check list perniagaanJika anda memang nak jadi usahawan dan nak jalankan perniagaan, jadikan 15 aktiviti penting ini sebagai panduan untuk pastikan perniagaan anda mencapai kejayaan sebagaimana yang anda harapkan.

#1 Jelaskan perniagaan anda

Cuba tuliskan tentang perniagaan anda atas sehelai kertas kajang dalam bahasa mudah yang semua orang dari umur 15 tahun sampai ke umur 80 tahun dapat memahaminya.

Penerangan tentang perniagaan anda itu mestilah mampu memberikan alasan kenapa perniagaan anda mesti berjaya.

Untuk itu berikan penjelasan dengan terang dan lancar apa yang anda buat dan jelaskan juga satu persatu kriteria yang membuatkan perniagaan anda mesti dapat memenuhi permintaan pasaran.

#2 Yakin mesti ada pelanggan

Untuk meyakinkan diri anda bahawa perniagaan yang dijalankan itu ada permintaan anda mesti buat kajian yang meyakinkan.

Paling ringkas, anda mesti buat sedikit bancian samada dengan bertanya atau membuat bancian melalui online pada kawan-kawan di media sosial.

Cuba buat tawaran mula pada mereka yang anda rasakan pasti mahu membeli produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

#3 Tahu saiz pasaran perniagaan anda

Pastikan juga saiz pasaran mencukupi dan mampu membuatkan perniagaan anda dapat bertahan. Buat kajian dengan mendapatkan maklumat statistik terhadap pasaran yang anda sasarkan.

Contonhnya, jika anda nak buka kedai repair kereta BMW di kampung tempat anda tinggal, dapatkan jumlah kereta BMW di sekitar kawasan tersebut.

Jika jumlah kereta BMW di sekitar 50 km radius dari tempat anda hanya dalam lingkungan 30 buah, bolehkan anda bertahan dengan konsep bengkel repair kenderaan BMW itu ?

#4 Ketahui titik pulang  modal perniagaan anda

Kira semua kos sebenar perniagaan anda. Buat unjuran cashflow mudah dengan menggunakan excel.

Masukkan nilai unjuran jualan sebulan berdasarkan andaian yang logik. Contohnya dalam perniagaan bengkel repair BMW kat atas. Jika jumlah BMW kat tempat anda adalah dalam lingkungan 3000 unit, cuba andaikan anda mampu menarik dalam lingkungan 20% (tinggi juga tu!) dari pemilik BMW ke kedai anda. Jadi anda ada seramai 60 orang pemilik BMW sebagai pelanggan tetap.

Kira pula kos jualan anda. Tak tahu pergi tanya orang yang tahu dan dah lama dalam industri. Atau anda boleh sertai kursus bimbingan perniagaan anjuran Hidup Ringkas Dot Com Sdn Bhd, jika di adakan nanti.

Kira pula kos tetap perniagaan anda seperti sewa, gaji, bil, loan dan lain-lain.

Dari semua maklumat diatas, anda boleh membuat kiraan titik pulang modal perniagaan ayang abakal anda lakukan nanti.

#5 Yakin anda boleh capai hasil jualan minimum

Bila dah buat semua kiraan di atas, anda dah boleh tentukan jumlah jualan yang perlu dijana untuk pastikan perniagaan anda hidup.

Jumlah tersebut mestilah anda yakin untuk mendapatkannya. Bukan yakin dengan angan-angan saja. Mesti ada kerangka bagaimana nak realisasikannya.

#6 Tahu cara untuk kenalpasti, tarik, dan kekalkan pelanggan

Ini lanjutan dari proses no 5 di atas tadi. Anda perlu tahu dan yakin dengan cara yang akan digunakan bagi menarik pelanggan ke perniagaan anda.

Bila mereka dah datang, anda mesti pastikan mereka beli.

Bila dah beli, anda mesti pastikan mereka akan puas hati dan berazam untuk datang lagi atau beritahu pula pada orang lain.

#7 Tahu jumlah wang yang anda perlu untuk mula dan bertahan

Dari unjuran cashflow di atas tadi juga anda perlu tahu berapakah wang yang diperlukan supaya anda mampu mulakan perniagaan lengkap.

Kemudian anda juga mesti tahu berapa jumlah wang yang diperlukan untuk pastikan anda dapat bertahan sampai perniagaan dapat bergerak dengan pusingan modal yang ada.

#8 Tahu dari mana sumber mendapatkan wang dan yakin dapat

Bila dah tahu jumlah wang tersebut di atas. Mesti pula tahu kat mana nak dapatkan semua jumlah ang tersebut.

Buat senarai siapa penyumbangnya dan dapatkan kepastikan bahawa mereka pasti akan memberikannya pada anda.

Jangan lupa buat juga Plan B, kalau Plan A ada masalah.

#9 Tahu kelebihan anda dan letakkan harga yang sesuai

Harga produk bermula dengan mengira harga kos. Kemudian anda akan mark-up untuk dapatkan nilai keuntungan.

Pastikan nilai mark-up itu mencukupi dan berbaloi untuk menjadikan anda kaya. Untuk itu harga mesti berpatutan dan bukannya rendah atau murah.

Jadi anda mesti tahu kenapa anda berbeza berbanding dengan peniaga lain supaya anda dapat yakinkan pelanggan bahawa harga anda berbeza berdasarkan nilai yang ditawarkan dan bukannya sekadar nilai kos barang.

#10 Jelas bagaimana anda akan tunaikan pembelian

Bila orang beli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, anda mestilah dapat tunaikan belian tersebut dengan cekap dan memuaskan hati pelanggan.

Semua itu mesti dah ada persediaan yang rapi. Buat proses flow perniagaan anda dari mula orang buat order sehinggalah pelanggan menerima ordernya sekali dengan servis selepas jualan.

#11 Tahu keperluan sumber manusia

Bila dah ada proses flow perniagaan anda seperti di atas, anda boleh kenal pasti keperluan tenaga kerja untuk menjayakan perniagaan anda tersebut.

Tahu siapa yang anda perlukan dan boleh mendapatkannya amat penting supaya perniagaan anda berjaya.

#12 Tahu kat mana lokasi perniagaan yang sesuai

Lokasi amat penting. Ini merupakan satu pilihan yang anda boleh buat sendiri sejak awal nak berniaga. Oleh itu, buat kajian dan pastikan pilihan yang tepat dibuat. Mesti ada spesifikasi yang jelas untuk menilai kesesuai lokasi.

#13 Nama perniagaan yang baik

Ini juga berada dalam bidang pilihan anda sendiri. Fikirkan nama yang sesuai dan memudahkan orang faham jenis perniagaan ayang anda lakukan.

Jangan main hentam keromo bubuh nama langsung tak kena dengan perniagaan yang dijalankan. Ada orang sampai pergi jumpa nujum pak belalang untuk buat pilihan nama. Tapi saya rasa tak payahlah sampai ke tahap itu.

#14 Ikat pinggang dan perut anda

Bersedia untuk jadi orang yang paling berkira dalam hidup anda dari mula anda jalankan perniagaan. Ikat perut dan tahan diri dari enjoy sebelum masanya.

Bila dapat duit, simpan dan laburkan supaya dia membiak. Bila dapat anak duit, jangan makan lagi anak itu. Biar dia beranak pula lagi dapat cucu. Kemudian barulah makan sikit-sikit cucu yang ada.

#15 Bersedia untuk menjual jangan berhenti

Sebagai usahawan, anda perlu tak berhenti dari memikirkan bagaimana nak jual dan jual dan jual. Buat semua itu tanpa rasa letih dan jemu.

Bina mesin jualan anda dengan menrangka strategi dan sistem pengurusan jualan yang baik serta dapatkan kumpulan jurujual yang hebat.

Kalau anda buat semua yang saya senaraikan di atas, insyaalah anda akan berjaya.

Selamat mencuba !

Total
46
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

3 comments

  1. Check list untuk bakal usahawan/dah jadi usahawan yang mesti di ikuti..
    Terima kasih ilmu tuan Bihi lagi menyedarkan saya untuk ikat perut bagi mengharungi dunia usahawan..

  2. Assalamualaikum Tn Shubhi, perkongsian info senarai semak yang amat bagus untuk bakal usahawan macam saya.

    Rupanya saya hanya dapat comply setakat 40% sahaja.

    Masih banyak kerja rumah yang saya perlu lakukan dengan gigih agar dapat berjaya macam Tuan Shubhi dan rakan-rakan otai yang lain.

    Tkasih sekali lagi.

    Zamree
    Zamree recently posted…Warih Homestay : Pasang Cadar Dan Sarung BantalMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge