Teknik hilangkan takut

By | 16/10/2012
atasi rasa takut

Adakah anda sedang mencari teknik hilangkan takut?

Masalah paling besar yang menimpa kita untuk maju ke hadapan adalah takut. Kita tak berhenti kerja untuk berniaga kerana takut.

Kita menolak untuk meluahkan rasa hati pada makwe yang kita suka kerana takut. Kita tak bangun dalam perjumpaan orang ramai untuk menyatakan pendapat kita kerana takut. Semua orang ada ketakutan.

Bolehkah kita hilangkan takut?

Takut adalah sifat semulajadi, dan tak ada sesiapa yang dapat buang perasaan takut melainkan orang gila.

Tanpa takut, kita berkemungkinan akan mati awal kerana sering langgar kereta ketika melintas dan terjun curam yang dalam kerana nak shortcut!

Oleh itu ‘takut’ amat diperlukan untuk terus hidup.

Langkah untuk hilangkan takut.

  1. Kenal pasti apa yang ditakutkan – Oleh kerana minda kita kerjanya hanya memastikan tuannya selamat, maka dia akan mengelakkan diri tuannya dari berhadapan dengan perkara yang ditakutkan.
  2. Tukar persepsi bahaya kepada selamat – Satu-satunya cara agar minda tidak mengeluarkan segala simtom untuk takut adalah dengan meyakinkannya bahawa apa yang kita mahu lakukan itu adalah selamat.
  3. Buktikan pada minda yang ia benar-benar selamat – Tunjukkan contoh bagaimana orang lain selamat. Lebih banyak lebih bagus.
  4. Paksa diri melakukannya secara berperingkat – Perasaan takut tak akan hilang selagi kita kita tidak mula melakukannya. Bila kita paksa diri dan lakukan dan berakhir dengan selamat, kita akan rasa lega dan menambah keyakinan pada minda ia sebenarnya memang selamat.
  5. Ulang semua perkara di atas sehingga definisi mana yang selamat dan mana yang tak selamat diserap menjadi fikiran separa sedar kita.

Contoh hilangkan takut

Majoriti orang ramai amat takut berucap di khalayak ramai.
Ini adalah perasaan takut paling tinggi dialami manusia selepas perasaan takut mati. Di sini masalah kita adalah: “Takut berucap dikhalayak ramai”
Kenapa kita rasa takut berucap dikhalayak ramai?
Ada beberapa kemungkinan:
  • Sikap orang Melayu yang tidak membenarkan anaknya menonjolkan diri. Kebanyakan dari kita merasakan itu perangan tidak elok. Itu dirasakan sebagai sikap menunjuk-nunjuk. Kita ambil faham bahawa bercakap dikhalayak ramai adalah satu perkara yang perlu dielakkan. Ianya tertanam menjadi definisi separa sedar kita sejak kecil. Setiap kali kita rasa nak bangun bercakap depan orang ramai minda akan keluarkan segala simtom yang diperlukan untuk menghalang kita meneruskan niat tersebut.
  • Kita sering melihat kawan atau orang lain yang kelihatan menggigil berucap dan ianya amat memalukan. Minda separa sedar mengambil maklumat tersebut untuk menghalang kita meneruskan niat bercakap dengan mengeluarkan segala simtom yang diperlukan agar kita selamat dari merasa malu. Jika kita pernah melihat orang pengsan, lebih kuat lagi alasan untuk menyelamat kan diri kita.
  • Tak berani ambil tanggung jawab. Ini lanjutan daripada sikap yang pertama di atas. Jika kita bersuara, diri akan tertonjol dan tanggung jawannya berat selepas itu.
  • Takut orang kritik. Ini perasaan takut paling banyak yang manusia rasakan seolah-olah kritikan mampu menamatkan riwayat kita.

Atasi masalah takut berucap dikhalayak ramai

  • Betulkan persepsi bahawa bangun bercakap dan suara pendapat bukan bermakna mahu menunjuk-nunjuk. Sebaliknya untuk mempastikan kita tidak mati menyesal kerana tidak meluahkan apa yang kita rasa perlu diluahkan.
  • Banyakkan melihat atau menonton orang yang hebat berucap. Mereka berucap dengan bergaya dan paling penting sekali mereka menjadi semakin hebat dan bukannya menjadi semakin teruk. Ini bermakna berucap dikhalayak ramai adalah selamat.
  • Bangun paksa diri bercakap. Bermula di perhimpunan yang tidak ramai yang tidak formal. Walau seluruh tubuh anda menggigil sehingga terpaksa dipegang oleh rakan agar tidak rebah jatuh, lakukan juga dan niat dalam hati “aku sanggup mati menggigil asalkan aku bangun bercakap hari ini”. Minda akan rasa risau dengan azam tersebut dan mula meredakan rasa gigil anda kerana mati lebih besar dari malu. Dan sudah tentu dia akan pastikan anda selamat dengan menghentikan simptom menggigil agar anda tidak mati. (hehehe)
  • Berlatih dan berlatih dengan aktif menyertai kelab, ahli ajk surau atau masjid dan sebagainya dan ambil tugasan mengetuai kumpulan-kumpulan kecil.

Moga tips mudah hilangkan takut ini ada manfaatnya buat anda yang sedang membaca…

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge