Ramai yang dah tulis pasal sebab bisnes gagal ni. Banyak artikel pasal benda yang sama boleh anda jumpa kalau google kat internet.

Tapi tak apalah. Saya tulis lagi sebagai peringatan. Terutamanya untuk diri saya sendiri. Juga untuk para usahawan yang baru berniaga tak sampai 5 tahun.

Kenapa khas untuk usahawan yang dah berniaga kurang dari 5 tahun?

Sebab tempoh dari mula berniaga sampai masuk 5 tahun merupakan tempoh genting yang menentukan samada anda terus jadi usahawan atau tidak. Samada anda terus berniaga perniagaan yang dijalankan itu atau tidak.

Peratus bisnes gagal di UK

Elok saya ulang data yang saya dapat dari UK berkenaan peratusan perniagaan yang gagal di sana:

  • 50% dari bisnes baru gagal atau tutup kedai dalam tempoh kurang dari 12 bulan.
  • 90% dari bisnes lesap dan bungkus selepas 5 tahun

Dalam kesemua yang gagal tu, 10% ditutup tanpa rela. Hasrat hati taukeh nak teruskan lagi bisnes tu tapi apakan daya duit tak ada lagi dan tak mampu bayar hutang dan akhirnya bankrup.

90% lagi tutup kedai secara rela.

Rela dan tutup sendiri apabila bisnes yang dijalankan terlalu lemah tak cukup makan atau tak mampu berikan pulangan yang memuaskan pada taukeh.

Data kat atas tu adalah dari UK. Tapi percayalah perkara yang sama saja ada kat Malaysia ni. Biasanya lebih kurang saja cerita gagal bisnes ni berlaku di mana-mana. Kalau ada bezapun tak jauh sangat.

12 sebab utama bisnes gagal

Apa yang membuatkan bisnes gagal?

Ada banyak punca sebenarnya. Kalau tanya abang dan kakak yang pernah tutup kedai atau bisnes mereka di negara kita, anda tentu akan jumpa jawapan sebegini,

“Ada orang dengki buat secara halus. Pelanggan tak nampak kedai!”

Jawapan sebegitu adalah amat unik berlaku di negara kita. Selalu sangat saya dengar walaupun tak semua. Tapi amat biasa dengan jawapan sedemikian.

Walaupun begitu, jawapan sebegitu tak pernah masuk dalam senarai kajian yang dilakukan terutama di negara barat. Adakah orang barat tak ada yang alami peristiwa kena buat dek orang, saya tak dapat nak pastikan.

Jadi saya kongsikan saja kat bawah ini punca perniagaan gagal yang biasanya di alami di barat tanpa memasukkan unsur orang buat;

  1. Buat bisnes dengan tujuan yang tersasar – Contohnya berniaga dengan hasrat nak jadi glamour dan hidup mewah. Bila terjun berniaga, terus panik tak sangka punyalah teruk. Atau mungkin alasan lain yang lari dari matlamat sebenar berbisnes.
  2. Gagal merancang – Contohnya main terjun berniaga berdasarkan mimpi (mungkin). Tanpa kaji dan rancang betul-betul.
  3. Tak buat jangkaan terhadap sumberĀ  asas yang diperlukan – Ada banyak keperluan sumber dalam berniaga ni. Duit, tenaga kerja, sumber bahan, peralatan, bekalan tenaga, dan macam-macam lagi bergantung pada jenis bisnes. Gagal buat jangkaan semua itu pada masa ianya diperlukan bakal memusnahkan bisnes.
  4. Lemah dalam memahami kehendak pasaran – Tak faham atau buat tak faham. Syok sendiri jual apa yang dia suka dan bukannya prihatin apa yang sebenarnya orang suka.
  5. Lemah dan tak layak secara umum – Lembab, malas nak mampus, poyo, lembek, manja, mengada-ngada, lemah daya logik, lambat nak faham dan lain-lain seumpamanya masuk dalam kategori ini.
  6. Tak tahu menahu pasal aliran tunai kewangan – Nak kira untung rugipun tak tahu, berapa titik pulan modal pun tak tahu. Ini memang lambat siang nak jadi usahawan berjaya. Setakat nak jadi usahawan saja mungkin boleh tapi bukan usahawan berjaya.
  7. Kurang pengalaman pasal bisnes atau industri yang diceburi – kenapa buat bisnes ni?, tengok macam bagus saja, sebab itu saya buat. Tak ada pengalaman industri memang bahaya sebab banyak benda yang anda tak tahu dan tak sedar bahawa anda tak tahu.
  8. Abaikan serangan pesaing – Tak ambil tahu pasal pesaing samada yang direct atau indirect memang bahaya.
  9. Salah lokasi – Ini selalu berlaku bila lokasi yang pilih anda dan bukannya anda yang pilih lokasi.
  10. Lemah daya keusahawanan – Tak mampu nak gembeleng segala sumber yang ada, tak tahu nak buat pertimbangan, tak dapat rangka polisi membuat keputusan, tak tahu nak buat inovasi dan tak cekap pertimbangkan risiko dan peluang memang tak akan lama berniaga.
  11. Letih – Ramai juga yang berhenti sebab dah tak tahan lagi dengan keletihan. Letih tenaga, kesabaran, duit, pengorbanan, pergaduhan dengan pasangan dan lain-lain seumpamanya.
  12. Buta kewangan – Lansung tak tahu pasal ilmu kewangan. Dan tak usaha ambil tahu pulak. Memang tak akan lama jadi usahawan.

Bagi yang dah berniaga, terutamanya untuk diri saya sendiri, sila ambil perhatian.

Bagi yang baru nak berniaga, pergi semak semula semua yang saya senaraikan kat atas tu dan renung semula diri sendiri. Semak mana yang tak kena sebelum nak cari pasal pergi berniaga dan keluarkan duit banyak-banyak.

Bagi yang nak laburkan duit pada kawan atau saudara, perlu juga perhatikan semua yang saya berikan kat atas tu. Jangan silap buat pelaburan pada orang dan bisnes yang salah.

Semoga bermanfaat !

Nota: Bagi yang dah berniaga dan mula sedar perlunya khidmat seorang Business Coach untuk membantunya melayari perniagaan dengan lebih terkawal, sila berhubung dengan En Sulaiman 019-6158846 untuk maklumat lanjut.

Total
24
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge