Usahawan hidup ringkas – Cerita perjalanan hidup saya #3

By | 19/01/2012

Ini merupakan siri ke 3 kisah perjalanan hidup saya sebagai seorang usahawan hidup ringkas.

Catitan di bawah merupakan sambungan daripada catitan yang lalu, di dalam cerita saya siri 2

2001 – Ini merupakan tahun saya bertemu jodoh walaupun dah berusia lanjut.

  • Ini merupakan satu lagi perubahan besar yang berlaku terhadap diri. Perkahwinan membuatkan kita terpaksa menyesuaikan diri dengan pasangan hidup yang berbeza cara dan gaya kehidupan.
  • Selepas berkahwin saya terpaksa menyesuaikan budaya yang jauh berbeza, pegangan nilai yang tak sama dan lebih-lebih lagi cara masakan yang tak sama.
  • Saya mendapat satu ilmu baru tentang kehidupan berumah tangga. Ia membawa kepada pengalaman baru betapa sukarnya hidup bersama. Betapa sukarnya melawan ego demi mengambil kira kepentingan bersama. Tahu atau ada ilmu belum cukup, perlu berlatih sampai cekap sampai menjadi sebati.

2003 – Saya berhenti makan gaji (sekali lagi) untuk berniaga sepenuh masa.

  • Satu tindakan kamekaze yang berani!!!, begitulah kata kebanyakan dari kawan-kawan saya.
  • Memang sukar kehidupan pada waktu itu. Pendapatan berkurangan sebanyak 65% dan saya terpaksa menyesuaikan diri dengan apa yang ada.
  • Saya mula bersolat sunat Dhuha setiap pagi.
  • Saya juga mula membaca Tafsir Al-Azhar setiap malam.

2005 – Perniagaan saya dah semakin stabil dan ada harapan.

  • Saya mula berpuasa 6 sebaik saja habis raya pertama Aidil Fitri dan diikuti oleh puasa sunat Isnin dan Khamis setiap minggu.
  • Saya berjaya membeli rumah sendiri akhirnya. Walaupun sekadar rumah kecil sederhana, sekurang-kurangnya jika saya mati anak-anak serta ibu mereka ada tempat tinggal nanti.

2008 – Satu lagi peristiwa menarik dalam hidup berlaku apabila saya menjual semua saham yang saya ada di syarikat pertama kepada rakan kongsi dan memberikan tumpuan pada syarikat saya sendiri dengan cara saya sendiri.

  • Walaupun bayaran hasil jualan share yang saya dapat tak setimpal dengan nilai sebenar syarikat, saya tak kisah sebab ikutkan keputusan nekad, saya tetap akan lepaskan kesemua syarikat tersebut walaupun dengan tidak mendapat satu senpun bayaran.
  • Yang penting adalah dapat menumpukan pada pembinaan empayar perniagaan saya sendiri dengan mengamalkan falsafah perniagaan yang saya percaya. Falsafah usahawan hidup ringkas.

2009 – Satu permulaan pada pembentukan satu lagi syarikat baru dengan kerjasama seorang rakan berbangsa Cina.

  • Ini bagi memberikan laluan mudah kepada pasaran terbuka terutamanya daripada syarikat bukan Melayu.
  • Satu pengalaman baru bekerjasama dengan orang Cina yang boleh dirumuskan sebagai…”bukan mudah!”

2010 – Tahun pergolakan menguruskan perbezaan budaya antara kumpulan Cina dengan Melayu.

  • Falsafah berbeza membuatkan saya pening kepala dalam usaha menggabungkan 2 syarikat yang ada.
  • Saya mengambil berbagai-bagai pendekatan untuk menjayakan projek gabungan tersebut. Usaha itu meleret sehingga ke penghujung tahun.
  • Akhirnya saya buat keputusan untuk lupakan buat sementara waktu. Saya pisahkan terus kedua-dua syarikat tersebut samada dari segi fizikal atau ‘on paper’.
  • Hasilnya saya ada dua buah syarikat yang berbeza cara pengurusannya.

2011 – Saya terpaksa berada di dua pejabat untuk melihat kedua-dua syarikat yang berada dalam satu industri tetapi berlainan pendekatan pengurusannya. Tak apa saya teruskan membina kedua-duanya dan dalam masa yang sama mencari jalan penyelesaian agar ia menguntungkan kesemua pihak.

2012 – Saya miliki sebanyak 6 syarikat sekarang. Satu peningkatan yang cukup baik berbanding tahun 2008 di mana saya hanya mulakan dengan satu syarikat kecil. Apa seterusnya…ia masih dalam pembikinan

Begitulah sedikit kisah perjalanan hidup saya sebagai seorang usahawan hidup ringkas yang masih lagi berjalan. Insyallah akan saya sambung lagi kisah perjalanan hidup ini bila tiba masanya.

…bersambung

Author: Shubhi

Penulis merupakan seorang usahawan. Memiliki beberapa syarikat sendiri dan perkongsian dan diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Selesa dengan gaya hidup yang sederhana dan ringkas. Selain menulis dan membaca penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui program HR Biz Coaching. Jika anda ingin berbual dan ajak penulis minum kopi O, sila whatassp ke 013-3360807

4 thoughts on “Usahawan hidup ringkas – Cerita perjalanan hidup saya #3

  1. norazliza abu othman

    Salam pak cik..

    Mcm mana kita nak bergerak tanpa ada rasa risau.
    Kekuatan yg mgerakkan pakcik utk berjaya. Mungkin boleh kongsi dgn ank muda mcm sya.

    Terima kasih..=)

    Reply
  2. Mohd Fahmi

    Assalamualaikum.

    Kisah hidup tuan menjadi dorongan kepada saya untuk usaha lebih gigih lagi dalam perniagaan. Sekarang saya bekerja makan gaji dan masih dalam proses untuk menyiapkan RP. Saya nekad untuk berhenti kerja dan menjalankan perniagaan ini secara sepenuh masa. Saya harap tuan turut dapat membimbing saya. Hidup ringkas juga sumber inspirasi saya untuk terus berjaya.

    Reply
  3. antalhaq

    Saya telah baca habis 3 siri biodata ringkas tuan, kalau dibaca ikut nombor terasa mudah, dah 2012, dah ada 6 syarikat. Tapi bila diinsafi secara subjektif terasa panjangnya perjalanan hidup tuan sebelum berjaya. Terima kasih kerana sudi kongsi, ia menjadi pembangkit semangat kepada saya.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge