Teknik mudah atasi penyakit suka tangguh kerja

By | 06/06/2012
atasi masalah suka tangguh-menangguh

Apakah anda sedang hadapi masalah suka tangguh kerja? anda juga mungkin suka tangguh apa saja perkara yang mahu dilaksanakan.

Hidup kita lansung tak akan jadi mudah dan ringkas jika kita sering dibelenggu perasaan bersalah yang menjadi hantu dalam bayangan minda kita.

Salah satu daripada punca timbulnya rasa bersalah dalam diri kita adalah hasil daripada sikap suka tangguh kerja atau apa- saja urusan lain.

Akibat dari suka tangguh kerja, kebiasaannya kita akan terus melupakan urusan tersebut.

Kita kemudiannya mula memerah otak mencari alasan kenapa kita memang patut tak buat urusan itu. Kononnya untuk melegakan perasaan.

Namun di satu sudut hati kecil, kita telah mencetuskan luka kecil dalam jiwa. Luka ini merupakan salah satu daripada rantai yang membelenggu keupayaan sebenar diri kita.

Ramai yang suka tangguh kerja nak jadi usahawan

Berapa ramai daripada kita yang mahu memulakan perniagaan sendiri, tapi sampai sekarang tak buat-buat. Majoriti daripada mereka yang berminat dan mahu berniaga akan menagguhkan impian mereka itu sehinggalah pencen.

Begitu juga berapa ramai yang mahu membuka blog perniagaan dan mula menulis sambil menjual apa-apa produk yang mereka minat, tapi menangguhkannya sehinggalah sekarang.

Banyak lagi hasrat atau kemahuan yang kita mahu lakukan tapi malangnya ia tak pernah terlaksana akibat daripada penyakit suka tangguh.

Segera hapuskan penyakit suka tangguh kerja

Kita tidak sepatutnya membiarkan himpunan hasrat yang bayak tertangguh ini menjadi penyakit yang membelenggu minda kita. Semakin banyak yang kita tangguh semakin teruklah kecederaan semangat dalam diri kita.

Mungkin kita tak pernah terfikir selama ini kenapa kita masih berada di takuk lama sedangkan ramai dari kalangan rakan kita yang lain sudah jauh ke depan meninggalkan kita.

Kadangkala adalah lebih baik jangan menyimpan apa-apa hasrat daripada menaruh harapan untuk membuat sesuatu yang kita tak pernah buat. Ini dapat mengelakkan semangat kita dari tercedera.

Tetapi orang yang tak ada menyimpan sesuatu hasrat sama saja dengan orang yang mati. Impian atau hasratlah yang menyebabkan manusia itu hidup.

Rawat penyakit suka tangguh kerja dengan tugasan kecil dan mudah

Bagi mengelakkan minda kita terus tercedera hasil dari masalah suka tangguh kerja, dan sekali gus merawat kembali semangat kita yang telah teruk terluka, pakar telah menganjurkan kita untuk buat perkara mudah dahulu.

Kita perlu mulakan dengan menanam satu hasrat atau impian yang cukup mudah dan dapat dilaksanakan dengan segera. Jangan ambil remeh dengan hasrat nak buat kerja mudah seperti berikan salam pada sekurang-kurangnya seorang jiran dalam satu hari.

Perkara ini munkin mudah dilaksanakan dan boleh disegerakan sebaik saja anda bertemu jiran sebelah rumah atau seaik saja anda pergi ke surau.

Semakin banyak perkara mudah yang kita mampu lakukan, ia merangsang keseronokan dan memberikan semula keyakinan dalam diri kita.

Ini lama kelamaan akan terbina menjadi disiplin dalam diri kita dan secara tidak kita sedari kita telah berjaya melakukan berbagai perkara yang jauh lebih susah yang sebelum ini sering kita tangguh-tangguhkan.

Apabila itu berlaku, kita sebenarnya telah berjaya menjiwai konsep hidup ringkas. Buat perkara mudah dan ringkas tetapi mampu berikan kesana atu impak yang besar dan berpanjangan.

Anda boleh baca tulisan berkenaan teknik mengatasi masalah suka tangguh di sini.

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

One thought on “Teknik mudah atasi penyakit suka tangguh kerja

  1. Anonymous

    Usually I do not learn article on blogs, but I would like
    to say that this write-up very compelled me to try and do so!
    Your writing taste has been amazed me. Thanks, quite nice post.
    Here is my webloglucky strike cigarettes

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge