Kalau boss jenis berlagak, pekerja bagus cabut lari

By | 22/10/2012

Antara masalah paling besar yang dihadapi oleh sesebuah syarikat adalah mengekalkan pekerjanya yang bagus. Kehilangan seorang pekerja yang baik dan hebat merupakan satu kerugian besar kerana kebiasannya mereka hanyalah 1 dalam seratus. Jika kita tak jaga mereka dengan baik, ramai lagi syarikat lain sanggup menjaganya.

Apakah faktor utama yang dapat mengekalkan pekerja yang bagus. Kebiasannya kita sangkakan ia ada kaitan dengan wang. Tetapi sebenarnya wang bukanlah segala-galanya. Jika gaji yang diberikan memenuhi pasaran semasa, 3 faktor dibawah perlu diberikan perhatian:

  • Masa kerja yang fleksibel. Jangan terlalu rigid sangat dengan waktu kerja sehingga mencengkam kebebasan mereka.
  • Hargai pencapaian. Jangan anggap bila dia makan gaji, anda boleh layan mereka macam robot. Mereka manusia dan jika kita menghargai pencapaian mereka sudah tentu mereka juga menghargai anda.
  • Utamakan keputusan. Jangan kawal segala pergerakan dan cara mereka melaksanakan tugasan. Yang pentingnya mereka mencapai matlamat yang diberikan. Berikan mereka ruang menggunakan masa dengan optimus walaupun ia bermaksud keluar sebentar untuk ke gym atau sebagaimya.
Antara keburukan paling ketara syarikat Melayu adalah tidak memperdulikan suasana persekitaran tempat pekerja mereka beroperasi. Kemudahan juga tidak diberikan perhatian. Para pekerja juga dikawal segenap pergerakan mereka. Ini merimaskan pekerja yang amanah dan baik.
 Kesilapan yang tidak mejejaskan matlamat pula terlalu dipertikaikan oleh majikan dan kadangkala pekerja dihukum semata-mata kerana melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh boss walaupun itu tidak ada kena mengena dengan tugasan pekerja.
Berikan layanan istimewa pada pekerja bagus anda dengan turun ke padang memberikan sokongan. Jangan berlagak macam boss angkuh yang hanya mengharapkan dirinya sahaja perlu dipuji dan dihormati.
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

One thought on “Kalau boss jenis berlagak, pekerja bagus cabut lari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge