_DSC3232Ada dua perkara yang anda boleh buat sekarang. Pertama senaraikan apa yang anda ada dan kemudiannya pergunakan secara maksimum sambil menikmatinya.

Keduanya senaraikan apa yang anda tak ada dan kemudiannya bersedih pilu kerana anda tak memiliki semua itu.

Mana satu pilihan anda agaknya?

Sudah tentu pilihan pertama adalah lebih baik. Pilihan itu bakal membawa kejayaan yang tinggi pada anda tanpa disedari. Hidup jadi tidak tertekan dan muka anda akan nampak berseri-seri.

Tengok apa anda ada di dalam rumah

Lihat sekeliling rumah yang anda ada. Tak kisah samada rumah sewa atau rumah sendiri. Tak kisah samada buruk atau elok, besar atau kecil atau bagaimana saja rupanya.

Fikirkan apa yang anda boleh buat dengan rumah itu. Perkara asas seperti kebersihan, keceriaan, kelapangan dan sebagainya. Anda boleh fikirkan bagaimana seronoknya rumah itu selama ini sebagai tempat berlindung untuk anda dan keluarga.

Memang anda ada impian mahukan rumah banglo tepi kebun atau tepi pantai. Tapi apa nak kisah, semua orang nak rumah banglo sebegitu. Tapi kalau tak adapun, anda masih ada rumah yang sedang didiami sekarang.

Berpuas hati dengan keadaan rumah dan menikmatinya sepenuh hati mampu membuatkan anda ceria. Ia juga membantu anak isteri anda ceria dengan sikap bersyukur anda itu.

Bila anda ceria, isteri ceria, anak-anak ceria… tak hairan jika tak lama lagi anda berpindah ke rumah banglo milik anda sendiri.

Tengok apa anda ada dalam kerjaya

Apa pekerjaan anda sekarang? suka atau tak suka?, mungkin anda asyik impikan kerjaya lain yang anda mohon tapi tak dapat. Mungkin anda tak puas hati dengan tahap gaji yang kurang berbanding rakan anda yang lain.

Kenapa nak bersedih dengan kerjaya yang anda tak dapat? tumpukan dengan tugasan dan kerjaya anda dan nikmatinya. Ambil segala faedah yang ada dalam kerjaya tersebut dan jangan buang masa.

Jika anda luangkan masa untuk senaraikan apa yang kerjaya anda sedang buat itu mampu berikan, anda akan temui banyak perkara. Gunakanlah dan bergembiralah dengan segala kelebihan tersebut.

Kenapa nak dambakan apa yang tak ada. Abaikan saja apa yang tak ada dan fokus pada yang ada. Insyaallah anda akan mula seronok dengan kerjaya itu.

Bila anda seronok, kerja anda bagus. Boss akan suka pada anda. Semua orang suka bantu dan naa anda harum membuatkan ramai majikan mahu pinang. Boss anda tak mahu lepaskan anda dan dia naikkan gaji pula…

Apa anda anda dalam pasangan

Sama juga dengan pasangan yang anda ada sekarang. Kenapa nak tunggu apa yang pasangan anda tak ada. Apa salahnya senaraikan segala kelebihannya dan pergunakan semaksimum mungkin dan menikmatinya.

Bila anda suka dengan pasangan, dia tentu akan suka juga pada anda. Bila dia suka, dia kurang buat hal dan banyak membantu kehidupan anda. Semua itu menjanjikan kejayaan dan tidak hairan lambat laun anda jauh lebih berjaya dan akan ada perempuan lain yang terpikat pada anda, yang comel lote.

Tapi anda tak layan, sebab anda selesa dan puas hati dengan isteri anda…. lagilah dia suka, bertambah bahagialah anda sekeluarga.

Apa perniagaan yang anda jalankan

Cuba lihat pula perniagaan apa yang anda buat. Apa barangan atau perkhidmatan yang anda ada. Senaraikan secara lengkap dan senaraikan apa kelebihannya.

Sudah tentu ada kelemahan. Mana ada gading yang tak retak. Tapi kenapa nak tengok bahagian yang retak itu. Fokuskan saja pada yang elok dan bangunkan ia.

Jual apa yang anda ada. Ketengahkan dan besarkan apa yang anda ada dan tawarkan pada mereka yang mahu. Yang tak sempurna itu abaikan saja sementara anda ada wang dan masa untuk baikinya nanti.

Bila anda fokus pada perniagaan, bila anda fokus pada apa yang anda ada dan fikirkan bagaimana nak tingkatkan jualannya, lambat laun anda akan ada banyak wang.

Dengan wang tersebut laburlah lagi dalam perniagaan dan adakan apa yang tak ada yang mampu mantapkan lagi perniagaan anda.

Dalam semua perkara, lihat apa anda ada

Konsep yang sama boleh diamalkan dalam apa saja lapangan. Lebih baik lihat dan berikan perhatian pada apa yang anda ada daripada bersedih dengan apa yang anda tak ada. Itu sebenarnya jauh lebih bagus untuk anda…. dan saya

Total
27
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge