1417676_362787457244386_6452396458911107403_oSaya ambil maklumat ini daripada FB CEO Institut Keusahawanan Negara untuk maklumat pada usahawan semua.

Baca dan ingat untuk ambil manfaat daripada program yang sedang diusahakan oleh Institut Keusahawanan Negara ini agar lebih ramai lagi usahawan hebat muncul di Malaysia.

11 Q&A BISKAUNSELOR

Q1 : Apakah BisKaunselor?

A1 : BisKaunselor ialah satu inisiatif Institut Keusahawanan Negara untuk menyediakan khidmat perundingan perniagaan dengan tumpuan khusus kepada perusahaan kecil dan mikro, pada peringkat permulaan ini.

Q2 : Siapakah yang layak menjadi BisKaunselor?

A1 : Ada tiga kategori BisKaunselor, iaitu (a) usahawan, (b) pegawai kerajaan yang terlibat dalam program pembangunan keusahawanan, dan (c) ahli akademik. Kumpulan pertama BisKaunselor akan menjalani latihan pada 10-12 Ogos ini di Putrajaya. INSKEN akan melatih 400 orang BisKaunselor dalam tempoh satu tahun dan kita berharap dapat menyediakan perkhidmatan BisKaunselor kepada 5,000 orang dalam tempoh tersebut.

Q3 : Siapakah yang boleh menggunakan perkhidmatan BisKaunselor?

A3 : Perkhidmatan BisKaunselor terbuka kepada semua perusahaan kecil dan mikro yang ingin “scale-up” perniagaan masing-masing. Pendekatan yang kita ambil dalam membangunkan BisKaunselor ini ialah “entrepreneur-centric” iaitu berpaksikan usahawan.

Q4 : Bagaimanakah cara mendapatkan perkhidmatan BisKaunselor?

A4 : Ambil ujian dan gunakan alatan diagnostik online (Nanti kami berikan link). Selepas tamat sesi diagnostik online, anda akan diberikan nombor kod. Bawa kod itu bertemu BisKaunselor.

Q5 : Di manakah saya boleh berjumpa BisKaunselor?

A5 : Perkhidmatan BisKaunselor disediakan di semua Pusat Pembelajaran Satelit INSKEN di seluruh negara.Senarai penuh pusat ini akan kami berikan nanti. INSKEN juga akan mengadakan sesi umum di pelbagai tempat, mulai September 2015. Sesi umum pertama ialah pada 19 & 20 Ogos di program BAHTERA di Kuala Lumpur Convention Center.

Q6 : Apabila berjumpa BisKaunselor, apakah yang akan mereka lakukan?

A6 : BisKaunselor akan bertanyakan lebih lanjut mengenai jawapan yang telah anda berikan dalam ujian diagnostik online. Mereka juga akan memberikan maklumbalas kepada jawapan anda dan kemudian mencadangkan preskripsi. Preskripsi ini terbahagi kepada tiga iaitu latihan (training), perundingan (consulting) dan fasilitati (facilitation). Kesemua ini akan diterangkan secara terperinci apabila anda bertemu BisKaunselor.

Q7 : Selepas saya ikuti preskripsi tersebut, apa yang berlaku?

A7 : Idealnya, anda akan dapat melihat GET – iaitu G – growth aktiviti perniagaan anda, E – empoyment, peningkatan peluang pekerjaan untuk orang lain (business is about employment creation) dan T – turnover. Kesemua maklumat ini akan direkodkan dalam sistem kami dan anda boleh melihatnya nanti. Mereka yang berjaya untuk “scale-up” akan dikira memasuki INSKEN500. Kami mensasarkan 500 buah perniagaan akan dapat di”scale-up” melalui proses ini.

Q8 : Sekiranya saya berjaya masuk INSKEN500, apakah yang berlaku selepas itu?

A8 : Apabila anda mencapai INSKEN500, kami tawarkan peluang untuk pembinaan kapasiti lanjutan. Insya-Allah, kita akan berikan “Advance Training Voucher” untuk anda mengikuti kursus selanjutnya yang INSKEN atau mana-mana agensi kerajaan tidak tawarkan.

Q9 : Adakah saya perlu bayar untuk bertemu BisKaunselor?

A9 : Setakat ini, kita tidak bercadang untuk mengenakan apa-apa bayaran. Bagaimanapun anda mungkin diminta membuat bayaran untuk mengikuti latihan, dan perundingan. Rule of the thumb, anda hanya membayar 30% kos, selebihnya dibiayai oleh INSKEN.

Q10 : Adakah ada sektor perniagaan tumpuan BisKaunselor?

A10 : Pada peringkat permulaan ini, kami berhasrat untuk menumpukan kepada bidang-bidang berikut, iaitu (a) pelancongan dan berasaskan hospitaliti, (b) makanan dan minuman (F&B), (c) peruncitan dan pemborongan, dan (d) perkhidmatan.

Q11 : Siapakah yang terlibat menjayakan program BisKaunselor ini?

A11 : BisKaunselor ialah satu inisiatif melibatkan pelbagai agensi. Ini termasuklah kementerian, kerajaan negeri, agensi-agensi pembangunan keusahawanan dan universiti, Sektor swasta dan NGO juga terlibat dalam insiatif ini. Ringkasnya, BisKaunselor ialah satu inisiatif bersifat rentas kementerian dan agensi.

Nota:

(1) Sila klik “like” page Institut Keusahawanan Negara untuk ikuti perkembangan progam BisKaunselor.
(2) Sila “share” tulisan ini agar lebih ramai usahawan bermanfaat.

Total
20
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge