Usahawan hidup ringkas – Cerita pengalaman saya #2

By | 18/01/2012

wooden-architecture-800x5331991 – Perubahan drastik berlaku apabila saya meninggal dunia dan dikumpulkan di sebuah padang yang cukup luas.

  • Suasana gelap seram dan dikawal oleh makhluk yang cukup mengerikan. Saya berada dalam satu barisan bersama ramai lagi manusia yang lain ketika itu.
  • Rupa-rupanya saya telah mati!!!. Keadaan menjadi sungguh pilu dan menakutkan apabila menyedari bahawa saya berada di dalam barisan bersama dengan mereka yang saya kenal sebagai bukan beragama Islam. Membawa maksud bahawa saya juga mati bukan dalam iman???.
  • Terhambur pertanyaan dalam kepala, “apa yang saya lakukan ketika hidup sehingga membawa saya menjadi bukan Islam?”.
  • Persoalan itu terus menghantui saya selepas saya tersedar dari tidur malam itu. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Sebaik saja hari cerah, saya bermula menjadi seorang yang dahagakan ilmu agama. Saya menjadi salah seorang pengikut Ahbash di Montpellier, France.

1993 – Saya berjaya pulang ke tanah air akhirnya sedangkan ketika berada di negara orang saya seolah-olah merasakan kemungkinan hidup saya akan berakhir di situ sahaja.

  • Dengan belas ikhsan JPA, maka saya dapat bertemu semula keluarga terutamanya Ibu yang amat dirindui. Sikap saya berubah 360 darjah terhadap ibu setelah terpisah selama 5 tahun. Dari situ saya mula memahami apa erti kasih sayang ibu pada anaknya.
  • Allahu Akbar!. Teh tarik yang saya sering dambakan di luar negara akhirnya dapat dinikmati semula. Lepak dengan kawan-kawan bersambung semula dan melodi rock kapak menjadi halwa telinga saya di samping musik klasik Melayu yang sudah menjadi kesukaan sejak berada di laur negara.
  • Saya meneruskan pengajian ilmu agama secara sambilan di serata masjid. Saya memohon pada imam kampung yang juga merupakan guru mengaji sewaktu kecil untuk belajar semula mengaji darinya.
  • Saya mula mengaji Quran dengannya setiap hari selepas solat asar di Masjid.

1996 – Saya diterima bekerja di Syarikat INOKOM, sebuah syarikat Automotif berpusat di Padang Meha, Kulim.

  • Dengan bekerja di situ saya di hantar semula ke Perancis di mana seperti mimpi saya bertemu semula kawan-kawan di sana. Sesungguhnya itu semua tidak pernah saya jangkakan. Allahu Akbar!

1998 – Saya buat keputusan nekad berhenti kerja di saat ekonomi negara dan di seluruh dunia merudum teruk.

  • Boss menasihati agar jangan buat kerja gila tapi memandangkan saya amat nekad, dilepaskannya juga.
  • Kenapa saya berhenti pada waktu itu hanyalah semata-mata mahu merasakan pengalaman apa itu berniaga.
  • Berbagai perniagaan telah saya buat semenjak itu dan terlalu banyak yang saya pelajari. Suka duka, pahit manis, semuanya sekarang menjadi ramuan enak pengalaman usahawan hidup ringkas.

1999 – Saya berhijrah ke Kuala Lumpur walaupun tidak sanggup meninggalkan Kampung Penanti dan Kubang Semang.

  • Tapi demi mencari pengalaman saya lakukan juga lagipun hanya sementara sebab saya berhasrat untuk pulang semula ke kampung untuk memulakan perniagaan baru.
  • Rupa-rupanya jodoh saya dengan KL/Selangor panjang. Selesai urusan di KLCC, saya ditawarkan bekerja di sebuah syarikat Multinational dari Sweden
  • Saya menerimanya dengan hasrat untuk bertenang dan mencari perniagaan yang paling sesuai. Di samping itu saya perlu menyusun semula disiplin diri dan saya yakin boleh dapatkannya semula melalui kerja makan gaji.

sambung ke siri 3

 

Author: Shubhi

Penulis merupakan seorang usahawan. Memiliki beberapa syarikat sendiri dan perkongsian dan diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Selesa dengan gaya hidup yang sederhana dan ringkas. Selain menulis dan membaca penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui program HR Biz Coaching. Jika anda ingin berbual dan ajak penulis minum kopi O, sila whatassp ke 013-3360807

2 thoughts on “Usahawan hidup ringkas – Cerita pengalaman saya #2

  1. pokok ceri

    Salam,maafkan sy jika bertanya jika tuan masih lagi pengikut Ahbash? bukankah fahaman Ahbash itu sesat dengan menentang ALWJ?

    Reply
    1. Mohd Shubhi Post author

      Terima kasih kerana bertanya. Dulu orang tak kenal Ahbash ni. Tapi bila dunia dan menjadi rata, apa saja yang berlaku dihujung dunia sebelah manapun mula tersingkap.

      Perjalanan belajar agama saya panjang. Sebelum belajar dengan kumpulan Ahbash, saya belajar di Pondok dan di serata masjid dan juga para guru agama di kampung.

      Selepas itu saya belajar pula dengan pengikut Ahbash di France dan saya bertemu sendiri dengan Sheikh Abdullah Al-Habashi Al-Harari.

      Kesemua kitab yang saya pelajari dari Sheikh Khalid yang merupakan anak murid pada Al-habashi adalah kitab-kitab muktabar seperti yang dipelajari di pondok-pondok negara kita. Tak ada bezapun.

      Aliran Akidah kumpulan Ahbash juga sama dengan yang popular dengan aliran tua di negara kita iaitu Abu Hassan Al-Ashari atau Abu mansur Al-Maturidi, tak ada beza.

      Aliran tasawwuf juga sama seperti Imam Al-Ghazali, Imam Hassan Al-Basri dan lain-lain. Begitulah juga aliran fekah, semuanya adalah kesinambungan daripada Imam Nawawi, As-Shafie, Hambali, Maliki, As-Sayuthi…..

      Masalahnya berpunca dari ketaksuban aliran Ahbash menyerang kumpulan Wahabi atau apa yang sering orang kita namakan kumpulan Tajdid atau golongan muda di seluruh dunia.

      Ini termasuklah penolakan Ahbash terhadap Ibnu Taimiyah, Ibu Qaiyim, Syed Kutb, Nasruddin Al-Bani dan Abdullah Ibni Wahab dan lain-lain sealiran dengannya.

      Ahbash juga banyak tidak bersetuju dengan Sheikh Yusuf Al-Qardaqi dan juga ulama-ulama mutaakhirin yang ada popular di mata dan media dunia.

      Kesemua penolakan adalah beserta dengan hujah. Kalau nak saya riwayatkan apa yang saya terokai terlalu panjang di sini kena buat satu buku berjilid-jilid.

      Pulan dari luar negara saya sambung lagi mengaji di pondok-pondok dan di masjid-masjid sebelah utara. Antara ilmu akidah yang saya kagum adalah yang saya belajar daripada Tuan Guru Haji Saleh Sik, Kedah….apa yang saya belajar dari Tuan Guru Haji Salleh takda beza sedikitpun dengan akidah Ahbash..tak hairan kerana akarnya adalah samada dari Al-Ashari atau Al-Maturidi.

      Tak habis dari situ, saya juga mula mendalami aliran kaum muda bermula dengan mengkaji ajaran atau pengajaran Sheikh Rasul ayah kepada Prof Hamka. Saya juga mentelaah semua tulisan Hamka yang merupakan salah seorang pelopor fahaman muda di nusantara yang banyak menuruti aliran Sheikh Muhammad Abdul.

      Saya tak ketinggalan juga mengekori dan rapat dengan perjuangan parti politik Pas yang rata-rata banyak merujuk Syed Kutb, Ibnu Taimiyah, Fateh Yakan, Ibnu Qaiyim dan ramai lagi….

      Ringkasnya apa saja kumpulan yang diserang oleh Ahbash saya rapati dan pelajari dan cuba memahami, begitu juga apa sahaja kumpulan yang diserang oleh kumpulan satu lagi saya akan rapati dan pelajari dan cuba fahami…..

      Apa yang boleh saya rumuskan adalah kita bertanggung jawab atas apa sahaja yang kita pegang dan anuti dan tidak cukup sekadar ikut-ikutan kerana kesemua orang yang kita ikuti nanti akan berlepas diri dari tanggung jawab mereka di padang masyhar nanti.

      Islam itu mudah dan boleh difahami oleh semua akal yang waras…maka belajarlah, gunakan akal, rujuk semua nas terutamanya Al-Quran dan sunnah dan tetapkan pendirian dan tak perlu berperang jatuh menjatuh-jatuhkan sesama sendiri.

      Sesama ulama bersengketa, biarlah kerana mereka sebenarnya berhujah dan kita orang awam yang ada di bawah perlu melihat hujah dan bukannya hanya melihat fatwa…sebab itupun tiada ulama yang keluarkan fatwa selain ada bersamanya hujah atau nas…dan hujah itulah yang perlu kita teliti.

      Wah panjang sangat ni penjelasannya, itulah saya kata kalau nak dihuraikan terlalu panjang…apa yang saya berani mengaku adalah saya seorang muslim yang beriman dengan Allah dan rasulnya serta hari akhirat dan saya hanya mahu hidup dan mati dalam keadaan itu sahaja…..dan saya ambil tanggung jawab penuh terhadap segala yang saya yakini…masih tetap mencari dan belajar dan sentiasa berdoa agar Allah membantu saya sentiasa ingat kepadaNya, bersyukur pada Nya, beribadah sebaik-baiknya hanya kepadaNya. …Wallahu’alam

      nota akhir: Fitnah terlalu berleluasa di muka bumi sekarang ini yang mana tak pernah terjadi lagi fitnah yang seluas sebegini. Jika kita leka dan tidak menambah ilmu dan pemahaman, jurang yang dalam sentiasa menanti dihadapan.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge