Adakah anda rasa diri istimewa?

Cuba fikirkan dengan mendalam dan cuba ingat kembali bagaimana komunikasi anda dengan orang lain sebelum ini.

Apakah ada ciri-ciri yang menunjukkan anda rasa diri istimewa berbanding dengan orang lain.

Dalam bahasa inggeris, kita akan ucapkan special. Gabungan bahasa kita dan inggeris akan jadi ucapan tersebut sebagai ‘aku ini special’.

Kenapa kita rasa diri istimewa

Biasanya kita rasa diri istimewa bila ada ramai kawan yang sering memuji kita. Dalam sering kita nafikannya selepas di puji, perasaan kembang semangkuk tetap mekar di dalam hati.

Kekerapan mendapat pujian daripada orang itu lama kelamaan membuatkan diri rasa benar-benar istimewa. Lagipun, kita memang ada kelebihan sedikit berbanding dengan orang lain yang memuji itu.

Biasanya diri rasa istimewa bila kita ada kemahiran tertentu. Tak kira samada kemahiran seni atau kemahiran hidup.

Bukan ramai yang ada kemahiran seni dan kemahiran hidup.

Dengan kemahiran seni, kita mampu mencari duit tambahan hasil dari kelebihan yang ada dalam kemahiran itu. Sebab kemahiran kita bukanlah sederhana, tapi lebih baik dari sederhana.

Dengan kemahiran hidup, kita mampu menjana pendapatan lebih baik berbanding orang lain. Biasanya mereka yang ada kemahiran hidup akan terjun menjadi usahawan.

Mereka ada kemahiran teknikal yang digabungkan dengan kemahiran membina jaringan membuatkan mudah untuk jadi usahawan.

Semua orang tahu, menjadi usahawan adalah idaman hampir semua orang. Tapi hanya sebilangan kecil saja yang istimewa sanggup terjun dan benar-benar jadi usahawan.

Bila jadi begitu, maka tak hairan orang sering puji anda, terutamanya kawan-kawan yang masih teragak-agak nak jadi usahawan selepas bertahun-tahun mengidamkannya.

Dari situ, tentu anda faham kenapa anda rasa diri istimewa.

Kebaikan rasa diri istimewa

Kebaikan rasa diri istimewa adalah, ia membuatkan anda buat lebih sedikit berbanding orang lain. Perasaan itulah yang membuatkan anda jadi usahawan dan berusaha bersungguh sungguh untuk buktikan anda istimewa dan mampu berjaya.

Perasaan diri istimewa itu penting untuk pembinaan keyakinan dengan apa yang kita lakukan. Tak ada apa-apa yang boleh kita lakukan tanpa adanya rasa yakin yang cukup.

Tak ada orang sanggup letakkan jawatan dan jadi usahawan kalau tiadanya keyakinan diri yang kuat. Dan perasaan diri istimewa memang amat membantu dalam proses nak berhenti kerja dan letak jawatan lalu berniaga.

Keburukan rasa diri istimewa

Kalau rasa diri istimewa banyak membantu untuk anda sampai di tahap yang anda ada sekarang, perasaan yang sama juga boleh jadi penghalang untuk anda maju lebih jauh lagi.

Rasa diri istimewa berlebihan membuatkan anda rasa lebih bagus daripada orang lain. Terutamanya terhadap diri mereka yang dipandang rendah dari anda.

Lebih parah apabila perasaan diri istimewa itu membuatkan anda rasa lebih bagus daripada orang lain yang hakikatnya lebih berjaya dari anda jika diukur dari segi pencapaian terhadap perkara yang boleh diukur, seperti wang atau pangkat.

Biasanya, jika anda berperasaan begitu, anda masih tetap ego dan degil untuk menerima apa saja cadangan dari orang lain.

Malah anda masih jual mahal untuk belajar dan mendekati orang lain itu dan kekal dalam keadaan anda yang sebenarnya masih ada banyak yang perlu diperbaiki.

Akhirnya rasa diri istimewa itu jadi penghalang untuk anda maju lebih tinggi.

Halangan itu membuatkan anda kekal dalam keadaan yang sama dalam tempoh yang lama. Anda akan dapat lihat sendiri betapa orang lain yang selama ini dipandang rendah sedang laju meningkat naik meninggalkan anda.

Oleh itu waspadalah jika rasa diri istimewa. Ia boleh jadi penawar dan ia juga boleh jadi racun.

Sepertimana sikap-sikap lain yang diperlukan untuk berjaya, rasa diri istimewa perlu dikawal dalam keadaan sedar. Jangan biarkan dia menguasai diri anda.

Orang akan naik berjaya dengan sifat degil. Orang yang sama juga akan kekal tak membesar dengan sifat degil yang dia ada itu.

Orang akan naik dengan sikap yakin dengan diri sendiri dan yakin dengan pegangan dirinya. Orang yang sama akan kekal tak maju akibat yakin pada pegangan diri dan tak buka ruang untuk pandangan orang lain.

Waspadalah, kita perlu degil, kita perlu yakin pada diri sendiri dan kita perlu rasa diri istimewa, tapi jangan biarkan rasa itu menguasai diri kita.

Pastikan kitalah yang meguasai perasaan tersebut. Dan ianya hanya boleh dilakukan hanya dengan memastikan kita sentiasa sedar dengan apa yang kita rasa.

Nota: Saya sedang berada di Muar Johor sekarang. Masih lagi berada di luar kawasan tak henti-henti sejak awal bulan yang lalu. Mohon maaf sebab tak dapat menulis dengen lebih kerap. Hanya bila ada kesempatan saja saya segera luangkan masa untuk buka komputer dan menulis. Doakan saya selamat dan dapat kawal rasa diri istimewa…

Total
26
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

13 comments

  1. Semua keistimewaan yang dimiliki adalah pinjaman dari Allah dan atas keizinanNya jua. Semoga kita menggunakan keistimewaan itu untuk tujuan kebaikan dan akan lebih mengenali Nya dan bersyukur atas kurniaan tersebut. Sifat riak dan ujub perlu dijauhi. Terima kasih atas artikel yang menarik.

  2. Assalam.
    Artikel yang memberi panduan untuk maju jaya dalam apa jua bidang yang diusahakan.

    Manfaatkan keistimewaan yg ada untuk kepentingan ummah.Jangan terjebak dengan ‘ana khairu minhu’ yg menjadi asbab iblis dimurkai Allah s.w.t.

    p/s : Alhamdulillah…syukur saya sudah beli Santan King.Rasa gembira dan begitu istimewa kerana wang yang ada ini dapat rancakkan ekonomi ummah.

  3. Ego diri ini memang payah betul nak buang… Kadang2 perasan lebih padahal takde ape… Saya lah tu..haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge