Kenapa tak puas hati dengan pekerjaan?

By | 11/10/2012

Kajian terbaru mendapati 70% daripada tenaga kerja di negara kita tidak puas hati dan tidak gembira dengan kerja yang mereka lakukan. Adakah anda salah seorang daripadanya?

Saya sering terangkan pada para usahawan tujuan utama menjalankan perniagaan bukanlah untuk mendapatkan wang, walaupun tidak dinafikan itu merupakan salah satu perkara penting yang menghidupkan sesebuah perniagaan.

Tujuan berniaga
Tujuan asas menjalankan perniagaan adalah kerana kita ada sesuatu yang mahu ditawarkan pada pelanggan. Dengan perkara asas itu maka terbentuknya proses penawaran dan proses permintaan yang pertukarannya mungkin dalam bentuk wang dan mungkin juga dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.

Perkara yang sama perlu diberi perhatian pada mereka yang menyara kehidupan dengan makan gaji. Kita perlu bertanya apa tuijuan sebenar kita memohon pekerjaan dan apa tujuan utama yang membuatkan kita menerima tawaran pekerjaan tersebut.

Saya yakin hampir 100% mereka yang makan gaji akan berkata tujuan utama mereka bekerja adalah untuk mendapatkan wang. Ia hampir sama dengan kebanyak para usahawan yang menjalankan perniagaan dengan matlamat utama untuk mendapatkan wang.

Para usahawan yang mengejar wang kebanyakannya menyesal berhenti kerja dan berniaga kerana mendapati wang yang dikejar tak dapat, wang yang dikendung berciciran lalu melompat dari satu perniagaan ke satau perniagaan dan berakhir dengan makan gaji semula.

Para pekerja makan gaji pula, yang mengejar wang akan berakhir dengan kehidupan penuh tekanan dan menghabiskan masa berkongsi dengan rakan-rakan yang sama-sama mengeluh tak seronok dengan pekerjaan yang mereka lakukan.

Apakah tujuan utama kita sebagai manusia bekerja?
Jika kita faham tujuan kita dijadikan di muka bumi ini, samada berniaga atau makan gaji, tujuan paling utama dalam menjalani kesemua aktiviti tersebut adalah dengan matlamat membina potensi diri kita.

Bezanya mereka yang makan gaji berbanding berniaga adalah:

  • Orang makan gaji membina potensi diri dengan mendapat bayaran.
  • Para usahawan pula membina potensi diri dengan mengeluarkan modal atau wang untuk membayar para pekerjanya
Jika megamalkan falsafah membina potensi diri sebagai manusia yang dijadikan Tuhan, sudah pasti kita akan sentiasa bersemangat dan mengharung apa saja cabaran yang dihadapi. Lebih-lebih lagi mereka yang makan gaji yang dibayar sebagai ganjarannya membina potensi diri.
Para usahawan pula yang mengeluarkan wang, bertungkus lumus menyediakan landasan pada mereka yang mahu membina potensi diri sebagai pekerja, sudah tentu lebih layak mendapat ganjaran yang lebih tinggi samada di dunia ini maupun di akhirat kelak.
Hakikatnya samada anda usahawan ataupun pekerja makan gaji, titik akhirnya adalah kita mahu meninggalkan dunia ini dalam keadaan di mana tahap pencapaian kita paling tinggi yang mampu kita capai.
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge