mencapai sasaran melalji bulan ramadanBulan Ramadan akan datang tak berapa hari lagi. Apa persediaan yang anda buat untuk menjalani ibadah puasa sepanjang bulan ramadan ini ?

Rasanya ramai yang tak terfikir bagaimana nak gunakan bulan ramadan ini untuk buat perubahan pada diri. Mungkin yang kaki berniaga saja mungkin dah siap sedia untuk buat duit sepanjang bulan ramadan ini.

Bagi yang rajin ke masjid atau surau, pihak AJK masjid atau surau tentu dah mula buat pengisian untuk anak khariah masing-masing.

Mereka biasanya akan jemput penceramah dari kalangan cerdik pandai agama untuk membuat ulang kaji terhadap amalan puasa serta amalan ibadah lain yang berkaitan bulan ramadan.

Tiada perubahan selepas bulan ramadan

Jika diperhatikan, terlalu sedikit perubahan yang berlaku pada kebanyakan orang selepas berakhirnya bulan ramadan.

Walaupun ketika bulan ramadan, mereka yang pada bulan biasa jarang ke masjid dan surau berubah menjadi ahli jemaah, tetapi selepas habis bulan puasa, semuanya kembali seperti asal.

Kalau masa ramadan boleh kurang merokok dan kurang makan, selepas tamat ramadan sambung semula perangai lama.

Kalau ketika ramadan saiz pinggang selur berjaya turun dari 36 kepada 33, selepas tamat ramadan, kembali naik ke 36 semula seperti asal.

Ertinya perubahan tidak dapat kekal untuk dilanjutkan selepas tamatnya ramadan. Kat mana silap, entahlah. Tapi sekurang-kurangnya, masih ok.

Apa kata, sempena bulan ramadan ini, kita tanam azam untuk buat perubahan kecil dan kekal berpanjangan sekalipun selepas habisnya ramadan.

Jadi artikel kali ini, saya nak kongsikan sedikit tips bagaimana anda boleh gunakan bulan ramadan kali ini untuk buat perubahan pada diri menjadi lebih baik daripada biasa.

Persediaan sebelum masuk bulan ramadan

Untuk pastikan anda berubah menjadi lebih baik selepas tamat menjalani bulan puasa, berikut saya berikan langkah awal yang perlu anda buat sekarang.

Langkah paling awal yang perlu anda buat adalah senaraikan 10 perkara penting yang anda rasa mahu capai.

Tak perlu nak teliti sangat untuk keluarkan senarai perkara yang mahu dicapai itu. Apa saja yang terlintas secara spontan, masukkan saja dalam senarai.

Bila dah habis idea, dan ada lebih dari 10 idea yang berjaya dicatitkan, mula tapis dengan buang satu persatu mana yang anda rasa tak penting.

Buang sehngga tinggal 10 perkara sahaja.

Selepas dah tinggal 10, anda perlu tapis sekali lagi sehingga tinggal 3. Pastikan hanya 3 yang terbaik dan benar-benar nak anda capai sahaja ditinggal dalam senarai.

Selepas dah berjaya dapatkan 3 perkara terbaik yang mahu dicapai, anda perlu buat satu lagi tapisan terakhir. Kali ini, pilih hanya satu sahaja daripada 3 perkara tadi untuk dijadikan sasaran yang mahu di capai dengan menggunakan keberkatan bulan ramadan tahun ini.

Penting untuk buat sasaran

Antara punca paling besar yang menyebabkan tidak berlaku apa-apa perbahan diri sehabisnya bulan ramadan, adalah disebabkan tiadanya sasaran.

Jika ada sasaran yang betul-betul difikirkan dengan mendalam untuk dicapai sempena ramadan ini, kemungkinan untuk berlakunya perubahan adalah jauh lebih tinggi.

Mungkin ramai yang menag ada buat sasaran. Tetapi biasanya sasaran berkisar hanya kepada amalan yang akan dilakukan sepanjang buan ramadan saja.

Ramai yang buat azam untuk habiskan puasa sebulan dan tak akan ponteng walau seharipun. Ada yang buat azam tak akan tinggalkan solat sunat tarawih. Ada yang azam nak khatam Al-Quran dan banyak lagi azam seumpamanya.

Itu dah biasa sangat kita buat selama ini. Dan semua amalan itu akan dilupakan sebaik saja tamatnya bulan ramadan.

Untuk buat perubahan lain yang melibatkan kehidupan, bulan ramadan boleh digunakan sebagai titik mula berlakunya perbahan.

Itulah sebenarnya yang mahu saya kongsikan dan galakkan semua pembaca untuk melakukannya sempena bulan ramadan ini. Jadi segeralah siapkan tugasan mendapatkan sasaran hidup yang mahu anda capai dalam hidup sekarang.

Contoh sasaran yang mahu dicapai

Berikut antara contoh sasaran yang saya mahu capai yang saya buat sebelum ini setiap kali datangnya ramadan. Anda boleh ambil contoh ini untuk buat sasaran anda pulak:

  1. Berhenti kerja makan gaji dan berniaga
  2. Memiliki sebuah perniagaan yang menguntungkan
  3. Meningkatkan pendapatan kepada RM100 ribu sebulan
  4. Membeli sebuah rumah banglo
  5. Selesaikan kesemua hutang yang ada
  6. Punya perniagaan yang autopilot
  7. Dan lain-lain

Itu semua contoh sasaran yang mahu anda capai yang boleh difikirkan.

Nanti saya akan sambung macam mana nak gunakan bulan ramadan ini untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Total
9
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge