10 negara paling ramai billionaire!

By | 04/02/2013

Peniaga kecil

Ketika mula berniaga dulu, untuk mendapatkan hasil jualan sebanyak RM10 ribu sebulan kelihatan seperti sesuatu yang terlalu sukar untuk dicapai. Bila diletakkan sasaran dan kerahkan segala sumber yang ada untuk jayakannya, akhirnya dapat juga. Jumlah puluhan ribu akhirnya jadi perkara biasa.

Kemudiannya nilai ratusan ribu pula menjadi sasaran. Bagi peniaga kecil-kecilan macam saya keupayaan mendapatkan jumlah jualan sebanyak RM300 ribu ke RM500 ribu sebulan merupakan perkara hebat. Apatah lagi jika perniagaan yang dijalankan adalah jenis perkhidmatan.
Untuk mendapatkan hasil sebegitu, organisasi semestinya lebih besar dan tersusun dan pengurusan juga perlu mantap. Di peringkat ini, kesungguhan dan perhatian terperinci pada segenap transaksi perniagaan bakal menentukan kejayaan syarikat. Ringkasnya otak pemilik akan mula ligat dan berserabut.
Peniaga Sederhana
Jika jualan syarikat anda dalam sekitar RM500 ribu ke RM1 juta sebulan, bermakna jumlah jualan tahunan adalah dalam lingkungan RM6 juta ke RM12 juta setahun. Bukan mudah untuk sampai ke tahap ini jika anda bermula dari kosong. Tidak hairanlah mereka yang mampu sampai ke tahap sebegini tidak ramai.
Seorang kawan yang menjalankan perniagaan jual kereta mencatatkan hasil jualan sebanyak RM80 juta setahun. Ini bermakna jualan bulanannya adalah dalam lingkungan RM6 ke RM7 juta sebulan. Dan untuk mencapai tahap tersebut, dia memerlukan lebih daripada 50 orang jurujual untuk memastikan jentera perniagaannya terus berputar.
Jika anda berangan-angan untuk mencecah jualan puluhan juta setahun dengan hanya mempunyai 2 orang jurujual, elok fikirkan semula strategi perniagaan anda tersebut. Begitulah sedikit sebanyak gambaran beberapa scenario jualan dalam dunia perniagaan. Ia bukanlah sesuatu yang mudah!
Peniaga Besar
Untuk menjadikan diri anda seorang billionaire, perniagaan anda juga mestilah mencecah angka berbilion-billion. Anda perlukan jualan RM84 juta sebulan untuk mencecah jualan tahunan kepada RM1 billion!. Hanya sekadar jualan satu billion setahun belum mampu meletakkan diri anda menjadi billionaire.
Di tahap seperti itu, apa yang ada perlu ada adalah kemahiran memimpin kumpulan sumber manusia yang cukup hebat. Ia memerlukan sikap atau karakter tertentu untuk membolehkan anda berada di situ. Anda perlu hebat untuk membuatkan cakap anda didengar dan diikuti. Sekali lagi bukan mudah untuk naik ke peringkat sebegitu.
Apabila melihat jumlah kekayaan para billionaire sebegitu, saya masih tidak dapat bayangkan bagaimana jalan yang perlu saya ambil untuk membawa saya ke sana. Itu tandanya saya masih tak ada jalan untuk naik ke tahap tersebut. Selagi tak nampak jalan untuk jadi billionaire, selagi itulah anda tak akan jadi billionaire.
Untuk nampak jalan, cara terbaik adalah dengan melihat jalan-jalan yang telah ditempuh oleh para billionaire. Kita perlu belajar daripada mereka untuk mengenal pasti jalan yang perlu ditempuh.
Tapi malangnya spesis billionaire bukanlah ramai. Untuk memudahkan kita temui spesisi mereka ini, perlulah kita tahu di manakah mereka berada. Oleh itu, bagi mereka yang berminat mencari jalan untuk merapati para billionaire, maklumat di bawah mungkin berguna untuk anda.
Berikut senarai 10 negara yang mempunyai jumlah billionaire paling ramai didunia:
  1. Amerika: 480 orang
  2. China: 147 orang
  3. UK: 140 orang
  4. Jerman: 137 orang
  5. India: 109 orang
  6. Rusia: 97 orang
  7. Hong Kong: 64 orang
  8. Switzerland: 57 orang
  9. Brazil: 49 orang
  10. Kanada: 40 orang
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

8 thoughts on “10 negara paling ramai billionaire!

  1. Anonymous

    Saya (anonymous) yang tulis mengenai hal Mc Donald dulu.

    Saya tidak mau bagi tau apa ciri tersebut, agar tuan tidak tau dan seterusnya cuba mengasah semua bakat tuan.

    Takut kalau tuan tau..tuan sambil lewa pula pula dengan bakat yang lain.

    Reply
  2. Anonymous

    Pada pandangan saya tuan boleh menjadi billioanire, kerana tuan ada satu ciri semulajadi yang dikehendaki. Saya nampak ciri tersebut pada tuan dengan nyata sekali, tidak taulah jika tuan sedari atau tidak. Samada tuan asah atau tidaklah menentukan kejayaan tuan.

    Saya sendiri akui , saya tidak mempunyai ciri semulajadi tersebut seperti tuan, meskipun, alhamdullilah saya bersyukur dengan rezki saya sekarang.

    Saya (anonymous)

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul

      Wah!, saya kembang semangkok baca komen Tuan. Kemudian bila fikir balik memang betul, semua orang boleh jadi Billionaire dan ada ciri-ciri tersebut pada semua orang samada mereka sedar atau tidak.

      Jika kita mahu dan mengasahnya perlahan-lahan, Insyallah tentu berjaya.

      Cuma tertanya-tanya…apakah tuan anonymous dan saya saling kenal.

      Terima kasih buat saya kembang sebentar…

      Reply
  3. Anonymous

    Jazakallah khair,
    tadi saya provoke pelajar berkenaan dgn tajuk tuan, memang benar 99% dari mereka masih lagi belum dapat membanyangkan apa yang mereka akan lakukan… nak jadi billionaire langsung tak mimpi la… Lan X Inokom

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge