10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil

By | 13/03/2013
urban-monkeys-1500x1000Kesilapan-kesilapan berikut merupakan kesilapan utama yang umum yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan dan pemilik perniagaan kecil.

Elok semua peniaga kecil senaraikannya dan tanda samada anda ada melakukan 10 kesilapan utama ini atau tidak.

Bagi mereka yang belum berniaga pula dan punyai rakan di kalangan peniaga kecil, perhatikan samada kawan anda itu ada memiliki satu atau lebih daripada kesilapan yang disenaraikan di bawah.

Jika ada, apa salahnya tegur agar kawan anda berjaya.

Senarai 10 kesilapan utama

  1. Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya. Jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja. Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan. Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda.
  2. Tiada Pelan PemasaranPelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihak sasaran. Ia menjadi daya tarik pelanggan terhadap anda! Terdapat lebih dari 25 cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos. Perlaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan.
  3. Tidak mengenali pelanggan anda. Perubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan persaing akan mempengaruhi perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk ataupun perkhidmatan tersebut.
  4. Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat. Walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut.
  5. Tidak peduli tentang kakitangan. Salah satu cabaran yang paling sukar bagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat boleh musnah dengan segera!
  6. Keliru tentang kemungkinan dengan realiti. Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.
  7. Tiada pelan penjualan. Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda. Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.
  8. Penyendiri. Anda mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama. Anda perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka.
  9. Tiada ‘Mastermind’Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor! Bagi mereka yang mempunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluarga atau sahabat yang anda percayai. Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah, kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka. Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif.
  10. Berputus AsaKebanyakkan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Oleh itu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan berputus asa dan menderita
Jadikan senarai di atas sebagai panduan untuk melonjakkan diri anda ke tahap yang lebih baik. Selamat berjaya. Insyallah.

3 thoughts on “10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil

  1. Zaini

    Nak cepat kaya. Biar untung sikit, jangan untung tinggi sekali lepas tu tak untung2 dah.

    Sekadar pandangan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge