Orang yang berjaya dalam apa saja urusan yang dilakukannya akan salahkan diri sendiri dahulu setiap kali dia gagal dalam apa saja perkara yang dilakukannya.

Itulah satu-satunya ciri-ciri yang dikongsikan oleh semua orang yang berjaya. Tak kira samada anda usahawan atau pekerja yang makan gaji untuk menyara kehidupan.

Salah satu ciri-ciri boss yang bagus adalah dia yang terlebih dulu salahkan diri sendiri bila ada yang tak kena. Bukannya mencari salah orang lain.

Bila ada yang tak kena, orang yang berjaya akan bertanya, ‘apakah yang sepatutnya telah dilakukannya supaya semuanya berjalan lancar?’.

Orang yang tak akan ke mana-mana akan mencari siapa yang patut dipersalahkan dan mula merungut salah semua orang lain selain daripada dirinya sendiri.

Cari ketua yang salahkan diri sendiri dahulu

Jika anda mahu belajar daripada seseorang ketua, pastikan ketua itu akan salahkan dirinya sendiri dahulu sebelum salahkan anak buahnya.

Ketua sebegitu akan cari ruang untuk perbaiki dirinya sendiri untuk pastikan cubaan seterusnya berjalan lancar. Ketua macam itu menyiasat kesilapan bukan untuk cari salah orang lain. Sebaliknya untuk kenal pasti di mana dia perlu mantapkan peranannya agar kesilapan lalu tidak beruang.

Jika anda juga mahu jadi ketua yang bagus, anda juga perlu ada sikap sebegitu. Cari salah diri sendiri dan perbaiki. Itu lebih mudah daripada cuba ubah orang lain agar jadi sempurna sedangkan diri sendiri tidak bagus setara mana.

Jika anda mahu merekrut pekerja pengurusan yang baik. Lihat sikapnya samada dia lebih suka salahkan diri sendiri dahulu sebelum salahkan orang lain.

Untuk kenal pasti sikap orang yang anda mahu rekrut sebagai pekerja, tanya kegagalannya yang lalu dan suruh dia ulas kenapa dia gagal. Andainya dia mula salahkan orang itu dan ini yang menyebabkan kegagalannya, tak payah ambil orang sebegitu untuk mengepalai sebarang organisasi.

Sebaliknya, jika orang itu senaraikan kesilapannya dan telah mengenal pasti kelemahannya untuk diperbaiki, tanpa senaraikan mana-mana orang lain untuk dipersalahkan, maka dia bakal menjadi bintang di syarikat yang anda mahu bina. Rekrutlah orang sebegitu kerana dia akan banyak membantu anda untuk berjaya.

Contoh salahkan diri sendiri terlebih dulu

Katakan syarikat anda gagal kutip hutang daripada pelanggan anda dan hutang yang tidak berbayar meningkat tinggi.

Jika anda seorang boss yang bengap, anda akan ambil pendekatan mudah untuk salahkan pegawai kewangan di syarikat anda kerana tidak jalankan tugasnya dengan baik.

Sebaliknya jika anda seorang boss yang bagus dan bakal menempa kejayaan, anda akan bertanya apa silap anda terlebih duhulu yang membuatkan pegawai kewangan di syarikat anda tidak dapat laksanakan tugasnya dengan berkesan.

Memang mudah untuk berikan arahan pada orang lain dan kita balik lena atau keluar berfoya-foya. Biasanya selepas araha diberikan, kita akan tunggu sehingga sebulan untuk bertanyakan hasil dan bila tak jalan terus salahkan orang lain.

Sepatutnya, anda sebagai boss pastikan pegawai anda laksanakan tugas dengan sentiasa bertanya. Kalau dia perlukan bantuan, pastikan bantuan disediakan.

Sikap sering bertanya dan sentiasa kotorkan tangan anda untuk membantu pekerja laksanakan tugas dengan baik adalah rahsia untuk terus menempa kejayaan dalam perniagaan.

Boss yang kotorkan tangan membantu pekerja sampai mereka dapat berfungsi dengan cekap dan baik tidak akan mengurangkan maruah boss sedikitpun.

Marilah kita amalkan sikap sebegitu. Saya berpesan pada diri sendiri dan pada anda semua yang mahu berjaya, marilah kita salahkan diri sendiri dahulu sebelum salahkan orang lain. Semoga berjaya! Insyaallah!

Total
16
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

6 comments

  1. ibarat nya sembahyang lah kamu sebelum kamu di sembahyangkan orang lain. sukses selalu menyertai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge