degil dengan terus mencubaKalau boleh saya rumuskan apa amalan paling utama yang ada pada Tony Fernandes, pengasas AirAsia, tak lain dan tak bukan adalah,

“Terus dan terus mencuba sampai berjaya”

Perangai suka putus asa bukanlah satu sikap yang ada pada pengasas AirAsia itu. Dia akan terus dan terus mencuba mencapai impian dan sasarannya sehinggalah akhirnya dia dapat juga lambat atau cepat.

Kalau jatuh, bangun balik dan terus berjalan. Begitulah jatuh dan bangun belajar dari kesilapan, perbaiki dan terus berjalan lagi. kalau jatuh lagi, bangun lagi, belajar dan terus lagi. Kalau tahap itu punya degil, tak ada orang yang tak akan berjaya mencapai semua impiannya kecualai mati sahaja yang akan hentikan segala cubaan tersebut.

Petua terus mencuba dari buku Tony Fernandes

Semua yang saya rumuskan kat atas itu adalah apa yang saya belajar dari buku tulisan Tony Fernandes. Baru saja selesai habiskan buku yang ditulis oleh pengasas AirAsia itu bertajuk,

“Flying High, My Story From AirAsia to QPR – Tony Fernandes”

Kalau nak dapatkan sedikit suntikan semangat terus mencuba, saya sarankan pergilah beli dan baca buku yang menarik itu. Tak rugi laburkan sedikit duit dan belajar dari mereka yang terbukti berjaya mencapai apa yang mereka impikan.

Membaca biography orang-orang yang berjaya memang salah satu genre tulisan yang jadi kegemaran saya. Dari pembacaan tersebut, sekurangnya saya dapat menyerap gaya berfikir orang itu dan mana yang sesuai boleh diserapkan ke dalam cara pemikiran saya sendiri.

Malah, sebenarnya tak payah nak berusaha nak serapkan gaya pemikiran orang yang kita baca bukunya itu. Secara tak sedar, cara pemikiran mereka akan masuk dan tersimpan dalam sudut pemikiran kita seandainya kita hayati pembacaan tersebut.

Perangai terus mencuba Tony Fernandes

Dari cerita yang Tony Fernandes kongsikan dalam bukunya, saya boleh rumuskan yang beliau merupakan seorang yang suka melawan arus, gemar berjalan dan suka bersosial. Disekolah atau universiti, akademik bukanlah perkara yang dia suka, malah memang dia tak sukapun belajar dari buku.

Ilmu lain yang dia boleh dapat selain dari akademik di sekolah dan universiti lebih dia gemari. Itu memang perkara yang sama saya perhatikan pada mereka yang berjaya mengejar impian.

Di sekolah atau universiti, ilmu dari buku sebenarnya tidak banyak membantu pelajar untuk cari makan dan hidup. Tapi malangnya itulah yang kebanyakan orang berikan penekanan yang lebih untuk anak-anak mereka ikuti. Sedangkan ilmu pandai berkawan, ilmu berinteraksi dan ilmu mencuba perkara baru serta lain-lain lagi seumpamanya, jauh lebih banyak membantu kita dalam kehidupan.

Contoh awal bagaimana Tony Fernandes sudah ada ciri-ciri degil untuk mencuba dan terus mencuba adalah bila dia berazam memiliki sebuah rumah sendiri di London. Dia masih tak habis belajar lagi ketika itu dan banyak habiskan masanya dengan berparti.

Kalau semua pelajar lain selesa dan terima saja hakikat seorang pelajar hampir mustahil untuk beli rumah mereka sendiri melalui pinjaman bank, tapi Tony tak terima persepsi semua orang itu bulat-bulat.

Dia bosan asyik menyewa saja dan mula cari jalan untuk beli rumahnya sendiri. Apa yang diaย  buat adalah telefon dan tulis surat pada mana-mana institusi kewangan yang boleh memberikan pinjaman perumahan padanya.

Kalau nak difikirkan, memang itu kerja gila yang tak ada orang buat. Bayangkan pelajar yang tak ada gaji tetap jumpa bank nak buat pinjaman. Tapi Tony Fernandes mencuba juga pada. Bukan satu atau dua bank, malah mencecah ratusan percubaan.

Bayangkan tahap kedegilan tak mudah putus asa yang beliau ada.

Semua percubaan yang dia buat hanya disambut dengan gelak ketawa pegawai yang menerimanya. Dia teruskan juga bertanya dan cari jalan sampai kawan-kawan suruh dia lupakan saja.

Dipendekkan cerita, dia akhirnya berjaya juga dapat buat pinjaman sebanyak 26 ribu pound untuk membeli sebuah rumahnya sendiri. Nak tahu macam mana dia buat, baca sendiri kat buku itu. Tapi apa yang saya berminat nak bagi tahu, hanya seorang yang degil tahap gaban saja yang mampu buat macam itu.

Jadi anda boleh bayangkan kesan sikap tersebut pada apa saja perkara yang Tony Fernandes ingin capai. Tak hairanlah AirAsia wujud dan jadi seperti sekarang.

Bagaimana sikap terus mencuba anda

Sekarang fikirkan semula bagaimana sikap terus mencuba yang ada pada diri anda. Berapa kali anda berjalan menuju ke satu destinasi, jatuh dan bangun semula dan teruskan perjalanan tersebut?

Secara jujur, saya memang tak ada tahap degil yang sebegitu. Dan sekarang saya faham kenapa saya masih kat sini dan tak ada apa-apa pencapaian yang boleh dianugerahkan pingat degil tahap gaban sebagai tanda berjaya mencapai sesuatu yang hebat.

Macam yang saya sebut kat atas, cara berfikir Tony Fernandes yang dia kongsikan di dalam bukunya itu, sedikit sebanyak dah terselit dalam pemikiran saya. Selesai saja habiskan buku tersebut, saya mula semak semula segala impian yang tergantung separuh jalan selama ini.

Kenapa saya tak bersikap degil dan terus mencuba. Apa yang menghalang saya sebenarnya. Sepatutnya, jika saya benar-benar mahu, hanya mati sahaj yang akan hentikan usaha saya. Lambat atau cepat bukanlah satu persoalan yang perlu saya fikirkan. Lagipun saya bukannya sedang berlumba dengan orang lain.

Semoga perkongsian ini, dapat juga meyuntik semangat anda yang sudi membaca artikel ini.

Ingat! jangan putus asa, terus degil mencuba sampai dapat. Juga jangan lupa berikan penghormatan pada siapa saja yang anda jumpa yang punya sikap degil sedemikian. Berikan mereka galakan, malah pertolongan jika mampu. Jangan kondem dan patahkan semangat mereka.

Hidup usahawan degil yang terus mencuba kepada kebaikan!!!

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

7 comments

  1. Bila gagal sekali, dapat kutukan, cercaan dari orang terdekat, rasa teruk sangat. Sampai satu tahap, sudah malas nak mencuba.

    Tetapi bila ada rakan seperjuangan yang terus bagi semangat, berkobar-kobar nak terus cuba.

    Setiap kali buat percubaan baru, sudah ada ilmu kegagalan sebagai panduan.
    Zaini recently posted…5 Panduan Penting Memilih Produk KesihatanMy Profile

  2. Usahawan degil, I like! Harap saya boleh jadi budak degil untuk capai apa yang saya nak dalam hidup ni. ๐Ÿ‘Š๐Ÿ˜†

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge