Tips menjadi cemerlang

By | 08/09/2012
cemerlang

Anda tentu suka jadi hebat cemerlang. Tentu semua daripada kita suka kalau semakin hari semakin meningkat kecemerlangan. Tak kisah apa jurusan yang kita mahu perhebatkan, manusia memang satu makhluk yang mampu meningkat menjadi cemerlang dan semakin cemerlang.

Namun begitu ada syaratnya untuk meningkat menjadi hebat:

  1. Ada kemahuan yang mendalam. Semua mahu jadi hebat, tapi sekadar angan-angan ringan meluangkan masa lapang tak ada kesannya. Pupuk keinginan agar ia membesar dan menjadi keazaman yang kukuh. Senang saja nak jadikan begitu.
    1. Senaraikan keinginan anda tersebut. Senarai kesemuanya dan berikan rating antara 1 sampai sepuluh dengan markat 10 paling anda dambakan.
    2. Tapis keinginan yang mencecah angka 10 dan buang selain dari itu.
    3. Jangan banyak sangat cukup sekadar 3 saja dan pilih antara 3 itu menjadi satu sahaja.
    4. Mula berdoa setiap hari mohon kepada Allah.
  2. Mula cari maklumat untuk mencapai kehebatan yang anda inginkan tersebut. Samada browse dalam internet, tanya pada yang tahu atau membaca anda akan mula kumpulkan cara paling mudah untuk mencapainya.
  3. Bertafakur setiap hari selama sekurang-kurangnya 27 minit. Mereka yang mengamalkan tafakur setiap hari mampu mengubah cara otak berfikir selepas 8 minggu.
  4. Tidur siang sebentar selama sekurang-kurangnya 20 minit. Rehatkan minda dan sediakan minda kita untuk kerja yang seterusnya. Jadikan ia sebagai tabiat harian.
  5. Jangan paksa diri. Lakukan perubahan atau latihan secara lancar tanpa ada perasaan risau dan tidak yakin. Berikan tempoh secukupnya untuk otak melaksanakan kerjanya. Mereka yang berusaha menghuasai sesuatu benda baru secara tenang tanpa ada kerisauan mampu mencapai kemahiran baru itu sebanyak lebih dari 80%.
  6. Ulang dan ulang. Ini perkara wajib dan terbukti sentiasa berjaya untuk menguasai sesuatu. Seperti kata Aristotle, “kita adalah apa yang sering kita ulang lakukan, oleh itu kecemerlangan adalah sesuatu yang boleh dibentuk”.
Kajian menunjukkan masa yang diperlukan untuk mengubah atau mendapatkan apa yang kita mahukan melaui cara yang saya sebutkan di atas adalah selama 8 minggu sahaja. Saya boleh lakukannya, anda juga boleh lakukannya, mari kita sama-sama lakukannya. Insyallah.
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge