Tips berenang di daratan !

By | 26/07/2013
Belajar berenang di daratan

Ketika belajar di ITM Shah Alam dulu, saya sering jugak pergi ke kolam renang yang ada di situ untuk berenang.

Ada sekali, saya secara diam memerhatikan bagaimana program belajar berenang di buat untuk para pelajarnya.

Bagi mereka yang baru menyertai program berenang tersebut, kebanyakannya dah boleh berenang sedikit atau sekurang-kurangnya mampu terapung di atas air sekadar untuk selamatkan diri dari tenggelam.

Oleh itu, semua yang menyertai program belajar berenang yang dianjurkan itu adalah dengan matlamat untuk menjadi ‘pandai bergerak di air’ seperti mana mereka ‘pandai bergerak di darat’.

Bagaimana mereka belajar
Di setiap kolam renang, akan ada satu kawasan yang mana tahap kedalamannya paling dalam berbanding tempat yang lain.

Perkara mula cikgu renang suruh buat adalah terjun ke kawasan yang dalam itu dan kekal di satu tempat mengapungkan diri dalam keadaan kepala berada di atas air dan kaki berada di bawah sekali.

Jika anda semua pernah buat begitu, tentu dapat bayangkan apa yang berlaku pada kesemua pelajar itu. Ya! mereka semua kelihatan terkial-kial cemas.

Walaupun di mulut ada senyum dan tawa pada mulanya, tidak berapa lama kemudian keceriaan itu bertukar menjadi masam atau senyum terpaksa.

Kepala masing-masing kelihatan turun dan naik. Air di sekeliling kelihatan berombak dan kuat berkocak hasil dari aksi kayuhan yang cukup kuat dan hebat.

Tips berenang

Semakin kuat mereka kayuh semakin kuat air berkocak dan semakin rancak kepala masing-masing naik dan turun mahu tenggelam.

Bila nak tenggelam, mereka kayuh lagi kuat dan melonjak semula naik ke atas dan kemudiannya tenggelam lagi dan naik balik. Begitulah berterusan.

Melihat dari jauh sahaja sudah cukup untuk merasai kepenatan yang sedang dialami oleh kesemua pelajar yang sedang belajar berenang itu.

Kalau dibiarkan, mahu ada yang lemas tenggelam. Bagi yang dah tak tahan, mereka tergodek-godek ke tepi untuk memegang dinding kolam, mengambil nafas kembali sambil merehatkan diri.

Begitulah pelajaran itu berlanjutan dengan para pelajar cuba melakukan benda yang sama selama sejam. Sampai bila mereka perlu melakukan aksi begitu dan kenapa? itu soalan yang muncul dalam hati.

Matlamat latihan tersebut adalah untuk menguasai diri berada di dalam air. Untuk menentukan atau melihat pelajar mana yang sudah menguasai dirinya adalah dengan melihat pelajar yang:

  • Sudah tidak lagi tenggelam timbul terkapai-kapai dan terkial-kial cuba timbul.
  • Tenang selamba seolah-olah kakinya sedang memijak batu pada dasar air. Tidak kelihatan penat dan tercungap-cungap.
  • Kurang pergerakan kayuhan macam katak kena penyet. Sebaliknya kayuhan dilakukan sekali sekala bila perlu sahaja.
Apa yang berlaku?
Untuk berupaya melakukan semua itu pelajar perlu berhenti berfikir dan memberikan sepenuh tumpuan pada keseluruhan anggota tubuh badannya.
Dia perlu berupaya merasa kesan pergerakan anggota badan, kaki dan tangan pada kedudukan dirinya dalam air.
Sebenarnya air tidak melakukan apa-apa kepada kita ketika berada di dalam air. Ait tetap air dan berada di situ menyentuh tubuh badan kita.
Yang membuatkan kita tenggelam timbul dan terkial-kial dalam air adalah diri kita sendiri. Pergerakan kita yang seolah-olah meronta-ronta secara tidak seiring menyebabkan badan terlonjak naik dan turun.
Apa yang memenatkan diri kita sendiri bila berada di dalam air adalah pergerakan yang tidak seiring itu saling membunuh antara satu sama lain.
Bayangkan jika anda naik perahu apabila dua orang pengayuh berkayuh dalam arah bertentangan!, perahu akan berpusingan, ke depan dan belakang dan tidak ke mana-mana.
Begitulah yang berlaku bila kita cemas dan tidak tenang merasakan perubahan pada gerakan diri kita.
Bagi mereka yang sudah meguasai dirinya dalam air, dia hanya memerlukan sedikit saja pergerakan yang sekata antara kaki dan tangan untuk mengekalkan kedudukannya. Sebab itu dia tidak terkial-kial.
Ringkasnya, setelah pelajar menguasai kedudukan dalam air, barulah cikgu renang akan mula mengajar segala teknik renang samada kuak lentang, gaya bebas, kuak kupu-kupu atau apa saja.
Apa hubung kait dengan kehidupan?
Jika dilihat dalam kes belajar berenang tadi, kita boleh umpamakan air dengan kehidupan kita di darat ini. Kehidupa itu sendiri tidak pernah melakukan apa-apa pada diri kita.
Samada kita kesusahan atau kesempitan atau berada di dalam kelapangan semuanya disebabkan oleh perbuatan diri kita sendiri.
Kita naik bila kita lonjak berusaha dan kita akan turun bila kita sabotaj sendiri pergerakan diri kita samada melaui sikap atau minda yang negatif.
Kebanyakan daripada masa, kita akan berpaling pada orang lain yang ada di sekeliling kita untuk berpaut dan meminta pertolongan.
Selesai berpaut dan mendapat tenaga baru, kita terjun semula berdikari dan mula bersilat tak tentu arah tanpa pernah dapat merasakan apa yang sebenatnya yang berlaku. Begitulah berulang-ulang.
Bagaimana mengelakkan diri lemas di darat?
Seperti juga dalam pelajaran berenang tadi, kita hanya akan dapat kuasai diri dalam kehidupan apabila ketenangan berada di tahap maksimum.
Kita perlu menilai segala perbuatan dan pergerakan diri kita dan melihat kemana arah yang dibawanya. Untuk mengetahui itu semua kita mestilah berikan tumpuan pada setiap perkara yang dilakukan dan menghayati kesannya pada diri kita.

Dalam berenang, latihan terapung setempat itu merupakan petanda pelajar sudah bersedia untuk mempelajari dan menghadapi apa saja pergerakan lain yang dikehendakinya.

Dalam kehidupan pula, kita sebagai seorang muslim, solat merupakan latihan yang cukup baik untuk menguasai diri dan mengenali diri. Begitu juga dengan aktiviti muhasabah dan bertafakur merupakan latihan penting untuk persediaan diri.

Orang yang bersedia, buatlah apa saja, berniaga, mengajar, makan gaji, bersukan, berkebajikan, atau apa saja…semuanya menjadi mudah.

Selamat berlatih…

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

13 thoughts on “Tips berenang di daratan !

  1. AUC

    AUC memang dibesarkan di tepi sungai
    berenang jadi pandai sendiri…

    Reply
  2. Hafizul

    Emm sya dulu belajar dalam air yang cetek..aras dada..tapi lepas berlaku peristiwa hitam tu langsung tak berani na mandi air dalam..

    Reply
  3. hafizmd

    Mmg tak kecewa singgah sini.

    Ilmu menguasai diri perlukan latihan. Dan saya setuju sgt yg solat antara kunci utama.

    trima kasih berkongsi…best!

    Reply
  4. Sop

    entri yg bermanfaat
    ingat apa yg dikatakan berenang di darat
    ada makna rupanya 🙂

    Reply
  5. puteri kasih

    tiada bezanya darat dan air….kalau kita fokus, kita pasti dapat melakukan sesuatu dengan usaha yang berterusan kan 🙂

    Reply
  6. onlajer

    kalau saya katakan dulu masa budak pandai bernang dah ada umur macam tak reti macam mana hehe

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul

      Masa budak kita hanya fikir tentang ‘sekarang’. Bila tua kita samada terkenangkan masa lalu atau mengejar masa hadapan yang lebih baik. Tak pernah wujud dalam keadaan ‘sekarang’.

      Reply
  7. Zuan

    saya ingin jinakkan diri di dalam bidang penulisan dengan lebih serius selain di dalam perniagaan dan perguruan. saya berminat jadi guru, tapi tidak ada rezeki ke situ

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge