10 langkah membina keyakinan berniaga

By | 21/06/2013
bagaimana nak yakin berniaga

Jika anda nak berniaga, dan mahu berjaya dalam perniagaan, anda perlu membina keyakinan berniaga.

Jika anda memang minat nak berniaga, tetapi dilanda ketakutan dan rasa tak yakin untuk berniaga, mungkin artikel ini dapat membantu.

Membina keyakinan berniaga perlu untuk membuatkan anda terus bergerak menuju matlamat yang telah ditetapkan.

Bayangkan lompatan merentasi parit yang dalam yang perlu dilakukan. Jika seseorang itu yakin, dia akan ambil lajak dan terus melakukan lompatan.

Sebaliknya, jika tiada keyakinan, kita akan teragak-agak samada mahu terus lompat atau tidak. Dalam keadaan ragu itu, jika kita mula ambil lajak untuk membuat lompatan, kemungkinan akan berhenti di saat-saat akhir amat besar.

Apa yang lebih bahaya lagi adalah kebiasaannya, lompatan yang digagahi juga, mampu membuatkan anda terperosok masuk ke dalam parit!.

Oleh itu jangan pandang remeh untuk membina keyakinan berniaga dalam proses menjadi usahawan. Berusahalah dengan apa cara sekalipun untuk mendapatkan keyakinan sebelum terjun menjadi usahawan.

Bagaimana anda dapat membina keyakinan berniaga untuk meneruskan hasrat menjadi usahawan dan mula berniaga?

Berikut 10 langkah membina keyakinan berniaga untuk anda fikirkan:

  1. Jelas dengan tujuan menjadi usahawan. Matlamat perlu jelas dan terang. Tak kisah samada anda mahu jadi jutawan, mahu jadi taikun hartanah, mahu jadi juara trading, mahu jadi jutawan senyap, atau mahu membina empayar jenama anda sendiri atau apa-apa saja. Yang perntingnya ia perlu jelas sejelas kristal!.
  2. Terima kenyataan bahawa semua yang anda akan lakukan adalah satu proses. Menjadi orang yang lebih baik daripada apa yang anda ada sekarang merupakan satu proses. Tak ada orang hari ini mula berniaga, keesokan harinya terus pandai dan berjaya. Bersedialah menghadapi laluan proses yang naik dan turun, tenang dan ribut dan berbagai rencam lagi. Fokus untuk belajar dari apa saja yang bakal dilalui sehingga matlamat tercapai.
  3. Bakar jambatan. Ingat bahawa sekali anda merentasi jambatan ke seberang sana, jambatan tersebut perlulah dibakar untuk diri anda. Tiada lagi ‘patah balik’, buang perkataan itu terus daripada kamus. Pandang ke depan dan berikan tumpuan pada matlamat.
  4. Tetapkan matlamat yang berpadanan. Matlamat mesti sesuai dan mampu untuk dilaksanakan berdasarkan apa yang anda rasa logik. Memang tidak mustahil untuk sasarkan kejayaan mengalahkan Ananda Krishnan, tetapi kalahkan terlebih dulu taukeh kedai runcit di kampung anda.
  5. Jangkakan cemuhan. Terima kenyataan bukan semua orang akan terima kita dan apa yang akan kita buat. Malah jumlah mereka yang menghina atau menolak jauh lebih besar daripada yang menerima baik usaha kita.
  6. Korbankan ego diri anda seadanya. banyak orang akan berkata, aku memang begitu atau begini, memang semua orang kata begitu dan mustahil untuk berubah. Manusia sentiasa boleh berubah asalkan ada usaha. Malah perwatakan, sifat dan lain-lain lagi mampu diubah dengan usaha dan keazaman. Sesuaikan diri dengan keadaan dan sanggup berubah perlu untuk menempa kejayaan.
  7. Jiwa biar dipertengahan. Jangan terlalu rendah diri sampai orang terus tak yakin dan jangan terlalu tinggi diri sampai pandang rendah keupayaan orang lain. Seimbangkan kekuatan jiwa dan beri perhatian pada cara anda berkomunikasi dengan diri anda sendiri.
  8. Terima pujian ala kadar. Bila anda dipuji jangan berbangga dan jangan pula terlalu merendah sampai orang meluat. Berada di pertengahan memberikan ruang untuk anda meningkatkan lagi usaha dan membuatkan orang lebih selesa.
  9. Berhati-hati dengan orang yang mampu pengaruhi diri. Mula pilih dengan siapa anda habiskan masa dan minta nasihat. Contohnya, jangan minta nasihat atau galakan daripada kawan yang makan gaji sedangkan anda mahu jadi usahawan.
  10. Bangun semula bila tersembam. Perkara biasa apabila perkongsian cita-cita menjadi usahawan dengan orang lain disembut dengan ejekan atau penolakan yang teruk. Begitu juga cubaan memulakan sesuatu transaksi berniaga berakhir dengan kegagalan teruk. Relak, tenang dan cari pengajaran di sebalik runtuhan impian tersebut.
Setelah membaca cadangan di atas, tentu ada yang akan berkata, cakap memang senang, nak amalkan apa yang dicakapkan di atas tu bukannya mudah.
Memang betul kata-kata itu, tak ada perkara yang mudah. Semuanya memerlukan latihan. Ingat bahawa kejayaan adalah satu proses membentuk tabiat yang positif yang mampu mengubah cara kita berfikir dan bertindak.
Apa yang kita buat tidak penting dalam proses membentuk tabiat tersebut, yang pentingnya adalah proses tu sendiri. Apa yang diutarakan dia atas merupakan proses membentuk tabiat bagi membina keyakinan berniaga. Bila kita dah ada tabiat berjaya, buatlah apa saja, insyallah akan berjaya!
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

16 thoughts on “10 langkah membina keyakinan berniaga

  1. Akmal Aizat

    Terbaik! Sy skrg buat bisnes herba. Sebelum ni buat macam-macam tapi berapa ok. Skrg nampak ada sambutan. Sebab tuan Shubhi pernah buat artikel tentang fokus 1 bidang shj, jgn nak buat semua sekaligus,nti haru biru. hihi mmg betul. =)

    Reply
  2. azwan

    terima kasih atas perkongsian yang hebat ni. memang saya akan hadam semua ni

    Reply
  3. Umi Nazrah

    berniaga ni best sebenarnya. tambah best bila dapat bantu orang, bantu selesaikan masalah orang. gembira je rasa yg tak mampu nak dibayangkan.

    Reply
  4. Popo

    Dahulu saya pun tidak reti menerima pujian sehinggalah suatu hari saya belajar cara yang betul iaitu senyum dan cakap terima kasih. Ringkas sekali. Tdak perlu tokok tambah dan tidak perlu merendah diri tetapi jangan lupa ingat dan sebut orang yang turut sama membantu anda mendapat/mencapai apa yang dipuji itu kiranya ada…

    Fauzan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge