Kelab Usahawan

Kelab Usahawan Hidup Ringkas (Kelab UHR) ini saya khaskan untuk para pembaca yang sering mengikuti blog hidup ringkas.

Saya namakan sebagai Kelab Usahawan Hidup Ringkas kerana mahu menjadikan kelab ini himpunan kepada kumpulan usahawan yang berusaha meringkas dan mempermudahkan kehidupan manusia.

Kenapa Hidup Ringkas

Kehidupan adalah sebuah perjalanan yang amat pendek. Dalam kita melayari perjalanan di muka bumi ini, tidak ada yang lebih memudahkan perjalanan selain daripada menjalani kehidupan yang paling ringkas semungkin boleh.

Hidup ringkas bukan bermakna ambil ringkas kehidupan, sebaliknya ia membawa maksud melakukan apa yang perlu sahaja bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan dan meninggalkan segala urusan lain yang tidak perlu.

Sama macam kita mengembara di muka bumi ini untuk ke sesuatu destinasi, orang yang bijak hanya akan menyediakan dan membawa bersama apa yang diperlukan sahaja di dalam perjalanan sehingga sampai ke destinasinya.

Jika anda mahu pergi berkhemah di dalam hutan, tak perlulah membawa bersama set TV atau Hometheatre dan juga katil kingsize masuk ke dalam hutan. Hanya mereka yang pelik sahaja akan berbuat begitu. Itulah contoh kenapa kita hidup, perlu buat apa yang perlu saja dan tinggalkan yang selain dari itu.

Jalan terbaik hidup ringkas

Untuk hidup ringkas, jalan terbaik adalah dengan menjadi usahawan.

Menjadi usahawan sebenarnya membolehkan kita mengatur kehidupan berdasarkan keperluan dan cara yang kita selesa. Masa kita tidak terikat dengan kontrak pekerjaan bersama majikan seperti orang yang makan gaji.

Oleh itu menjadi usahawan membuatkan kekangan masa yang perlu diperuntukkan pada majikan dapat dibebaskan.

Bila berniaga pula ada berbagai jenis perniagaan. Setiap perniagaan berbeza dan perlu disesuaikan diri berdasarkan keperluan perniagaan tersebut.

Oleh itu cara hidup ringkas seorang peniaga yang jadi Kontraktor Binaan Kerajaan Kelas A, tidak sama dengan cara kehidupan peniaga barang terbuang atau ‘scrap dealer’.

Asalkan kita buat apa yang diperlukan sahaja dan tinggalkan yang lain demi mencapai kejayaan terhadap apa yang dilakukan, maka itulah cara usahawan hidup ringkas.

Siapa yang boleh turut serta

Kelab Usahawan Hidup Ringkas ini tidak terhad hanya pada mereka yang berniaga sahaja.

Malah kita semua sebenarnya adalah usahawan jika dilihat dari perspektif menyara kehidupan.

Orang makan gaji menjual khidmat, kepakaran dan masanya pada majikan manakala peniaga juga berbuat begitu. Masing-masing ada tanggung jawab yang perlu dilunaskan.

Oleh itu jika anda,

  1. Seorang usahawan
  2. Seorang profesional
  3. Seorang pekerja makan gaji yang ada niat nak jadi usahawan
  4. Seorang makan gaji yang nak membina kerjaya ke peringkat paling tinggi yang boleh
  5. Sesiapa saja yang suka tentang keusahawan…

Anda semua layak menyertai Kelab Usahawan Hidup Ringkas.

Jika anda rasa selesa, suka dan ingin menyertai saya membina rangkaian ahli kelab HR, sila daftarkan diri anda segera.

Ahli akan menerima maklumat untuk memasuki artikel-artikel berpassword (kalau ada) atau panduan-panduan lain yang tak akan disebarkan pada bukan ahli.

Ahli Kelab HR juga akan memdapat maklumat jika ada pertemuan santai usahawan sesama usahawan bagi membincangkan bab-bab perniagaan dan bertukar-tukar pandangan dan juga peluang perniagaan. Maklumat akan dihantar melalui email.

Ahli Kelab juga akan menerima update terkini blog Hidupringkas.com setiap hari selasa setiap minggu. Update hanya dihantar sekali dalam seminggu agar tidak mengganggu anda.

Ok!, kalau anda rasa sesuai dengan Group ini, sila daftarkan diri dengan klik di sini dan masukkan maklumat. Terima Kasih daun keladi, kalau boleh datang baca lagi.

Oleh kerana pendaftaran sering menghadapi masalah, anda yang berminat nak dapatkan info dan artikel terkini boleh subscribe dengan memasukkan email anda pada sidebar kanan atas sekali tu.

Untuk anda yang nak masuk Kelab Usahawan Hidup Ringkas, boleh melakukannya sekarang dengan mohon jadi ahli KUHR di Facebook.

Pastikan anda ada akaun FB… !

3 thoughts on “Kelab Usahawan

  1. Mohd Azrai Sujana

    Saya dah click utk join. Harap kita berjumpa.

    Reply
  2. wani

    Hi in buat business secara Kecil kecilan.i nak idea mcm create fb page Dan training ye. Says Sedia bayar ye. Boles tolong ye.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *