tumblr_nqx8yumAGD1tubinno1_1280Apakah jenis perniagaan kecil yang berpotensi catat untung paling tinggi ?

Soalan tersebut sudah tentu menjadi antara faktor penting dalam menentukan perniagaan apakah yang seseorang usahawan mahu jalankan.

Jika anda masih tercari-cari apakah jenis perniagaan kecil yang mahu dijalankan, atau mahu melabur dalam satu lagi perniagaan kecil yang berpotensi mencatatkan untung yang tinggi, boleh pertimbangkan salah satu dari 15 perniagaan kecil ini.

Maklumat ini saya ambil dari artikel di sini. Ia merupakan hasil daripada kajian yang dijalankan oleh sebuah institusi kewangan yang membuat analisa terhadap prestasi untung bersih 16 ribu syarikat perniagaan kecil dan sederhana.

Kajian dijalankan terhadap syarikat-syarikat yang bukan dari negara kita. Tetapi ia boleh memberikan panduan bagi usahawan di negara kita yang tercari-cari perniagaan kecil mana satu yang boleh catat untung paling tinggi.

Perniagaan kecil untung paling tinggi

  1. Syarikat khidmat perakaunan – Biasanya di negara kita setiausaha syarikat akan menawarkan sekali khidmat perakaunan dan juga pengurusan tax. Perniagaan ini sentiasa berada di tempat pertama dalam prestasi untung paling tinggi berbanding jenis perniagaan kecil lain.
    • Jika anda ada kelulusan perakaunan, anda boleh memohon kelayakan untuk menjadi setiausaha syarikat. Dari situ anda boleh tawarkan khidmat ‘book keeping’ pada pelanggan anda.
    • Jika anda ada kelayakan akauntan profesional, anda boleh dapatkan kelayakan untuk menjadi juruaudit akaun. Kalau tak ada, boleh berkerjasama dengan juruaudit akaun berkelayakan lain sementara berusaha mendapatkannya sendiri.
    • Khidmat menguruskan pembayaran gaji biasanya dibuat oleh pihak bank di negara kita. Belum ada lagi syarikat setiausaha, tax dan perakaunan yang menawarkan khidmat ini pada peniaga-peniaga kecil. Mungkin anda boleh memikirkan tawaran ini sebagai tambahan.
  2. Syarikat pengurusan – Ini merupakan syarikat yang mempunyai kepentingan dalam lebih dari satu syarikat-syarikat lain dalam berbagai industri.
    • Biasanya usahawan di negara kita akan buat satu syarikat pengurusan yang mereka panggil sebagai Holding Company. Syarikat ini akan memegang saham dalam syarikat-syarikat kecil lain dibawahnya dalam jumlah pegangan saham yang penting.
    • Syarikat pengurusan ini akan memantau prestasi semua syarikat di bawahnya dan memberikan khidmat nasihat serta mengatur strategi dalam menyusun perkembangan semua syarikat di bawahnya itu.
    • Cara terbaik untuk membentuk syarikat pengurusan ini adalah dengan mengumpulkan dan memegang saham dalam syarikat-syarikat berbeza yang saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Ini dapat memberikan kelebihan dari segi kos pembelian, pemasaran dan mengoptimumkan sumber yang ada.
    • Saya juga berminat dalam perniagaan ini dan menawarkan mana-mana syarikat persendirian kecil yang ingin bergabung di bawah payung syarikat induk saya iaitu Easelife Sdn Bhd.
    • Jika anda jalankan perniagaan yang ada kena mengena dengan aktiviti selengaraan seperti pembersihan, landskap, housekeeping, hygiene, plumbing dan lain-lain seumpamanya saya berminat.
    • Atau jika anda ada perniagaan pembuatan produk yang berkaitan dengan industri selengaraan seperti tong sampah, tong janitor, peralatan pembersihan dan sebagainya, juga saya berminat.
    • Mari bincang bagaimana boleh bergabung dengan saya untuk besarkan perniagaan. Dengan bergabung, anda boleh dapatkan khidmat nasihat serta bimbingan dari kumpulan pembimbing yang saya ada di samping boleh optimumkan segala sumber yang bakal kita kumpulkan bersama. Anda boleh hubungi saya di mohdshubhi@gmail.com
  3. Broker atau agen hartanah – Anda perlu ada lesen untuk melayakkan diri membuka syarikat jenis ini. Sekarang dah ramai orang kita yang menceburkan diri dalam bidang ajen hartanah ini kerana ia tidak memerlukan kos permulaan yang tinggi.
    • Anda tak perlu ada hartanah untuk jadi broker atau ajen, boleh cari syarikat hartanah atau pemilik hartanah untuk bekerjasama. Anda hanya perlu ada kemahiran berkomunikasi dan suka berinteraksi dan menjalinkan perhubungan dengan ramai kenalan berpotensi untuk menjadi pelanggan anda.
  4. Perniagaan sewa kenderaan – Ini satu perniagaan yang amat terkenal satu masa dahulu. Ramai kawan-kawan saya yang terlibat dengan perniagaan ini, sebelum peraturannya menjadi lebih ketat. Tapi perniagaan ini masih tetap menjadi pilihan mereka yang kreatif dalam menyediakan kenderaan untuk disewa.
    • Saya bertemu dengan seorang usahawan yang menyertai kursus perniagaan yang saya anjurkan sebelum ini yang masih lagi bergelar pelajar, tapi sudah ada lebih 20 buah kenderaan untuk disewa. Pelanggannya adalah dari kalangan para pelajar juga.
    • Jika pelajar itu boleh lakukannya, saya tak nampak kenapa anda yang dah berkerja dan ada sumber pendapatan tetap dan berpengalaman tidak boleh melakukannya.
  5. Firma perundangan – Ada banyak firma perundangan di kebanyakan bandar besar di negara kita. Ramai juga kawan saya yang menamatkan pengajian dalam jurusan undang-undang membuka firma mereka sendiri.
    • Bagi saya ini merupakan jenis perniagaan yang tidak banyak risiko serta tidak perlu modal. Anda hanya perlu ada kelayakan sebagai peguam sahaja.
    • Kalau tak ada kelayakan juga masih boleh jalankan khidmat ini. Ada kawan saya yang berjaya menjalankan perniagaan ini dengan menggunakan lesen dari firma lain. Dia fokus pada pemasaran dan operasi dengan menggunakan lesen firma syarikat tersebut dengan persetujuan terhadap perkongsian keuntungan.
    • Firma perundangan tidak semestinya hanya fokus pada kes jenayah sivil. Ramai yang fokus pada khidmat guaman selain dari khidmat peguam bela seperti khidmat nasihat undang-undang perniagaan atau khidmat guaman dalam sektor hartanah.
    • Tapi waspada !. Ramai juga kawan-kawan yang terlanjur pecah amanah ketika menjalankan perniagaan firma perundangan ini. Ini adalah akibat dari gagal mengawal diri dan tidak menguruskan serta tak punya disiplin dalam bab kewangan.
  6. Klinik gigi – Anda perlu menjadi doktor gigi untuk membolehkan anda menjalankan perniagaan ini. Jangan cari pasal buka klinik gigi kalau bukan doktor gigi yang bertauliah.
    • Ini perniagaan yang amat menarik dan punya permintaan yang amat tinggi. Orang yang ada duit tak sanggup menunggu dan beratur di klinik gigi kerajaan.
    • Ada idea yang menarik boleh anda jalankan kalau nak masuk dalam perniagaan ini. Anda hanya perlu punya akses duit untuk menyediakan segala kelengkapan pergigian. Sediakan premis dan lengkapkan segala peralatan, kemudian tawarkan pada doktor gigi yang berminat untuk menjadi pekerja anda samada secara sepenuh masa atau separuh masa.
  7. Pembekalan kuasa elektrik – Tak ramai yang mampu menyediakan stesen janakuasa letrik seperti YTL atau Malakof, lagipun itu bukan perniagaan kecil. Yang dimaksudkan di sini yang relevan dengan negara kita adalah khidmat pembekalan janakuasa letrik bersaiz kecil.
    • Banyak syarikat ada mesin janakuasa yang boleh bergerak untuk disewakan. Ramai orang Cina yang buat bisnes ini. Anda boleh lihat kadangkala di jalanraya, di mana ada lori yang membawa penjana kuasa besar sedang bergerak menuju ke destinasi pelanggan mereka.
    • Ada orang kita yang jadi pembekal generator pada syarikat-syarikat atau institusi yang memerlukan bekalan letrik apabila ada masalah dari TNB.
    • Sebagai contoh, SHELL atau Petronas memerlukan banyak jenerator yang disewa dari pembekal luar untuk bersedia pada setiap stesen minyak mereka jika ada maslaah letrik dari TNB.
  8. Sewaan hartanah – Ini juga satu perniagaan yang sedang rancak dan dipromosikan oleh ramai orang dalam bidang hartanah. Anda tak perlu ada hartanah untuk buat bisnes ini, cukup dengan sewa hartanah orang, uruskannya dan sewa pula pada orang lain.
  9. Penjagaan kesihatan – Ini bukan klinik kesihatan yang ada doktor, tapi lebih kepada pengamal penjagaan kesihatan lain seperti kiropraktik, penjagaan mata, urutan, penjagaan pesakit mental atau orang tidak berupaya dan sebagainya.
  10. Klinik kesihatan – Sama macam di atas tadi tapi tidak spesifik pada gigi. Ada banyak klinik di seluruh negara yang menawarkan khidmat pemeriksaan kesihatan dan rawatan swasta.
    • Orang zaman sekarang terdedah dengan berbagai masalah kesihatan, sebab itu ada ramai pelanggan yang pergi dapatkan khidmat doktor di klinik. Ada juga yang pergi dapatkan MC.
    • Ada kawan saya yang bukan doktor. Dia hanya lulus SPM tapi memiliki 3 Hospital swasta. Semua pekerjanya merupakan doktor yang bertauliah, malah ada yang bergelar doktor pakar. Anda boleh buka hospital walaupun bukan doktor, cara paling mudah adalah berkahwin dengan seorang doktor !.
  11. Sewaan mesin atau peralatan industri – Ini juga banyak sudah dijalankan oleh usahawan dari kalangan rakan berbangsa Cina di negara kita. Saya juga sering menggunakan khidmat sewaan mesin dan peralatan apabila mesin dan peralatan saya sendiri menghadapi masalah dan perlu diselenggara.

Demikianlah 11 perniagaan kecil yang mencatatkan untung paling tinggi berbanding perniagaan kecil yang lain berdasarkan kajian yang saya sebutkan di atas tadi.

Ada lagi yang disenaraikan dalam kajian tersebut, antaranya adalah:

  1. Organisasi keagamaan
  2. Khidmat konsultasi atau perunding pengurusan dan teknikal
  3. Khidmat reka bentuk grafik dan seumpamanya
  4. Khidmat administrasi

Jika anda perhatikan, ciri-ciri yang saling dikongsi oleh kebanyakan perniagaan kecil dan sederhana tersenarai di atas tadi adalah potensi pelanggan ulang guna khidmat yang ditawarkan dalam perniagaan tersebut.

Oleh itu, jika anda nak fikirkan satu perniagaan, boleh tanya samada khidmat atau produk anda bakal diulang guna oleh pelanggan atau tidak.

Total
2K
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

10 comments

  1. Asslm en. Shubhi.

    Saya sedang cuba untuk perkhidmatan cucian harian sekitar pulau pinang. Sila hubungi saya whatapps 0124604559

  2. info yang menarik tuan..dan paling mencuit hati ialah kahwin dengan doktor..biasanya hanya doktor kahwin dengan doktor sebab mereka tak de masa nak cari orang luar..setiap hari jumpa hari yang sama..last-last kalau berkenan tu kahwin sahaja dengan doktor..maaf komen tersasar sedikit.
    mrhanafi recently posted…Kenangan Terindah Ke MRSM BetongMy Profile

  3. Kalau nak sewabeli mesin penapis air @ udara jenama Coway boleh call saya..
    Roslan 012-5733627
    Pst : Nak jadi agen pun boleh…

  4. Terima kasih En. Shubhi,

    Keywoard yang terembunyi adalah pelanggan ulang khidmad atau bahasa mudahnya “REPEATITOR”

    Dalam perniagaan “REPEATITOR” adalah kuasa bagi sesbuah perniagaan untuk berjaya.

    Selamat Maju jaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge