Sebelum menilai potensi perniagaan, kita perlu terlebih dahulu mempunyai idea perniagaan.

Apakah idea perniagaan yang ada dalam kepala anda sekarang?

Untuk mencari idea perniagaan sebenarnya terlalu mudah.

Masalah orang ramai yang sering berkata tak ada idea perniagaan sebenarnya bukan tak ada idea. Ada terlalu banyak idea perniagaan kat depan mata, dalam buku, Google dan sebagainya.

Jadi, masalah sebenarnya adalah, pening kepala nak pilih idea yang mana satu.

Oleh itu, masalah sebenar yang perlu anda fikirkan, adalah bagaimana nak menilai potensi perniagaan.

Anda perlu ada satu teknik yang mudah dan berkesan untuk membuat saringan kesemua idea perniagaan yang ada dalam kepala.

Tentukan samada ianya berpotensi ataupun tidak ada potensi.

Ramai orang yang menyimpan idea perniagaan dalam kepala dan tidak pernah ambil masa untuk mengkajinya secara mendalam.

Kalau adapun yang buat kajian, caranya mungkin tidak betul.

Akibatnya perniagaan yang anda rasa hebat dan bakal menjadikan anda seorang usahawan hebat, menggantikan Robert Kwok atau Ananda Krishnan atau Syed Mokhtar Al- Bukhari, hanyalah sekadar syok sendiri.

Petua mudah untuk menilai potensi perniagaan

Dalam artikel yang saya tulis sebelum ini berkenaan erti perniagaan yang bertajuk ‘ Tahukah anda apa makna perniagaan ‘, ada menceritakan berkenaan satu-satunya buku yang anda perlu baca untuk mendapatkan kefahaman asas yang mencukupi sebagai seorang businessman.

Perkongsian kali ini dalam menentukan potensi perniagaan yang ingin anda jalankan, saya ambil daripada buku yang saya sebutkan dalam artikel tersebut.

Mungkin ini akan menggalakkan anda untuk mendapatkan buku yang saya rahsiakan dalam artikel yang lalu.

“Nota: kalau nak tahu tajuk buku itu, sila baca artikel Makna Perniagaan sebelum ini

Berikut 10 cara menilai potensi perniagaan yang diberikan oleh penulis buku itu:

  1. Desakan – Berapa kuat keinginan pelanggan atau pasaran dalam mendapatkan perniagaan tersebut sekarang. Kalau filem terbaru seperti KL Gengster 2 mungkin desakan untuk mendapatkannya adalah jauh lebih tinggi daripada filem KL Gangster pertama dulu.
  2. Saiz pasaran – Ini mudah untuk difahami. Jika anda menjalankan perniagaan kedai runcit di Pulau Kapas, anda sengaja mencari alasan untuk duduk dalam kedai lena atau baca buku sehari suntuk.
  3. Potensi harga – Berapa agaknya pelanggan sanggup bayar untuk produk atau khidmat yang ditawarkan. Jika anda jual air di padang pasir, harganya tentu mahal berbanding jual air mineral di R&R Plus
  4. Kos untuk mendapatkan pelanggan – Berapa kos yang perlu dikeluarkan untuk mendapatkan pelanggan yang disasarkan. Perlu pertimbangkan kos dalam bentuk wang dan usaha untuk membawa pelanggan datang mendapatkan apa yang ditawarkan oleh perniagaan anda. Kalau penghampar kain dan longgokkan barangan di pusat lalu lalang orang ramai mungkin kosnya rendah jika anda bersedia untuk lari dengan pantas bila penguatkuasa majlis datang.
  5. Kos untuk mengadakan dan berikan pada pelanggan – Perlu dikira dari proses awal pelanggan bersetuju nak beli bagaimana anda akan laksanakan janji itu dan berapa kosnya sehingga barang sampai pada pelanggan. Contohnya adakah perlu dibuat kilang terlebih dulu dan lain-lain.
  6. Tahap unik produk atau perkhidmatan anda – Apakah ramai pesaing dalam pasaran seperti kedai telefon bimbit atau aksesorinya atau adakah anda sahaja yang buat seperti TNB
  7. Kepantasan – Berapa cepat anda boleh sampaikan pada pelanggan sejak mula keluarnya idea dalam kepala sehinggalah terbina perniagaan dan mula tawarkan pada pelanggan. Lagi cepat lagi bagus.
  8. Berapa tinggi pelaburan mula – Apakah anda perlu keluarkan wang modal yang besar sebelum boleh tawarkan perniagaan anda atau bila keluar idea hari ini, esok terus boleh mula berniaga seperti khidmat picit kepala rumah ke rumah!.
  9. Potensi produk belakang pintu – Adakah produk atau perkhidmatan yang ditawarkan boleh dipasangkan dengan produk atau khidmat lain yang berkaitan. Contohnya bila anda jual telefon bimbit, anda boleh tawarkan pula cover kulit asli.
  10. Tahap lapuk – Bagaimana produk anda berfungsi. Adakah ianya perlukan pembuatan sekali sahaja dan boleh terus dijual tak habis-habis atau kena buat kerja tak habis-habis setiap kali ada pelanggan. Contohnya perniagaan yang tak lapuk adalah buat buku. Sekali buat terus jual dan bila meletup anda hanya perlu cetak semula dan jual lagi dan cetak lagi dan jual lagi…

Petuanya adalah, berikan nilai antara 1 hingga 10 untuk setiap kreteria di atas.

1 menggambarkan paling teruk dan 10 paling bagus.

Jika jumlah keseluruhan skor adalah melebihi 75, segera laksanakan perniagaan itu kerana potensi perniagaan yang anda nilaikan itu terlalu baik!.

Kalau jumlah skor dibawah 50, fikirkan semula idea perniagaan yang anda nak buat itu.

Selamat menilai potensi perniagaan anda!

Total
14
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

14 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge