Bagaimana Sibodoh boleh kelihatan bijak?

By | 01/08/2013

“Kejayaan membuatkan sibodoh kelihatan bijak” – Pepatah Latin

Berapa kali anda pernah terlintas mengutuk seseorang yang dirasakan tidak layak mendapat sesuatu jawatan?

Dalam dunia politik terutamanya, merendahkan keupayaan atau kelayakan orang lain memang biasa berlaku.

Kita biasa mendengar atau membaca tulisan seperti, “bagaimana mangkuk ni boleh pegang jawatan itu?, aku mungkin jauh lebih layak darinya!”.

Dalam dunia percintaan pula, ada yang tak dapat terima kenyataan apabila seorang jejaka yang lekeh dapat menawan hati si dara jelita.

Atau gadis selekeh berjaya menawan hati jejaka hensem dan kaya.

Dalam dunia perniagaan pula, ada yang tak puas hati bila syarikat yang tidak seberapa mendapat kontrak yang besar.

Ada juga yang tak puas hati bila kawan mereka yang selekeh dan terkebelakang ketika bersekolah dulu memegang jawatan ketua pengarah disebuah jabatan kerajaan.

Begitulah…senarainya panjang yang menyaksikan kejayaan seseorang bukan semestinya atas dasar dia yang paling layak.

Samada secara terus terang atau secara diam-diam, kita tentu pernah terlintas merasakan diri sendiri lebih layak daripada orang yang diperkatakan.

Kalau anda tidak pernah merasakan sebegitu, saya salut dengan kehebatan jiwa yang anda ada. Jika diteruskan sudah tentu anda bakal menjadi keramat hidup!, Insyallah.

Adakah anda sibodoh itu?
Dalam masa yang sama, pernahkan terlintas bahawa ada ramai orang lain yang merasakan perkara sama terhadap diri kita.

Tidakkah anda terfikirkan bahawa, berkemungkinan andalah ‘sibodoh’ yang dimaksudkan di dalam peribahasa Latin di atas?

Kajayaan atau nikmat yang dikecapi tidak semestinya atas kelayakan
Sepanjang melalui dunia kehidupan saya mula sedar tidak lama dahulu bahawa banyak kejayaan atau kenikmatan yang dikecapi sebelum ini bukan disebabkan saya layak atau hebat melebihi orang lain.

Kalau orang yang bukan Islam, mereka namakan perkara tersebut sebagai bernasib baik atau ‘lucky’. Sebagai seorang muslim pula kita percaya semua itu adalah rezki.

Apabila menyertai mana-mana tender besar, saya berusaha sedaya mungkin untuk menyempurnakan segala keperluan yang dikehendaki.

Saya bertungkus lumus mencari maklumat berkenaan tender, siapa kumpulan panel tender, siapa yang mempengerusikan panel tender.

Saya juga membuat analisa pesaing-pesaing lain yang dah biasa mendapat tender yang serupa dan mencari kelebihan mereka dan cuba mengatasinya.

Namun keupayaan saya amat terhad. Saya dah buat yang terbaik dan banyak yang tidak dapat dipenuhi secara sempurna.

Dalam pada itu, tiba-tiba masih terpilih untuk dianugerahkan kerja yang dibida, sedangkan ramai lagi yang jauh lebih layak.

Itulah yang dikatakan, kejayaan tidak semestinya atas dasar anda yang paling layak. Jesteru itu saya perlu berusaha membaiki diri menjadi lebih baik dan lebih baik sepanjang masa.

Dalam masa yang sama, saya juga sedar tidak perlu rasa dengki,. kecewa dan tak puas hati bila orang lain dianugerahkan kerja yang dibida sedangkan secara dasarnya syarikat saya jauh lebih berkelayakan.

 Kita semua sama saja, ada masanya rezki datang bergolek…bersyukurlah dan terus berusaha.

Miyamoto Musashi
Seorang Samurai hebat yang bernama Musashi juga menjadikan prinsip ini sebagai salah satu daripada kata-kata hikmatnya di dalam buku The Book of Five Rings.

Beliau bekata bahawa ketika dia berumur 30-an, dia mula sedar ada banyak daripada pertempuran yang berkesudahan dengan dia muncul sebagai pemenang, bukanlah disebabkan dia lebih layak.

Ada masanya kemenangan memang atas kelayakan atau kepakaran dirinya, adakalanya kemenangan adalah di atas kesilapan lawan atau apa yang Musashi namakan sebagai “Order of Heaven”. Dia kebetulan berada ditempat dan masa yang betul

Atas pegangan itu, Musashi sentiasa bekerja keras dan berusaha membaiki dirinya. Dia tidak boleh selalu mengharapkan berada di tempat dan pada masa yang betul untuk menang.

Dengan pegangan itu juga Musashi tidak pernah ambil peduli kemenangan orang lain samada orang itu bernasib baik atau tidak kerana dia juga sering berada dalam keadaan itu.

Jangan berlagak jika berjaya
Kita tidak perlu ada perasaan dengki atau memandang rendah keupayaan orang lain yang berjaya dengan mengatakan ada orang lain yang lebih layak.

Kita juga kebanyakan dari masa mendapat sesuatu kejayaan bukanlah atas dasar kita layak. Malah ada lebih ramai lagi orang lain yang jauh lebih layak tetapi tidak mendapat keistimewaan yang kita kecapi.

Oleh itu merendah dirilah dan buat analisa samada anda memang betul-betul layak berada di situ. Perhatikan dan peka pada orang sekeliling.

Dengar apa yang orang kata dan terimalah kritikan untuk perbaiki diri.

Samada telah berjaya atau belum berjaya, apa yang kita perlu lakukan hanyalah terus berusaha dan sentiasa memperbaiki diri. tutup segala kelemahan yang ada dan sempurnakan kekuatan atau kelebihan yang dianugerahkan pada kita.

Usaha membaiki diri perlu menjadi satu usaha berterusan sehinggalah ke liang lahad…

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

34 thoughts on “Bagaimana Sibodoh boleh kelihatan bijak?

  1. daddydee

    terima kasih kerana berkongsi….

    kejayaan akan ada bersama kita jika kita terus berusaha…

    Reply
  2. hafizmd

    tipulah kalau saya katakan tak pernah terlintas, tapi bila terlintas cepat2 istighfar…

    ni semua atas usaha masing2 dan ketentuan Allah utk hambaNYA.

    apa yg kita ada, bersyukurlah…terima kasih bro…best!

    Reply
  3. kakiblog

    sapa-sapa boleh berjaya jika sudah ada keizinanNya..namun perlu melalui usaha,doa dan ujian dahulu

    Reply
  4. KHAIRUL AMRAN

    yup.. bukan semata-mata menyerahkan diri kepada nasib. usaha juga, kalau dah tertulis itu untuk kita, tiada siapa yang dapat menghalangnya.

    Reply
  5. Aju Mohit

    saya melihat ada yang berusaha bersungguh2 utk berjaya, bahkan ada juga yang tidur dan goyang kaki di opis tapi dapat kenaikan pangkat, inilah kurniaan Allah buat mereka, nak menguji hambanya atas nikmat yg diberikan

    Reply
  6. waiman takwa

    Manusia asalnya kain putih dan tidak tahu apa-apa (bo***).. Bagaimanapun manusia bertatih, kemudian jatuh bangun semula.. Akhirnya dapat berjalan..

    Reply
  7. puteri kasih

    ada kalanya memang nasib akan menyebelahi kita..bila dah rezeki takkan kemana. Tapi semuanya perlukan usaha.

    Reply
  8. shafwan

    Yup..setuju..jgn belahak bila berjaya..dan jgn alpa dgn kejayaan..kadang2 nasib jaa

    Reply
  9. Zuan

    berusaha ke arah yang lebih baik. saya rasa saya kena dapatkan buku Miyamoto Musashi ni.. sebelum ni saya ada membaca pasal sun tzu’s art of war..sebenarnya apa yang telah diajar nabi muhammad seperti sentiasa merendah diri dan jangan berpasangka adalah yang penting untuk berjaya. tapi malangnya bukan orang islam yang amalkan dan berjaya..

    Reply
  10. onlajer

    selalu juga dengar perkataan mangkuk tu cari kerja banyak – banyak pastu yang nak buat takde hehe

    Reply
  11. Hafizul

    EMm suka dengan entri ni..kadnag2 saya rasa sayalah lah sibodoh itu..hehe..orang bodoh kalau kuat berusaha, tetap akan nikmati kejayaan seperti mana orang cerdik pandai nikmatinya..tapi berbeza caranya sahaja..

    Reply
  12. sepol

    tidak berputus asa dan sentiasa bersikap rajin. Kalau nak dengan kritikan orang saja baik kita hayati cerita orang tua, anak dan kaldai.

    bila seorang tua menarik kaldai dan diletakkan anaknya di atas kaldai.. orang berkata bodoh anak tu membiarkan ayah yang tua berjalan kaki tetapi dia menunggnag kaldai.

    Bila orang tua menunggang kaldai dan anaknya berjalan orang akan kata kesihan budak tu, ayahnya membiarkan anaknya berjalan.

    Bila dua-dua beranak itu naik kaldai orang akan kata bodoh dua beranak tu naik kaldai yang kecik. Takdak sifat belas kasihan.

    Bila kedua-dua mereka tak tunggang kaldai tu orang akan kata bodoh orang tua dan anaknya, ada kaldai tetapi tak naik.

    heheh panjang pula komen hari ini..

    Reply
  13. fiezaradzi

    nilah rezeki yang Allah kurniakan pada mereka. dan semestinya ada usaha dari mereka yg berjaya ni..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge