau neraka adalah sikap mereka menghadapi masalah kaya atau masalah miskin. Jika kaya lalu sikap berubah menjadi keras dan jahat, maka sikap itulah yang membuatkan diri masuk ke neraka.

Juga jika miskin lalu kemiskinan dan kesukaran hidup itu membuatkan sikap kita menjadi putus asa dan hilang pergantungan pada Allah, sikpa itulah juga yang membuatkan diri masuk ke neraka.

Berusaha untuk menjana kekayaan dengan cara yang halal dan seterusnya mengimarahkan ekonomi orang kita agar menjadi kuat dan dapat menjadi senjata untuk amalan kebaikan adalah satu kerja yang mulia dan tidak perlu ditakuti dengan berbagai alasan.

Yang pentingnya berusaha. Samada dikurniakan Tuhan atau tidak bukanlah urusan kita. Jika dikurniakan bersyukurlah, dan kalau tidak, bersabarlah. Kedua-duanya bakal bertukar menjadi ganjaran yang besar untuk kehidupan kita kelak dihari kemudian nanti.

Petua mudah selesaikan masalah takut jadi kaya

Satu lagi cara mudah untuk melenyapkan masalah takut jadi kaya adalah dengan mengasingkan perniagaan daripada gaya hidup anda. Biarlah perniagaan anda berterusan dibina ke tahap yang tinggi manakala diri anda sendiri berterusan istiqamah dengan gaya hidup yang sederhana.

Menjadi usahawan dapat memudahkan lagi diri anda untuk kekal sederhana dan dalam masa yang sama memiliki perniagaan yang kaya raya. Anda boleh asingkan perniagaan dengan kehidupan sederhana dengan membina satu syarikat sendirian berhad.

Kenapa anda perlu berniaga dengan membuka syarikat sendirian berhad adalah disebabkan, syarikat sendirian berhad merupakan satu entiti berasingan yang berbeza dengan diri anda sendiri.

Untuk makluman anda, syarikat Entreprise dengan pemiliknya adalah satu entiti yang sama. Cara percukaiannya juga berbeza berbanding dengan syarikat sendirian berhad. Sila buat sedikit kajian berkenaan perbezaan syarikat sendirian berhad dengan syarikat entreprise untuk mendapat pemahaman yang lebih mendalam.

Apa yang saya nak cuba tekankan di sini adalah, berniagalah!, bukalah satu syarikat sendirian berhad dan binalah syarikat itu ke tahap yang baik seolah-olah anda mahu menjualnya satu hari nanti.

Atau anda boleh jadikan syarikat itu satu harta warisan pada keturunan ataupun kepada generasi yang akan datang terutamanya pada para profesional dalam mengepalai syarikat anda.

Tidak ada masalahnya jika syarikat anda bernilai jutaan ringgit sedangkan anda berterusan hidup sederhana seperti biasa. Wang keuntungan yang didapati oleh syarikat itu laburkan saja semula untuk besarkan lagi syarikat sendirian berhad anda.

Rekrut lebih ramai lagi para pekerja samada yang pro atau tidak. Peluang pekerjaan yang dibuka pada masyarakat akan bertambah jika syarikat anda membesar. Itu merupakan satu sumbangan anda pada masyarakat jika syarikat anda terus membesar hasil dari pelaburan semula ke dalam perniagaan.

Selesai masalah takut jadi kaya dengan biar syarikat kaya, anda terus hidup sederhana

Jika anda faham dengan konsep kayakan syarikat yang saya terangkan di atas, anda tentu tak ada alasan lagi untuk mengelakkan diri jadi kaya. Anda ada pilihan untuk kekal hidup sederhana dan kerja dengan kuat dan bijak agar syarikat membesar.

Untuk selamatkan lagi keutamaan anda ingin hidup sederhana, carilah rakan perkongsian yang punyai prinsip ingin hidup sederhana seperti anda.

Dengan adanya lebih daripada seorang rakan perkonsgian dalam syarikat itu, masing-masing boleh saling ingat mengingati agar bersederhana dalam kehidupan tanpa merosakkan impian membesarkan syarikat menjadi lebih kaya.

Syarikat besar dan kaya milik orang macam anda amat penting untuk urusan kebaikan yang boleh disalurkan pada masyarakat, agama dan bangsa.

Hilangkanlah masalah takut jadi kaya sekarang dan mula fikirkan idea untuk membentuk satu perniagaan yang berdaya maju dan mendatangkan manfaat pada semua orang… moga berjaya dan kekal hidup sederhana, Insyaallah!

Total
7
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge