‘Jom minum’: Santai usahawan esok

By | 25/01/2013

Buat mereka yang berminat, esok dijemput untuk turut sama bersarapan pada pukul 10.30 pagi bertempat di Kedai Kopi berdekatan Tasik Shah Alam.

Sesiapa saja boleh turut serta tak kira samada dah berniaga atau baru nak berniaga atau masih lagi tak jumpa nak berniaga apa.

Sebagaimana yang saya telah rancangkan pertemuan ‘Jom Minum’ ini akan diadakan sebulan sekali buat mereka yang berminat untuk menjalankan aktiviti membina jaringan usahawan.

Perhatian pada peniaga restoran!!!

Jika ada dari kalangan para pembaca yang menjalankan perniagaan restoran, saya alu-alukan untuk menawarkan restoran mereka sebagai lokasi pada pertemuan-pertemuan yang seterusnya. Di samping dapat turut sama berkenalan dengan para usahawan lain, anda dapat memperkenalkan restoran pada pembaca blog ini.

Sila nyatakan alamat restoran anda di ruang komen di bawah dan berikan no untuk dihubungi jika restoran anda dipilih untuk perjumpaan seterusnya.

Jangan lupa esok ! sesiapa saja boleh turut serta tiada had bilangan penyertaan…kalau tak ada orang lainpun saya akan tetap bersarapan dan minum di situ esok pagi…Insyallah

Author: Shubhi

Penulis merupakan seorang usahawan. Memiliki beberapa syarikat sendiri dan perkongsian dan diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Selesa dengan gaya hidup yang sederhana dan ringkas. Selain menulis dan membaca penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui program HR Biz Coaching. Jika anda ingin berbual dan ajak penulis minum kopi O, sila whatassp ke 013-3360807

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge