Nak jadi usahawan?

Memang semua orang boleh jadi usahawan. Memang senang pun kalau setakat nak jadi usahawan. Semua orang boleh mula jadi usahawan sekarang.

Tapi ..

Kalau nak jadi usahawan yang berjaya. Itu bukan cerita mudah. Tidak semudah setakat nak jadi usahawan sahaja. Perjalanan untuk jadi usahawan berjaya bukanlah satu perjalanan yang mudah yang mampu dilalui oleh semua orang.

Seperti pepatah orang Cina,

“Nak buka kedai, sesiapa saja boleh buat. Tapi nak pastikan kedai itu berkekalan, itu bukan satu kerja mudah.”

Hanya orang yang berkemahiran, cekal dan tabah sahaja mampu kekalkan perniagaan yang dimulakannya itu terus berjalan.

Jika anda seronok nak jadi usahawan. Dah buat keputusan untuk berhenti kerja dan jadi usahawan semata-mata sebab anda rasa jadi usahawan itu sempoi. Saya harap anda fikirkan semula rancangan anda itu.

Atau mungkin anda fikir nak jadi usahawan semata-mata sebab seronok tengok kawan atau orang yang anda kenal berjaya dalam perniagaan mereka. Lalu terpengaruh nak ikut jadi macam dia. Saya harap anda fikirkan semula hasrat itu.

10 soalan pada yang betul-betul nak jadi usahawan

Namun jika anda dah fikirkan semuanya masak-masak. Anda tetap yakin yang anda memang nak jadi usahawan. Dah nekad. Saya kongsikan kat bawah ni 10 soalan yang yang anda perlu jawab satu persatu dengan jelas dan yakin.

#1. Apa yang meransang impian anda?

Fikirkan apa sebenarnya yang meransang anda buat keputusan nak jadi seorang usahawan?

Adakah ianya berdasarkan duit dan kekayaan?

Adakah ianya berdasarkan impian anda untuk memberikan satu kesan besar kepada masyarakat, bangsa dan negara?

Fkirkan masak-masak dan tentukan semua itu dengan jelas. Anda perlu yakin dan jelas dengan apa yang anda cari. Kalau tak jelas, sampai bilapun anda tak akan jumpa dan dapat benda tu.

#2. Adakah anda kenal pasti apa yang anda betul-betul minat?

Ini juga satu soalan penting. Apa yang akan anda buat nanti akan berterusan selama 10 ke 20 tahun bermula dari sekarang.

Anda akan habiskan setiap hari yang anda lalui dari pagi sampai malam untuk menjaja, meyakinkan, memahamkan dan lain-lain lagi semua orang. Dari rakan niaga anda, kawan-kawan, jiran, pekerja, pembekal, pelanggan, pembantu, penasihat, keluarga dan lain-lain lagi.

Akan ada saja halangan, bangkangan, ejekan, sinisan, saingan, sailang dan seribu satu macam cabaran yang cuba menyekat anda teruskan perjalanan.

Kalau apa yang anda buat itu bukan sesuatu yang anda betul-betul minat ke tahap gaban, semua cabaran itu mudah saja akan mematahkan semangat anda.

#3. Siapa yang anda nak jadikan rakan kongsi?

Adakah anda akan cari rakan kongsi. Atau terfikirkan samada anda perlukan seorang rakan kongsi atau tidak. Mampukah anda harung semua perjalanan jauh tu keseorangan?

Fikirkan masak-masak?

#4. Adakah anda punya kumpulan yang sesuai dan kuat?

Sudahkan anda fikirkan satu kumpulan yang mencukupi dan kuat untuk membantu anda merealisasikan segala idea anda itu?

Adakah anda kenal dan biasa dengan semua ahlinya. Atau baru nak cari?

Kalau dah ada, kenal tak mereka. Biasa tak dengan mereka. Pernah kerja dengan mereka tak. Betulkah anda kenal kekuatan dan kelemahan masing-masing. Yakinkah anda samada mereka dapat membantu dan memberikan sokongan yang diperlukan.

#5. Adakah anda selesa ambil risiko?

Jadi usahawan dan berusaha membina sesebuah perniagaan adalah sesuatau yang tidak pasti. Perkara yang anda tak pasti punya risiko yang sangat tinggi. Mampukah anda berhadapan dengan semua itu?

Kalau anda jenis penakut tak pernah dan tak selesa ambil risiko walaupun risiko yang tak berat sangat, jadi usahawan bukanlah jalan yang sesuai untuk anda.

Konsep ‘tinggi risiko / tinggi ganjaran’ adalah perkara biasa dalam urusan perniagaan.

#6. Sanggup anda tahan hidup sederhana serba kurang?

Sebaik saja anda jadi usahawan, berusaha membina perniagaan, anda terpaksa belajar untuk hidup kemut, sederhana dan serba kekurangan. Anda hanya mampu dapat duit yang jauh tersangat kecil berbanding kerja yang terpaksa anda lakukan.

Anda akan lalui cabaran itu bertahun-tahun sejak dari awal mula berniaga sehingga ke satu tahap yang tak pasti. Malah mungkin anda terpaksa tidur dalam kereta. Mungkin terpaksa pindah rumah kos rendah.

Mampukah anda bertahan dengan semua keadaan itu?

#7. Sanggupkah anda kerja lebih keras tertekan lebih dalam dari biasa?

Ini perkara yang pasti terpaksa anda lalui. Kerja teruk lebih dari mana-mana kuli yang pernah anda lihat. Dah la kerja teruk, perasaan tertekan dan dalam tempoh masa yang lebih panjang.

Kalau dari awal anda bayangkan gaya seorang boss yang duduk letak kaki atas meja dan semua orang kerja teruk untuk lakukan semua kerja, anda silap pilih kerjayalah nampaknya.

Anda perlu kerja lebih berganda dari biasa. Mungkin tak pernah terbayangkan pun sebelum ini sepanjang kerja makan gaji. Semua kerja kena buat sendiri, andalah boss, andalah kuli. Ambil tanggung jawab dari A ke Z atas semua urusan.

Mampukah?

#8. Berapa lama anda boleh tahan kerja tanpa rehat

Agak-agaknya, mampukah anda harung kerja 4 atau 5 tahun tanpa cuti. Tak ada masa nak relaks pergi bercuti makan angin. Kerja dan kerja siang dan malam.

Keseimbangan hidup terganggu sebentar 4 atau 5 tahun. Atau mungkin lebih lama dari itu?

Lasakkah anda?

#9. Terus kerja walau tanpa pujian

Kalau anda jenis suka merajuk bila tak ada orang hargai apa yang anda buat, jadi usahawan bukanlah jalan terbaik untuk anda.

Anda perlu yakin dan berdikari tanpa perlukan pujian dan ransangan orang lain untuk terus berdiri teguh dan gagah berusaha.

Boleh ka?

#10. Berapa kali anda sanggup bangun semula setiap kali jatuh

Andakan berhadapan dengan penolakan demi penolakan terhadap segala urusan yang anda usahakan. Naik bank turun bank nak buat pinjaman atau kemudahan kewangan lain misalnya. Sekali kena tolak dah nak bebal merajuk dan bersumpah tak akan berurusan dengan bank kemersial lagi, tak payah nak jadi usahawan lah.

Baru 3 kali jumpa MARA atau PUNB atau Tekun atau lain-lain seumpamanya, dah nak bebal, benci agensi kewangan kerajaan dan sumah seranah semua pegawai malang tu, tak payah nak simpan impian jadi usahawan lah.

Itu belum masuk lagi bab cuba nak jual produk atau perkhidmatan yang anda ada … Apa yang anda akan rasa bila orang kata, apa punya bangang punya produk la? Kalau ebih dari 4 atau 5 orang kata lebih kurang macam tu, apa yang akan nada buat? … Gibap! ???

Berapa kali anda sanggup jatuh dan bangun semula … ?

Kalau semua 10 soalan sinis, tidak menggalakkan lansung kat atas tu anda tak hairan dan yakin semuanya kacang …

OK, silakan !

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge