Tertinggal anak di R&R

By | 27/11/2012

Apakah yang anda akan lakukan bila tersedar bahawa anak telah tertinggal di R&R ketika singgah merehatkan diri dalam satu perjalanan?.

Jika anda seorang ayah yang normal dan prihatin, tentu ia satu kejadian yang cukup mendebarkan!.

Anda akan bersusah payah walau apapun yang terjadi untuk patah balik ke R&R itu bagi mendapatkan semula anak yang telah tertinggal di sana.

Sepanjang anda berpatah balik itu tentu peluh sejuk keluar meleleh di dahi kerana panik dan memikirkan yang bukan-bukan.

Terbayangkan muka anak yang sayu menangis mencari-cari di mana ibu dan ayahnya…
Terbayangkan anak kelaparan…
Terbanyangkan anak diambil oleh orang yang tak bertanggung jawab….

Begitulah betapa sayangnya kita pada anak-anak terutamanya bila mereka masih kecil dalam lingkungan bawah 12 tahun.

Tidak dapat dibayangkan betapa sedih, takut, risau, teraniaya, kasihan dan lain-lain lagi, yang bakal dialami oleh anak, yang berumur 6 tahun, apabila tersedar dia ditinggalkan ibubapanya di R&R.

Kehidupan sebenar harian kita
Cuba bayangkan pula betapa kita sering tinggalkan anak-anak demi mengejar sebuah impian menjadi kaya dan glamour.

Ada yang sampai berbulan-bulan keluar demi mengejar wang. Ada juga yang bertahun-tahun meninggalkan keluarga mereka.

Sedar-sedar anak kecil sudah tua dan kita sedang nazak menunggu nyawa dicabutkan dari badan. Ketika itu terasa masa berlalu terlalu pantas.

Anak terbiar tanpa perhatian kasih sayang dan wang serta glamour yang dikumpul tidak dapat mengembalikan kesemua yang telah berlalu.

Apa yang cuba di sampaikan di sini adalah agar kita dapat merenung sejenak samada kita sering tertinggal anak terkontang kanting di R&R yakni rumah kita, dalam kesibukan diri mencari kekayaan dan kesenangan dunia yang sementara dan tak pernah habis.

Bagi mengelakkan kita sering tertinggal anak, pastikan kehidupan seimbang dalam segenap lapangan.

Anda perlu sanggup korbankan apa saja demi mengejar kejayaan, tapi jangan sesekali korbankan perkara di bawah:

  1. Agama
  2. Integriti
  3. Keluarga
  4. Kesihatan
Marilah sama-sama kita berazam untuk seimbangkan aktiviti kehidupan yang lebih selamat.
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

3 thoughts on “Tertinggal anak di R&R

  1. alya

    sayalah orgnya yg sering tinggalkan anak demi cita2 dan impian..nmun sy seolah2 baru tersedar bahagia itu kita yg perlu cari…bkn duit jd ukuran..sy dah nekad nk jd usahawan dan xnak mkn gaji lg..tq..very inspiring…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge