Hari raya baru-baru ini, saudara Ann Wan Seng datang ke rumah saya di kampung. Boleh dikatakan setiap tahun Ann Wan Seng akan datang beraya ke rumah ibu saya itu.

Macam biasa bila bersembang dengan Ann Wan Seng kami banyak berbincang tentang hal ehwal kemasyarakatan. Memang itupun kepakaran dia. Ann Wan Seng banyak membuat kajian berkenaan kemasyarakatan yang menjadi salah satu daripada minat beliau dan juga jurusan ilmu yang dipelajarinya.

Dalam berbual itu tersentuh juga bab bagaimana untuk berjaya. Bila sebut bab kejayaan, saya suka bandingkan antara orang Melayu dengan orang Cina. Sebabnya adalah kerana saya orang Melayu dan Ann Wan Seng pula adalah seorang Cina.

Bukan bertujuan untuk membeza-bezakan antara kaum dan juga bukan atas desakan perkauman. Sebaliknya untuk saling kenal mengenali dan saling belajar mempelajari.

Keluar dari zon selesa untuk berjaya

Ketika bersembang, Ann Wan Seng memberikan pendapatnya berkenaan orang Melayu. Dia berkata, musuh sebenar orang Melayu bukanlah orang Cina. Sebaliknya musuh ketat orang Melayu adalah Zon Selesa.

Untuk berjaya, orang Melayu mesti sanggup keluar dari zon selesa mereka. Mungkin disebabkan Tanah Melayu aman makmur dan kaya raya, membuatkan kita rasa selesa, mudah dan tidak mahu keluar dari zon selesa tersebut.

Keadaan kita di kampung macam mana teruk sekalipun, untuk cari sesuap nasi bukanlah sesuatu yang sukar. Ada saja sumber rezki yang datang samada untuk orang malas maupun untuk orang rajin.

Menuru beliau lagi, orang Cina sentiasa keluar daripada zon selesa mereka. Ini membuatkan mereka kuat berusaha. Sikap tersebut juga membuatkan orang Cina yang dah kaya bertambah kaya.

Orang Cina yang kaya masih tetap berusaha untuk kelar dari zon selesa mereka dan tidak suka dengan apa yang mereka ada. Berbeza dengan orang Melayu, walaupun susah atau miskin, mereka rasa selesa dan tidak mahu keluar dari zon selesa yang mereka diami.

Buat benda baru untuk berjaya

Orang yang selesa dengan amalan rutin biasanya terperangkap dalam zon selesa. Melakukan benda rutin secara logiknya memang mudah. Kita tak perlu berusaha keras dan banyak berfikir untuk melakukan perkara rutin.

Disebabkan mudah dengan amalan rutin, maka ramai yang tak sanggup untuk mencuba perkara baru. Lihat saja dengan orang yang miskin. Mereka berada di zon selesa walaupun hidup miskin. Bukannya tak inginkan kekayaan, tapi mereka tak sanggup tukar cara berfikir dan seterusnya tukar cara bertindak yang biasanya dirasakan terlalu sukar berbanding dengan amalan kebiasaan.

Orang yang biasa bekerja keras naik pokok kelapa, petik buah kelapa, kupas buah kelapa, belah dan ambil isi serta menjemurnya untuk dijual tak akan sanggup untuk lepaskan semua kerja itu pada orang lain.

Jika mereka sanggup buat begitu, mereka akan ada masa untuk merancang dan menguruskan usaha yang lebih besar. Tapi itu semua terlalu sukar untuk diubah kerana duduk pegang pen, mengarah, berbincang, dan lain-lain seumpamanya bukanlah kerja yang biasa mereka lakukan. Itu bukan zon selesa bagi mereka dan masalah itu membuatkan mereka sukar untuk berjaya lebih ke atas lagi.

Contoh mudah di atas rasanya mudah untuk difahami kenapa anda perlu buat perkara baru untuk berjaya. Tak perlu buat secara drastik. Buatlah sedikit demi sedikit dalam cara kita bertindak dan melaksanakan kerja. Cara itu memudahkan kita keluar daripada zon selesa.

Dalam contoh di atas, tukang panjat pokok kelapa masih berada di dalam bidang yang sama. Cuma dia perlu ubah cara dia bekerja untuk menjana hasil yang sama, iaitu menyara hidup. Dengan ubah cara bekerja, kita akan keluar daripada zon selesa dan mampu membuat peningkatan dalam hasil yang diinginkan.

Ubah dan tambah amalan untuk berjaya

Saya dah banyak kali kongsikan cara mudah untuk keluar daripada zon selesa. Paling asas adalah dengan ubah cara berfikir. Oleh kerana nak ubah cara berfikir terlalu berat, kita boleh pengaruhi cara berfikir dengan ubah cara bertindak.

Sebab itu saya sering syorkan kita tambah amalan baru dalam kehidupan kita. Jika kita dah biasa solat 5 waktu seorang diri, ubahlah pula kepada solat dua waktu atau lebih secara berjemaah. Seterusnya ia boleh ditingkatkan lagi kepada 3, 4 dan akhirnya 5 waktu.

Ubah cara amalan biasa seperti itu, akan mempengaruhi cara kita berfikir. Jika cara berfikir mampu menghasilkan cara bertindak. Maka cara bertindak yang berbeza akan memaksa otak ubah cara berfikir. Tak ada cara lain lebih mudah untuk ubah cara berfikir selain daripada paksa diri buat amalan baru dan berbeza.

Bagi anda yang masih belum buat sunat dhuha, mulakan sekarang dan jadikan itu amalan tetap sampai jadi rutin. Ia makan masa, tapi perlu diusahakan sehingga berjaya. Kalau dulu tak solat dhuha, perubahan amalan itu memaksa otak anda berubah juga, dan anda akan berjaya keluar daripada zon selesa.

Banyak lagi perkara baru yang mendatangkan manfaat yang boleh dilakukan untuk ubah diri dan keluar dari zon selesa.

Ubah kawan untuk berjaya

Mengubah kumpulan kawan yang baru dari kebiasaan juga mampu membuatkan anda keluar dari zon selesa. Memang sukar untuk terima baik kumpulan baru dengan gaya hidup baru dan cara fikir baru. Anda akan rasa tidak selesa pada mulanya.

Tapi tahan ketidak selesaan itu dan teruskan juga. Sesuaikan diri dan ambil masa. Lama kelamaan anda akan mula terima dan akhirnya jadi biasa. Itu tandanya otak dah berubah dan anda sudah berjaya masuk satu zon baru.

Jangan pula ubah kawan dari yang baik kepada yang kurang baik. Ubahlah daripada kawan yang baik kepada kumpulan kawan yang lebih baik.

Ubah kerjaya untuk berjaya

Jika anda rasakan kerja sekarang dah rutin dan tidak mencabar. Apa kata ubah pula kerja yang lain. Tukat kerjaya atau tukar tempat kerja.

Jika anda makan gaji, cuba pula kerja sendiri. Buat perlahan-lahan dengan cari kerja yang tidak bergaji tetap. Pilihlah kerja yang menawarkan gaji berdasarkan pencapaian anda.

Ini lebih mencabar dan lebih menghampiri ciri-ciri keusahawanan. Otak akan berubah menjadi otak usahawan atau separa usahawan.

Lambat laun anda akan jadi usahawan berjaya. Insyaallah.

Puasa 6 untuk berjaya

Sekali lagi saya syorkan pembaca semua amalkan puasa 6. Jangan hanya azam sahaja tanpa buat. Dan jangan tangguh hari demi hari sampai habis bulan syawal.

Jika tak pernah buat sebelum ini, ini satu permulaan untuk ubah dan keluar daripada zon selesa.

Jika anda berjaya, ia akan jadi satu suntikan semangat untuk ubah pula perkara atau amalan lain. Tak payah perdulikan orang kata amalan itu sia-sia kerana buat puasa 6 untuk ubah diri.

Buat dulu dan kemudian betulkan niat. Gagal atau berjaya, terima atai tidak adalah antara anda dengan Tuhan. Yakin pada diri sendiri dan ambil tanggung jawab untuk apa saja pilihan yang kita lakukan adalah ciri-ciri orang berjaya.

Moga coretan ini mampu berikan sedikit idea buat anda untuk berjaya. Saya juga mahu berjaya seperti anda. Sama-samalah kita usahakan agar kita semua berjaya.

Total
66
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

15 comments

  1. Zon selesa yang terlalu menyelesakan. Terlalu empuk untuk ditinggalkan. Terlalu enak untuk dilupakan.
    Jom kita ‘cari pasal’ dengan menyusahkan diri sendiri. Itu baru cabaran namanya, barulah boleh berjaya.
    Cuba perkara baru samada business baru atau kerjaya baru.
    # sedang bercakap dengan diri sendiri

  2. Semangat saya nak keluar dari zon selesa sentiasa membuak2…cuma nak memulakan langkah pertama itu yg seksa..
    Perlukan dorongan yg kuat, berani…

  3. Pandangan jujur saudara Ann Wann Seng, rujuk buku
    “Rahsia Bisnes Orang Cina” tulisan beliau. Moga kita orang
    Meleyu dapat mengambil manfaat dan peluang dengan
    Ilmu yang dikongsikan

    1. Assalamulaikum
      Dimana nak dapatkan buku “Rahsia Bisnes Orang Cina”. Cari kat Pulau Pinang ni ,tetapi tak dapat dikesan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge