10 kata-kata hikmat untuk usahawan

By | 19/10/2015

kata-kata nasihatAda banyak kata-kata hikmat yang memberikan sumber inspirasi pada saya sebagai seorang usahawan.

Saya yakin 10 kata-kata hikmat ini juga dapat memberikan sumber inspirasi pada anda yang menjadikan keusahawanan sebagai gaya hidup.

Jadi, saya kongsikan kat sini khas untuk diri saya sendiri, dan untuk anda juga yang sedang membaca artikel ini.

Kata-kata hikmat #1

” You are the average of the 5 people you hang around with “

Kata-kata hikmat ini rasanya ramai yan dah pernah dengar. Kalau anda belum pernah dengar ayat ini, sekarang anda dah tahu tentangnya dan boleh cuba amalkannya.

Fikirkan 5 atau 6 orang kawan atau kenalan yang anda sering bersama. Siapa mereka ?, di mana kedudukan mereka ? bagaimana sikap mereka ?

Cuba fikirkan masak-masak dan buat analisa secara jujur.

Apakah mereka lebih berjaya daripada anda dan dapat membantu anda belajar perkara-perkara baru yang mendatangkan manfaat terhadap matlamat anda.

Jika 5 atau 6 orang yang sering anda berjumpa dan bersama tak masuk dalam kategori tersebut, ertinya sudah tiba masanya untuk anda tukar dengan kumpulan lain secara perlahan-lahan.

Berusahalah untuk mencari mereka samada secara offline mahupun secara online. Bina hubungan dan kerap bersama mereka.

Lebih kerap anda bertemu, berhubungan dan bertukar fikiran dengan orang-orang yang berjaya, maka lebih hampir dan mudah untuk anda turut sama menempah kejayaan.

Kata-kata hikmat #2

” The new sources of power is not money in a the hands of a few, but information in the hands of many “

Kehebatan dan kekuasaan bukan lagi ada pada orang yang punya banyak duit dalam simpanan mereka. Sebaliknya, kekuasaan berterabur dalam bentuk maklumat yang diketahui oleh ramai orang.

Ringkasannya adalah bahawa dalam dunia teknologi maklumat sekarang ini, wang saja bukan lagi menjadi faktor kepada kekuasaan. Kekuasaan dan kehebatan ada pada maklumat. Bagaimana kita mendapatkan dan meliat maklumat.

Dan maklumat pula terlalu banyak dipegang dan disimpan oleh berbagai orang di seluruh dunia sekarang ini. Maklumat juga dapat dikongsikan sekelip mata dan mampu disebarkan di seluruh pelusuk dunia.

Kata-kata ini adalah petikan daripada John Naisbitt, seorang penulis dan penceramah dalam sains masa depan yang hebat dilahirkan pada tahun 1929. Bukunya yang amat terkenal bertajuk Megatrend diterbitkan pada tahun 1982 amat terkenal di seluruh dunia.

Kata-kata tersebut boleh membawa erti, orang yang berupaya mengumpul maklumat sebanyak mungkin dari sumber-sumber yang sahih dan boleh dipercayai mampu menjadi hebat dan berkuasa. Asalkan dia sanggup membuat analisa yang baik terhadap segala maklumat yang didapatinya.

Untuk mengamalkan kata-kata hikmat ini, anda perlu sentiasa membina jaringan sekerap mungkin. Kumpulkan sebanyak mungkin maklumat yang berkenaan dengan industri yang sedang anda ceburi.

Jalin perhubungan dengan mereka yang punya pengaruh, juga dengan rakan-rakan dalam industri yang sama, juga dengan rakan-rakan usahawan dalam industri yang berbeza.

Aktif juga bersama dengan masyarakat setempat dan tidak lupa juga sentiasa berhubungan dengan kawan-kawan samada lama atau baru.

Dan jangan lupa maklumat daripada teknologi internet yang terlalu banyak sekarang ini. Anda hanya perlu bertanya pada google untuk mendapatkan jutaan maklumat yang berguna.

Sediakan diri untuk mampu belajar maklumat, teknologi dan perkara baru dengan cekap dan pantas.

Kata-kata hikmat #3

” If you’re not embarrassed by you first product, you’he launched too late “

Ayat ini memang ada banyak kebenarannya terutamanya jika anda mahu menjadi seorang usahawan.

Ramai orang yang terlalu idealistik. Mereka mahu produk yang terlalu sempurna sebelum memulakan perniagaan.

Untuk sempurnakan sesuatu produk, memang perlukan masa, duit dan kerahan tenaga yang banyak dan tidak ada orang yang mampu sediakan kesemua tersebut.

Oleh itu terima hakikat bahawa segalanya bermula dari bawah. Sedikit demi sedikit naik ke atas menempuh satu perjalanan yang amat panjang.

Jadilah seorang yang realistik. Asalkan sesuatu produk itu boleh diterima dalam keadaan minimum yang termampu, lancarkannya segera dan tak perlu tunggu sehingga anda boleh merasa bangga dengan produk yang anda keluarkan.

Kata-kata hikmat #4

” Ready, Fire, Aim “

Kata-kata hikmat ini memang menjadi salah satu kegemaran dan amalan saya ketika mahu memulakan perniagaan. Ianya lebih kurang sama dengan ayat di atas tadi.

Jangan pula terus tembak tak tentu hala dan membuang tenaga. Sebab itu perkataan ‘ready’ di atas tu penting. Ertinya bersedia terlebih dahulu menghadapi sasaran dan kemudiannya jangan fikir banyak untuk membidik.

Terus tembak, dan mula membidik hasil dari tembakan pertama tadi untuk menemui sasaran.

Kata-kata hikmat #5

” You become what you think about “

Ramai orang pernah dengar ayat ini dan ramai juga orang yang dikatakan menyebutkan ayat yang sama.

Walau siapapun sebenarnya yang menyebut ayat ini, ianya memang tepat sekali.

Oleh itu pilihlah, dan impikan serta bayangkan apa yang anda ingin jadi. Bergerak dan berusaha ke arah itu sehingga anda semakin dekat menghampirinya.

Semakin jelas bayangan yang anda nampak dalam fikiran anda, semakin hampir anda merealisasikannya.

Justeru itu, amat penting dengan siapa anda bergaul, buku apa yang anda baca, maklumat apa yang anda tapis masuk ke dalam minda. Ia membantu anda membetulkan fikiran dan menyempurnakan bayangan yang anda lihat dalam kepala.

Kata-kata hikmat #6

 “The best time to plant a tree was 20 years ago. The second best time is now.”

Kata-kata di atas adalah peribahasa China yang amat menarik untuk kita faham dan amalkannya segera.

Jika anda nak jadi seorang usahawan, saya boleh ulang kata-kata yang sama seperti berikut:

” The best time to start a business is 7 years ago. The second best time in NOW ! “

7 tahun adalah masa yang diperlukan untuk menstabilkan sesebuah perniagaan secara umumnya.Sebab itu saya katakan 7 tahun untuk berniaga.

Bagi anda yang nak jadi usahawan, jangan berlengah lagi dengan berbagai alasan. Sama macam ayat no. 3 dan no. 4 di atas tadi.

Kata-kata hikmat #7

“When everything seems to be going against you, remember that the airplane takes off against the wind, not with it.”

Kata-kata di atas disebut oleh Henry Ford.

Kalau asyik cari alasan demi alasan untuk menyahkan rasa bersalah dan kegagalan anda, tak akan ke mana.

Memang semua kejayaan dihalang oleh berbagai rintangan. Dan rintangan itulah yang perlu digunakan untuk menaikkan diri anda.

Hadapilah segala rintangan, cari jalan dan selesaikannya satu persatu, sehinggalah anda dapat melonjakkan diri naik ke atas.

Kata-kata hikmat #8

“If you’re not a risk taker, you should get the hell out of business.”

Memag agak keras kata-kata dari Ray Kroc, pengasas McDonald’s di atas tu.

Tapi itulah hakikatnya. Kalau tunggu segalanya sempurna tiada risiko, anda memang hanya sesuai untuk terus hidup dengan jadi pemakan gaji yang tegar.

Namun itulah yang sering dijadikan alasan oleh semua orang yang selesa makan gaji dari terjun menjadi seorang usahawan. Takut tak makan lah, takut susah, takut gagal, takut itu dan takut ini….

Kata-kata hikmat #9

“It does not matter how slowly you go as long as you do not stop.”

Kata-kata dari Confusius ini juga amat bermakna.

Kehidupan dan juga kejayaan bukanlah satu perlumbaan antara anda denan orang lain. Ia lebih kepada perubahan terhadap diri anda sendiri.

Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam. Ukur perubahan terhadap diri sendiri. Tak kisah samada cepat atau lambat.

Jangan nak kejar rakan anda yang dah ada kereta besar, syarikat berjaya, wang jutaan ringgit dan sebagainya. Anda bukan berlumba dengan dia.

Berusaha dan terus berusaha, yang penting anda tidak berhenti daripada berusaha sehingga jaya.

Kata-kata hikmat #10

“Do not be embarrassed by your failures, learn from them and start again.”

Kata-kata ini saya petik daripada Richard Branson, pengasas Virgin Group.

Saya tahu ramai yang dah kecundang dalam perniagaan dan terpaksa cari jalan lain untuk terus hidup menyara kehidupan.

Tak perlu malu dengan kegagalan yang telah anda lalui. Yang penting belajar kesilapan dan kegagalan tersebut dan buat sekali lagi dengan cara berbeza.

Kata-kata hikmat Bonus

Saya akhiri dengan Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 268 berikut:

” Syaitan itu menjanjikan kamu dengan kemiskinan dan kepapaan dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedang Allah menjanjikan kamu keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. “

Ayat di atas mesti kita pegang degngan erat. Percayalah akan limpah kurnia Allah yang maha luas. Allah akan pasti memberikan anda kurniaan yang banyak dan melimpah ruah.

Tak perlu takut dengan bisikan syaitan yang menakut-nakutkan anda dengan kesusahan dan kemiskinan atau kegagalan.

Buat pelaburan, samada wang atau masa serta tenaga untuk membina kejayaan yang lebih tinggi. Tak perlu takut rugi, tak perlu risau mati kebuluran.

Asalkan ianya menuju kepada kebaikan, yakinlah benar-benar pada limpah kurniaan Allah. Berusahalah dan bersabar dengan penuh istiqamah.

Kata-kata hikmat super bonus

Saya tambah satu lagi Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 177 untuk renungan kita bersama seperti berikut:

” Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi;

dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, – kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi;

dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat;

dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian;

dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil, mereka itulah orang-orang yang benar dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa. “
[Quran 2:177]

Ayat-ayat di atas untuk kita ambil iktibar apakah maksud sebenar perkara kebaikan yang perlu kita amalkan.

Dalam menjalankan perniagaan, tidak boleh tidak kita pasti menghadapi berbagai masalah terutamanya kesempitan duit untuk menjayakan perniagaan kita.

Ketika itu, usahawan perlu bersabar dan tetap berusaha menyelesaikan segalanya dengan memilih jalan yang halal dan lurus.

Kesabaran itu juga merupakan satu kebaikan dan hasilnya akan pulang balik pada usahawan apabila apa yang diusahakannya berjaya.

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

10 thoughts on “10 kata-kata hikmat untuk usahawan

  1. nor hazmira

    Waktu masih bekerja, saya selalu gunakan alasan tiada masa utk bisnes.. sedangkan byk peluang bisnes yang saya boleh cuba..

    Sebab saya takut gagal, dan buang masa dan duit.

    Bila saya sudah tidak bekerja, bisnes dimulakan secara sifar.. tapi banyak idea dan ilmu datang mencurah.. terutama bila ‘big why’ telah jelas depan mata…
    nor hazmira recently posted…Bahaya Asid Amino dan Protein Yang Tak Cukup Dalam TubuhMy Profile

    Reply
  2. Gambir Emas

    “It does not matter how slowly you go as long as you do not stop.” Yeah, bergeraklah asalkan jangan berhenti. Dan saya juga teringat kata2 seorang kawan, kalau buat sesuatu jangan terlalu bersemangat atau eksaited, tapi berpada-pada dengan kemampuan diri risau akan berhenti di tengah jalan jika hilang motivasi atau tiada panduan. Chaiyook, jom jadi usajawan yang kaya dan berjaya dunia akhirat 🙂
    Gambir Emas recently posted…Gel Gambir Emas Untuk Kebahagiaan Rumah TanggaMy Profile

    Reply
  3. pojokshare

    ” The new sources of power is not money in a the hands of a few, but information in the hands of many <<< ini kata-kata hikmat yang saya suka 😀

    Reply
  4. Rosfan

    Kata-kata semangat yang baik dan meningkatkan lagi semangat saya. Insyaallah saya nak sertai komuniti HR.

    Reply
  5. Nazrimi

    SubhanaLLah..
    kata2 hikmat bonus dan super bonus yang paling terkesan..
    terima kasih Tuan Bihi di atas kata2 peransang buat usahawan dan bakal2 ushawan semua..

    Reply
  6. Razak

    Assalamualaikum Tuan,

    Terima kasih atas perkongsian.Artikel yang amat menarik.Saya pun salah seorang yang tengah buat bisnes kecil-kecilan tapi orang yang amat tidak membantu ialah isteri saya.Mula – mula saya marah ,sedih dan kecewa tapi lama lama baru saya tahu dan simpati sebab PENGALAMAN yang dilalui masa kecil.Selalu kena tinggal sampai malam-malam sebab ayah beliau berniaga jual keropok dan air.Makan minum,kerja sekolah sendiri buat.Bila dah kahwin dia tak nak dah kalau boleh tak mau buat macam tu kat anak – anak.
    Tapi saya jawab balik.Hidup ini ada timbal balik.Kalau ayah tak buat macam tu tak merasalah awak adik beradik duduk di rumah kampung besar dan luas macam ni yang CUMA 3 KM DARI BANDAR.Jual keropok tapi mampu beli tanah seekar.
    Yang tak berapa sedapnya pengalaman beliau sendiri.Namun dia tetap bertegas . Alahai..habis macamana Tuan.Habis idea dah nak kembalikan semangat untuk berniaga dalam diri.Nak pakai kata – kata semangat dari orang lain pula kot..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge