_DSC3374

Kelab HR

Kelab HR ini saya khaskan untuk para pembaca yang sering mengikuti blog hidup ringkas.

Saya namakan sebagai Kelab Usahawan Hidup Ringkas kerana mahu menjadikan kelab ini himpunan kepada kumpulan usahawan yang berusaha meringkas dan mempermudahkan kehidupan manusia.

Kenapa Hidup Ringkas

Kehidupan adalah sebuah perjalanan yang amat pendek. Dalam kita melayari perjalanan di muka bumi ini, tidak ada yang lebih memudahkan perjalanan selain daripada menjalani kehidupan yang paling ringkas semungkin boleh.

Hidup ringkas bukan bermakna ambil ringkas kehidupan, sebaliknya ia membawa maksud melakukan apa yang perlu sahaja bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan dan meninggalkan segala urusan lain yang tidak perlu.

Sama macam kita mengembara di muka bumi ini untuk ke sesuatu destinasi, orang yang bijak hanya akan menyediakan dan membawa bersama apa yang diperlukan sahaja di dalam perjalanan sehingga sampai ke destinasinya.

Jika anda mahu pergi berkhemah di dalam hutan, tak perlulah membawa bersama set TV atau Hometheatre dan juga katil kingsize masuk ke dalam hutan. Hanya mereka yang pelik sahaja akan berbuat begitu. Itulah contoh kenapa kita hidup, perlu buat apa yang perlu saja dan tinggalkan yang selain dari itu.

Jalan terbaik hidup ringkas

Untuk hidup ringkas, jalan terbaik adalah dengan menjadi usahawan.

Menjadi usahawan sebenarnya membolehkan kita mengatur kehidupan berdasarkan keperluan dan cara yang kita selesa. Masa kita tidak terikat dengan kontrak pekerjaan bersama majikan seperti orang yang makan gaji.

Oleh itu menjadi usahawan membuatkan kekangan masa yang perlu diperuntukkan pada majikan dapat dibebaskan.

Bila berniaga pula ada berbagai jenis perniagaan. Setiap perniagaan berbeza dan perlu disesuaikan diri berdasarkan keperluan perniagaan tersebut.

Oleh itu cara hidup ringkas seorang peniaga yang jadi Kontraktor Binaan Kerajaan Kelas A, tidak sama dengan cara kehidupan peniaga barang terbuang atau ‘scrap dealer’.

Asalkan kita buat apa yang diperlukan sahaja dan tinggalkan yang lain demi mencapai kejayaan terhadap apa yang dilakukan, maka itulah cara usahawan hidup ringkas.

Siapa yang boleh turut serta

Kelab Usahawan Hidup Ringkas ini tidak terhad hanya pada mereka yang berniaga sahaja.

Malah kita semua sebenarnya adalah usahawan jika dilihat dari perspektif menyara kehidupan.

Orang makan gaji menjual khidmat, kepakaran dan masanya pada majikan manakala peniaga juga berbuat begitu. Masing-masing ada tanggung jawab yang perlu dilunaskan.

Oleh itu jika anda,

  1. Seorang usahawan
  2. Seorang profesional
  3. Seorang pekerja makan gaji yang ada niat nak jadi usahawan
  4. Seorang makan gaji yang nak membina kerjaya ke peringkat paling tinggi yang boleh
  5. Sesiapa saja yang suka tentang keusahawan…

Anda semua layak menyertai Kelab Usahawan Hidup Ringkas.

Jika anda rasa selesa, suka dan ingin menyertai saya membina rangkaian ahli kelab HR, sila daftarkan diri anda segera.

Ahli akan menerima maklumat untuk memasuki artikel-artikel berpassword (kalau ada) atau panduan-panduan lain yang tak akan disebarkan pada bukan ahli.

Ahli Kelab HR juga akan memdapat maklumat jika ada pertemuan santai usahawan sesama usahawan bagi membincangkan bab-bab perniagaan dan bertukar-tukar pandangan dan juga peluang perniagaan. Maklumat akan dihantar melalui email.

Ahli Kelab juga akan menerima update terkini blog Hidupringkas.com setiap hari selasa setiap minggu. Update hanya dihantar sekali dalam seminggu agar tidak mengganggu anda.

Ok!, kalau anda rasa sesuai dengan Group ini, sila daftarkan diri dengan klik di sini dan masukkan maklumat. Terima Kasih daun keladi, kalau boleh datang baca lagi.

Oleh kerana pendaftaran sering menghadapi masalah, anda yang berminat nak dapatkan info dan artikel terkini boleh subscribe dengan memasukkan email anda pada sidebar kanan atas sekali tu.

Untuk anda yang nak masuk Kelab Usahawan Hidup Ringkas, boleh melakukannya sekarang dengan mohon jadi ahli KUHR┬ádi Facebook. Pastikan anda ada akaun FB… !

49 thoughts on “Kelab HR

  1. Suhad Ahmad

    Salam,

    Blog yang sangat baik.. manfaatnya dunia akhirat, Insya Allah

    Reply
  2. athaariq

    Salam Tuan Shubhi,

    Banyak motivasi, maklumat dan ilmu berguna yang saya dapat dari blog tuan.
    Saya telah mengikuti blog tuan selama hampir setahun sejak saya mula tekad untuk menceburi bidang usahawan.

    Alhamdullillah saya telah pun memulakan perniagaan kiosk makanan dua minggu yang lepas, Kini saya sedang menumpukan kepada aspek pemasaran untuk menarik pengunjung.

    Reply
    1. Shubhi Post author

      Terima kasih sudi menjadi salah seorang pembaca blog ini. Saya doakan moga tuan berjaya, insyaallah !

      Reply
  3. shafiq

    salam,sye ditugaskn oleh sebuah syarikat,utk mencari pekerja,mslh yg sye hadapi,rmai2 local xberminat dgn kerjaya tersebut,nk ambil pekerja asing mmng xboleh,mcm mna sye nk marketing spya dpt pekerja,

    Reply
  4. Rosfan

    Banyak info, tips dan panduan yang saya perolehi dari blog ini. Saya akan daftar sebagai ahli HR. Saya dah merancang untuk menjalankan perniagaan (ternakan) secara part time untuk permulaan sejak 2010. Tetapi belum terlaksana atas faktor pekerjaan. Sekarang, saya tukarkan perancangan tu kepada perniagaan online ke, perkhidmatan ke tapi masih mencari perniagaan yang sesuai. Permulaannya nak buat secara sambilan dulu. Insyaallah kalo ada rezeki tahun depan atau dalam tempoh 5 tahun ni mesti dah mula. Harapan dan perancangannya begitu lah. Oleh itu, saya nak mintak nasihat dan pandangan tuan shubhi dalam perkara ini.

    Reply
    1. Shubhi Post author

      Boleh saja tuan. Email saja segala pertanyaan tuan melalui ruang contact di atas tu. Insyaallah ada kesempatan akan saya balas.

      Reply
  5. S.Rizal

    Assalam Tuan subhi,

    Seingat saya, masa awal penubuhan blog ini, tuan ada tawarkan seminar potensi niaga kepada usahawan baru atau sesiapa yang berminat untuk memulakan perniagaan. Masih ada lagi seminar macam tu? Kalau ada, bila program terbaru yang tuan akan buat?

    Reply
    1. Shubhi Post author

      Mohon maaf saudara S Rizal sebab ambil masa yang amat lama untuk membalas pertanyaan tuan. Untuk makluman saya dah tak berkesempatan untuk anjurkan seminar atau bengkel menilai potensi perniagaan untuk umum disebabkan bebanan kerja yang dah meninggi.

      Insyaallah jika dianjurkan kelak akan saya war-warkan di blog ini.

      Terima kasih atas minat tuan

      Reply
  6. nhcb

    Saya merupakan pengeluar biskut raya home made dan sedang mencari wakil pengedar. Jika anda ingin memulakan perniagaan tetapi tiada produk, boleh sertai saya. Untuk maklumat lanjut boleh email ke: kuihraya2015@gmail.com

    Reply
  7. aishah

    salam..

    sy penjawat awam. rasa dah bosan kerja di pejabat. sy mmg nak berniaga…cuma takut nak mulakan sbb ada hutang bank. boleh ke sy beranikan diri berhenti kerja serta merta…buat bisnes…sambil byr hutang2 yg ada.

    adakah itu langkah bijak? kerana bisnes yg nak buat ni (bisnes makanan atau jahit baju kurung) …saya pun xtahu lagi dpt sambutan yg mcm mana……

    Reply
    1. Shubhi Post author

      W’salam,

      Elok puan buat sedikit perancangan perkiraan pendapatan dan perbelanjaan setiap bulan terlebih dahulu sebelum terus berhenti.

      Tetapkan perniagaan apa yang nak dibuat dan buat persediaan perlahan-lahan.

      Yang pentingnya jangan berhenti untuk berniaga sebab bosan kerja… bahaya, nanti puan akan terkejut dan bosan pula dengan cabaran berniaga.

      Biarlah berhenti kerja sebab yakin apa yang kita mahukan dan sanggup mencabar diri untuk menghadapi segala dugaan sampai berjaya

      Ikhlas,
      Mohd Shubhi

      Reply
    2. nhcb

      Salam. Saya sedang menjalankan perniagaan biskut raya home made dan sedang mencari wakil pengedar untuk memasarkan produk. Kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan tapi tiada produk, boleh join saya. Juga boleh tengok produk di website http://www.kuihraya4u.blogspot.com

      Reply
  8. Jumaeliza Jogeran

    saya baru nak belajar cara2 nak mulakan bisnes kedai makan.. modal minimum yg diperlukan berapa.. harap impian saya menjadi kenyataan. InshaaAllah

    Reply
    1. Shubhi Post author

      Kena jawab banyak soalan terlebih dahulu untuk kira modal minimum. Contoh soalan yg kena jawab adalah, nak berniaga kedai makan apa, kat mana, gerai ke restoran, food court ke kereta sorong. Makanan jenis apa, nasi campur ke, tomyam ke, western food ke,. Siapa nak sediakan makanan tu?, masak sendiri ke, masak kat kedai ke, masak kat rumah dan bawa ke kedai ke, orang masakkan dan hantar ke kedai ke…. dari situ baru boleh jawab berapa modal minimum

      Reply
      1. amin

        maaf mencelah…saya nk berniaga western food dgn pengalaman yg ada semasa kerja di hotel , semua kerja saya nk bt sendiri , beli barang , siap kn barang , jualan ,kata kawan2 saya boleh buat , mereka semua bagi semangat … apa komen Tuan..?

  9. Hafiz

    Salam. Baru join HR tuan. Saya bekerja di Timur Tengah dgn gaji agak lumayan. Tp hati berkeinginan utk menjadi usahawan. Saya skrg sdg merancang pilihan perniagaan… maksimum berapa lama sblm saya decide utk mulakan bisnes dan berapa bulan gaji saya perlu standbykan? Saya nak pohon nasihat dan tunjuk ajar

    Reply
    1. Shubhi Post author

      Ada dua keperluan yg perlu dilihat. Satu keperluan gaji untuk sara hidup tuan dan dua keperluan kos perniagaan itu sendiri. Untuk kos perniagaan, lagi lama syarikat boleh bertahan sehingga ia mampu jana pendapatan melebihi perbelanjaan, lebih bagus. Bergantung pada tuan berapa lama masa yg perlu diambil untuk pastikan perniagaan mula beroperasi pada tahap tersebut. Biasanya tidak kurang dari 6 bulan dan seeloknya setahun. Lagi bagus jika 1 setengah tahun. Untuk kos sara hidup tuan, ia bergantung rapat dengan jangkaan prestasi perniagaan tuan. Moga bermanfaat. Tq

      Reply
  10. Juwita

    Salam Selasa Tuan dan teman2,:-)
    Alhamdulillah. Hari ini saya masih berpeluang untuk kembali menulis di sini.
    Tuan,
    Setiap hari..sejam sehari saya membaca tulisan tuan. Apa yang tuan sarankan saya cuba ikuti satu demi satu. Berhasil atau tidak saya belom punya kepastian namun saya berharap masa akan memperkatakannya suatu hari nanti. Doa saya…semuga tuan akan selalu sihat dan terus menulis.
    Saya sendiri sudah kembali ke gym. Saya tidak berani utk bersenam di taman2 luar sbb trauma dengan kejadian ragut di kawasan taman2 yg terjadi kpd kawan wanita saya. Wanita sekarang kena lebih hati-hati bersenam di luar sana. Orang jahat ada di mana-mana. Jadi saya harap saya juga akan kembali sihat utk lebih fokus kepada kehidupan bahagia dan ringkas. Saya menceburi bisnes kecil-kecilan, namun berdoa ia akan berkembang maju dan akan terus maju.
    Teruslah menulis apa sahaja tips bisnes hebat, tuan. Dan kekallah menulis dalam kesederhanaan. Kerana kesederhanaan itulah membuatkan khalayak lebih ramai tertarik utk membaca tulisan tuan.
    Terima kasih.

    Reply
  11. Juwita

    Tuan, gagal merancang adalah merancang utk gagal. Tidak sedikit kegagalan yang saya alami. Namun, utk saya berpatah balik…tidak mungkin. Saya manusia biasa yg akan terliur juga gaya hidup mewah manusia-manusia lain sekeliling hidup saya. Akhirnya sampai satu titik kehidupan, saya sedar saya selama ini merancang utk menjadi gagal kerana saya gagal merancang hidup saya. Allah maha Besar. Satu pagi saya sendiri bersarapan, blog tuan muncul. Tuan…mohon ilmu dan perkongsian tuan utk menjadi penanda aras saya merancang…LAGI! hidup bukanlah percaturan yg payah. Cuma saya selalu gagal memilih. Semoga perkongsian ilmu ini diberi barakah Illahi. Amin.

    Reply
      1. Azryn Ezray

        langkah 1: saya memperuntukkan waktu sejam dlm sehari utk saya mentelaah artikel tulisan tuan. Membaca dan memahami. Kena faham betul2 apa erti tulisan tuan,supaya saya jelas dan tahu apa langkah demi langkah yg patut saya ambil seiring dgn 24jam 7hari seminggu saya. Kini, sesaat pun penting buat saya. Sedetik pun saya tidak mahu lepaskan tanpa membuat sesuatu yg bermanafaat dlm hidup saya.

  12. noh

    Salam tuan, sudah lama saya x komen dlm ruangan kelab HR nie…alhamdulilah jalan buntu saya sblm ini telah dipermudahkan oleh Allah….skrg saya telah memulakan bisnes vending machine…saya dh lama mintak utk bertemu tuan & menghadiri biz coaching. Pada masa ini saya sgt memerlukn bimbingan & ilmu pengurusan kewangan perniagaan yg teratur memandangkn bisnes nie memerlukn sistem pengurusan kewangan yg efektif. Harap tuan dpt memaklumkn saya jadual kelas di lembah klang (jika ada) & jika tiada harap tuan dpt mempertimbangkn permintaan ini kerana saya percaya ramai ahli kelab yg ingin menghadiri kelas biz coaching ini.

    Reply
  13. mohd effendy

    Assalamualaikum w.b.t & Salam Kenal

    saya fendy dari sarawak….tahun berganti tahun…meletak angan2 nak buat bisnis….tahun baru 2015
    muncul tanpa dapat kita tahan…….sedar tak sedar…..angan2 masih tetap jadi angan2…….mudah2an tahun baru 2015 menjadi titik tolak untuk tidak menoleh ke belakang dan merealisasi angan2 & impian…Insha Allah
    Kunci itulah yg masih dicari………

    Reply
  14. aisyah taha

    Rehanney, org johor bleh jumpa2 lepak2 kalau En Shubhi turun Johor. Homestay saya di Kluang ada…centre of Johor..terbaekkk….

    Reply
  15. aisyah taha

    Assalamualaikum..salam perkenalan..saya seorang penjawat awam yang baru berjinak-jinak dengan membina 2 buah chalet untuk disewakan di Kluang Johor. Terlalu ramai pesaing homestay dan saya berusaha membuat kelainan dengan membina kolam renang kecil. Tiada pengalaman mengenai kolam renang dan sangat susah mencari melayu yang mempunyai kolam renang untuk berkongsi maklumat.Sesiapa yang ada pengalaman dan ilmu mengenai kolam renang bolehlah berkongsi disini..TQVM

    Reply
  16. wan burhanuddin bin wan abd aziz

    saya nak join kelab tuan..

    Reply
  17. mohd fadzli yusof

    Salam perkenalan.

    Saya newbie kat sini. Amat perlukan tip2 perniagaan untuk kembangkan bisnes murah saya. Tqpi saya amat yakin saya akan beroleh keuntungan luar biasa jika fokus.,, In Sya Allah.

    Reply
  18. zainuddin

    Asalamualaikum dan salam kenal ,saya baru mendaftar sebagai ahli kelab.

    Saya sebenarnya masih lagi bekerja dan dlm masa yg sama sedang mengusahakan perniagaan cili boh / giling / kisar secara sambilan. Dalam menghadapi 2 perkara dalam masa yang sama, beberapa isu / kelemahan telah saya kenalpasti namun sehingga kini masih buntu dengan jalan penyelesaiannya :
    1. Kesibukan masa yang terlampau
    2. Ilmu perniagaan yang masih cetek
    3. Pngeluaran produk yg terhad terhadap permintaan sediada walaupun pasaran yang boleh diterokai saya yakini amat-amat meluas
    4. Terus terang saya katakan saya tidak berkemampuan dari segi modal bagi mengatasi masalah pengeluaran justeru perancangan pemasaran saya terbantut
    5. sehingga kini saya tercari-cari mentor untuk membimbing saya dan sudi menerima saya sebagai mentee

    Saya yakin produk keluaran saya mampu bersaing dengan pengeluar terkemuka di pasaran kerana produk keluaran saya dihasilkan 100% asli tanpa bahan pengawet namun dapat bertahan lama.

    Tapi sayang beribu kali sayang sehingga kini halangan2 di atas masih belum dapat saya atasi.

    Diharapkan Tuan Shubhi dapat memberikan penjelasan dan menunjukkan jalan penyelesaian dengan izin ALLAH.

    Terima Kasih

    Reply
    1. Shubhi Post author

      Wa’alaikomsalan tuan,

      Terima kasih sudi kongsikan projek perniagaan tua di sini. Saya cadangkan tuan terjemahkan keseluruhan projek tuan dalam bentuk cash flow bulanan selama setahun, dari situ strategi untuk ke depan lebih mudah untuk dirangka… insyaallah !

      Reply
  19. riezal

    selamat berkenalan..
    saya dari kuantan..saya suka membaca perkongsian en shubhi…
    dah pun daftar sebagai kelab HR…
    boleh en subhi terangkan mengenai bisnes jenis perkhidmatan…
    dari segi perkembangan dan untuk lebih maju..
    terima kasih

    Reply
    1. Shubhi Post author

      Terima kasih reizal!,

      Insyaallah akan cuba saya buat satu artikel khas berkenaan perniagaan jenis perkhidmatan bila ada kelapangan nanti.

      Secara umumnya jenis perkhidmatan lebih mudah utk dimulakan dari segi kos terutamanya berbanding jenis pengeluaran yang memerlukan modal besar. Namun begitu bergantung kepada perkhidmatan apa.

      Reply
  20. Shubhi Post author

    Utk Saudara Mohd Noh…,

    Semua kebimbangan yang tua senaraikan di atas adalah masalah semua orang yang baru menceburkan diri dalam perniagaan.

    Cari jalan bagaimana nak selesaikannya dan cuba buat andaian worst scenario.

    Bila perkara paling buruk berlaku pada tuan, apakah langkah yang perlu tuan lakukan bagi menghadapi perkara tersebut.

    Dengan berbuat begitu, insyaallah tuan akan dapati taklah seteruk mana…Kalau hanya difikirkan dalam fikiran saja kita akan tertekan

    Tapi kalau dicoret atas kertas satu persatu, semuanya akan nampak lebih jelas.

    Reply
  21. Razak

    Salam Tuan,

    Tahniah atas perkongsian ilmu.Saya memang lama nak berniaga ..dah mula pun tapi masalahnya sangat mudah hilang fokus.Sekejap saja bersemangat .Sekarang tengah bincang dgn anak-anak tentang bisnes air.Bagi saya paling mudah dan modal kecil.Apa pendapat tuan?

    Reply
    1. Shubhi Post author

      Saya ada berikan sedikit komen melalui email pada tuan. Terima kasih sudi berhubung.

      Reply
  22. nizamohd

    Asalamualaikum dan salam kenal ,saya baru mendaftar sebagai ahli kelab.Saya amat tertarik dengan penyampaian Tuan dalam blog ini..sangat santai tapi penuh infomasi.jika ada kesudian saya juga mahu duduk berbual semeja dengan Tuan dan ahli-ahli kelab yang telah dan akan berjaya untuk menimba ilmu.terima kasih.

    Reply
    1. Shubhi Post author

      Terima kasijh kerana sudi mendaftar. Buat sementara waktu ini saya agak sibuk travel dan jarang lekat setempat. Bila balik KL, terpaksa selesaikan urusan bisnes pula, jadi tak berapa ada masa untuk anjurkan pertemuan santai minum petang atau breakfast… bila keadaan kembali reda nanti kita akan jemput minum santai sekali sekala…TQ

      Reply
  23. m.noh

    Terima kasih atas response tuan. Saya sebenarnya terlibat dalam bidang pembinaan dalam pemgkhususan bhg “Contract & Procurement Administration”. Secara umum tugas utama saya ialah pengurusan “pre&post kontrak” bagi sesuatu projek bermula drpd proses tender, perolehan & pembayaran. Walaupun setelah hampir 12 tahun berada dlm bidang ini, utk saya membuka ” Construction Comp @ Consultant Firm” adlh tidal menjadi objektif saya kerana saya secara peribadi & prinsipalnya tidak selesa & meminati sistem yg digunapakai di M’sia khususnya dlm sektor pembinaan yg pada pendapat saya banyak terdpat unsur2 negatif yg susah utk saya terangkn di sini..saya juga pernah membuat kerja sambilan utk costing bg tender & sebutharga bg sykt kwn2 mana yg memerlukan. Hasilnya, dalam 10 kes hanya 2 kes shj yg berjaya dapat full payment…( cabut lari dlm construction adlh lumrah) …heee . Akn ttp saya percaya dgn pengetahuan & pengalaman kerja terutamanya dlm bidang pengurusan kontrak & procurement ini akn dpt secara langsung @ tidak langsung membantu apabila saya mula menceburi sesuatu bisnes…Jadi pada masa ini, delima yg saya hadapi ialah utk mencari satu bisnes yg ringkas, simple, modal tdk terlalu besar & kurang berisiko dan paling penting bole terus dilaksankan dlm masa terdekat ini ( tanpa perlu kemahiran & kepakaran yg khusus) dan hasilnya cukuplah dpt menanggung current expenses family sblm saya bole mengorak langkah yg lebih jauh dlm dunia keusahawanan….Nasihat & tunjuk ajar tuan amat saya hargai….wallahulam..terima kasih.

    Reply
    1. Bihi Post author

      Ooo! construction atau kontrak memang telah disenarai hitamkan dari senarai pilihan saya masa tengah cari perniagaan nak dijalankan dulu. Mungkin kita ada sedikit persamaan dari segi itu.

      Apakata tuan mula senaraikan apa saja perniagaan yang terlintas terlebih dulu dan kemudiannya buat tapisan setelah kenal pasti ciri-ciri perniagaan yang sesuai untuk diri tuan..

      Reply
      1. Mohd noh

        Salam & selamat hari raya kpd tuan Admin & semua ahli kelab usahawan hidup ringkas…..baru ade kesempatan menulis slps penat beraya….hee…berkenaan dgn komen tuan sblm ini …saya telah berjaya menyenaraikn bbrp bisnes yg bole saya lakukan, ttp skrg saya masih buntu utk menentukan bisnes mana yg perlu saya laksanakn disebbkn faktor ini 1) kekurangan skill & pengetahuan terperinci mengenai bisnes tersebut 2) kekurangan maklumat terperinci mengenai risiko, resources, sistem perniagaan yg disenraikn wlpun setelah saya buat kajian 3) kerisauan jika saya tidak dapat menampung perbelanjaan bulanan 4) kebimbangan mengenai pengurusan kewangan perniagaan …..memandangkn masa yg saya ade makin singkat mnybbkn saya tertekan & ini secara lgsung menghilangkn fokus saya utk melihat bisnes yg berpontensi….harap tuan dpt memberi nasihat & tunjuk ajar…..selain itu, syrkt tuan tidak ada menyediakn peluang perniagaan francais, affiliate @ vendor kpd ushawan baru….saya merasakn pada peringkat permulaan ini saya masih memerlukn bimbingan dr yg ariff dlm bisnes yg bakal diceburi…wasalam

  24. Mohd Noh

    Salam En.Shubhi,

    Salam perkenalan daripada saya, Mohd Noh kepada kelab HR & alhamdulilah saya juga telah berjaya mendaftar sebagai ahli kelab HR pada hari ini.

    Saya tertarik dengan “falsafah hidup ringkas” yg diamalkn oleh tuan & berminat untuk mencuba mendalaminya kerana saya memang tengah mencari kesimbangan dalam meyusuri kehidupan ini.

    Tambahan lagi pada saat ini saya sedang mengalami saat kesukaran dalam pekerjaan (bakal ditamatkn kontrak pekerjaan pada bulan Sept ni…huuuuu). Saya cuba untuk bertenang & tidak cuba mencari kerja yang baru sbb hati saya kuat mengatakan saya perlu berhijrah menjadi usahawan…

    Tetapi sehingga ke hari ini saya masih pening & tercari-cari bisnes @ jenis perniaagaan yg SELAMAT utk saya ceburi secara pantas @ bidan terjun dlm masa terdekat ini memandangkn skill kemahiran saya amat terhad & khusus pada sesuatu bidang shj. Ramai yg mencadangkan saya cuba mulakan bisnes dlm bidang kemahiran saya..hakikatnya saya tidak menyukai bidang yang saya terlibat ini semenjak dari hari pertama bekerja & desakan untuk mencuba sesuatu yg baru amat kuat.

    Sebarang nasihat, tunjuk ajar @ perkongsian dr tuan & rakan2 ahli kelab HR amatlh saya alu-alukan.

    Hanya Allah sahaja yg mampu membalas dengan sempurna setiap kebaikan hambanya..waallahualam.

    Reply
    1. Bihi Post author

      Terima kasih Tuan sebab sudi mendaftarkan diri. Agak mencabar juga apabila kita tak suka dengan apa yang kita buat, kalau itu dijadikan perniagaan, tentu sukar nak diteruskan dan dijayakan…tapi kenapa tak suka? itu perlu dirungkaikan terlebih dulu, mungkin ada cara untuk sukakannya dan boleh dijadikan perniagaan.

      Lebih mudah buat perniagaan yang kita dah mahir tentangnya daripada buat sesuatu yang kita tak mahir..

      Reply
  25. Rehanney

    Selamat Petang,
    Hi, pertama saya memperkenalkan diri saya sebagai rehan. Saya baru sebulan bace blog hidup ringkas ni, memang ringkas dan padat, best2! Sebelum tu saya nak panggil encik shubhi atau bagaimana ya? nak menjerumuskan diri dalam usahawan perlu berkawan dengan usahawan juga kan, tapi lingkungan kawan saya semua yang makan gaji, agak mencabar sgt la..sekarang saya nk cuba2 berada dalam lingkungan kawan yang berniaga,walau dalam alam maya..ish3,kesian kn..tapi masalah jugak nak join kalab kelab komuniti ni, sebab saya di johor~~~~nk lepak minum teh tarik di shah alam, agak jauh jgk tu….mintak nasihat encik shubhi.
    p/s=sebenarnya dah tak tahan kerja ni..tak berkembang dan mencabar rasanya kehidupan ini.huu

    Reply
    1. Mohd Shubhi Post author

      Maaf Rehan sebab lambat sangat balas komen di atas. Tak kisah jauh atau dekat, kita boleh berhubung melalui email atau forum atau telefon jika perlu. jangan lupa beritahu jika nak ke KL, boleh minum sekejap jika lapang.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *