Bagaimana hilangkan takut berucap di khalayak

By | 02/02/2013
Kriteria menjadi ketua

Semua orang yang tidak bisu bercakap. Kita sentiasa bercakap setiap hari, cuma ada di kalangan kita yang lebih banyak bercakap berbanding dengan orang lain dan ada juga yang kurang bercakap.

Satu fakta penting dalam kemunculan pemimpin adalah, kebiasannya mereka yang terlebih dulu bercakap dan banyak bercakap dalam mana-mana perhimpunan atau perjumpaan orang ramai akan ditolak menjadi pemimpin.
Fakta tersebut di atas merupakan faktor paling penting yang membuatkan seseorang dilantik menjadi ketua. Ia menolak idea yang menyangkakan bawah pemimpin adalah dari kalangan mereka yang bijak. 
Kebanyakan masa, orang yang bercakap terlebih dulu dan tak henti bercakap akan menjadi ketua walaupun dia tak faham apa yang dia cakapkan. Ini menjadikan kebijaksanaan tidak semestinya membuatkan anda dilantik jadi ketua.
Perlunya keupayaan berucap di khalayak ramai
Oleh itu bagi mereka yang bercita-cita tinggi dan membina kerjaya ditahap yang lebih tinggi tidak dapat mengelak daripada banyak bercakap. Dan berita buruknya adalah anda perlu banyak bercakap didepan khalayak ramai!.
Bercakap di depan orang ramai merupakan satu masalah besar yang dihadapi oleh kebanyakan manusia di mukabumi ini. Tahap ketakutannya diberitakan lebih kurang sama dengan takut mati!.
Namun begitu tiada cara lain untuk maju ke depan menjadi pemimpin melainkan anda perlu menghadapi katakutan berucap walaupun berkemungkinan anda akan didapati pengsan di atas pentas.
Satu-satunya cara menghilangkan ketakutan berucap
Samada anda suka atau tidak suka, untuk menghilangkan atau mengawal ketakutan berucap hanya boleh dilakukan dengan bangun dan berucap.
Perkara yang sama juga perlu dilakukan dalam menghadapi apa-apa jenis ketakutan sekalipun. Jika anda takut terjun dalam air, selagi anda tidak melakukan terjunan, ketakutan akan sentiasa menghantui diri. Sebaik saja terjunan dilakukan, maka hilang segala rasa takut dan anda hanya memikirkan bagaimana  hendak menyelamatkan diri sahaja.
Apa saya buat untuk menguasai kemahiran berucap
Saya tidak mahir berucap. Selama ini saya sangkakan ia hanya disebabkan oleh kerana saya takut berucap dikhalayak ramai. Saya kira jika saya dapat kawal ketakutan, maka saya akan pandai berucap.
Untuk menguasai masalah ketakutan berucap saya sertai Kelab Pidato Perdana yang dianjurkan oleh Proskillstrainers.

Kelab Pidato Perdana menganjurkan latihan berucap dalam bahasa kebangsaan. Semua yang menyertai KPP perlu berucap setiap kali menghadiri kelas selama 5 ke 8 minit. Prestasi anda akan dinilai oleh jurulatih dan semua yang hadir.
Anda boleh berlatih berucap dan dibenarkan membuat seribu satu kesalahan tanpa had. Anda juga boleh pengsan, pitam, menggigil, mengeletar, mengelupur jatuh kelantai, tersungkur dan berbuih mulut kerana terlalu takut atau apa-apa saja yang anda bayangkan selama ini akan berlaku jika anda bangun berucap di khalayak ramai.
Untuk merasai kesemua nikmat yang saya sebutkan di atas anda hanya perlu menhadirkan diri setiap kali kelas diadakan dan bangun ke depan bila tibanya giliran untuk anda berucap.
Apa yang paling seronok di sini adalah anda akan dipaksa untuk berucap walaupun jika terpaksa bangun dan berjalan dengan merangkak kerana terlalui takut….!.
Saya sertai KPP cawangan Petaling Jaya yang diadakan pada hari Sabtu bermula pukul 2.30 petang. Kelas diadakan dua kali sebulan di Maktab Koperasi tidak jauh dari Hospital Assunta.
Bagi mereka yang berminat, masuklah ke laman web saya link di atas dan hubungi Cik Sandy. Saya harap anda sertai saya di cawangan Petaling Jaya untuk meramaikan lagi ahli di sana. Dengan menyertai cawangan PJ juga membolehkan anda mendengar versi bercakap apa yang saya tuliskan di blog ini.
Lebih menarik lagi jika ramai pembaca serta usahawan yang sertai saya di cawangan PJ, kita boleh luangkan sedikit waktu untuk minum teh tarik setelah habis kelas. Sambil minum kita boleh berbincang tentang keusahawanan bersama. Jom cepat sertai saya…!!!.
Apa yang saya belajar setelah beberapa bulan ikuti KPP
Selama ini saya ingat masalah berdebar dapat dihilangkan, namun rupanya saya masih tetap menggigil dari hari mula saya berucap sehinggalah sekarang. Cuma bezanya saya lawan takut tersebut dan bangun berucap walaupun apa yang akan terjadi.
Lagipun, hasil daripada latihan berucap selama ini saya sedar yang kita akan rasa takut berdebar hanya pada minit pertama atau kedua mula bercakap. Selepas itu, segalanya hilang dan segala perhatian diberikan pada apa yang nak dicakapkan.
Satu perkara penting yang saya perhatikan adalah bukan semua orang yang mampu bangun ke depan dan berucap merupakan pemidato yang baik. Ada manusia dianugerahkan keupayaan berucap dikhalayak ramai tanpa ada masalah gementar, tapi itu bukan bermaksud ia akan menjadi pemidatao yang baik yang mahu didengari orang segala ucapannya.
Ada 8 teknik penting yang menyumbang dalam setiap pengucapan awam yang baik. Jika kita berjaya menguasai kesemua teknik tersebut, kita akan berupaya menjadi pemidato hebat. Itulah yang cuba saya kuasai sekarang ini dan ianya bukanlah sesuatu yang mudah.
Jika anda mahu tahu dan kuasai kesemua teknik tersebut, ayuh serta saya di Kelab Pidato Perdana cawangan Petaling Jaya dengar segera…!
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

2 thoughts on “Bagaimana hilangkan takut berucap di khalayak

  1. GoodGood Ice-Cream

    En Shubhi Sentiasa bagi idea2 bernas untuk kami2 yang baru nak belajar ni.

    Memang betul, dalam bisnes @ kerjaya sehingga satu level mesti kita akan bercakap di khalayak ramai. Jadi, untuk bercakap mesti ada skill dan skill itu boleh belajar.

    To be humble, saya sendiri lemah dalam perkara ni.

    http://www.goodgoodicecream.com

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge